Sookies

B10 Jalan Teluk Baharu 5, Tg Lumpur, 26060 Kuantan Pahang

Tuesday - Sunday

10am - 10pm

Day 7 – A photo of an animal you’d love to keep as a pet

Assalamualaikum.. Finally berjaya juga aku sambung buat 30 Days Challenge ni walaupun dah tertunda dek drama bersiri Lord of the (Wedding) Rings itu, keh keh.

Kalau tanya soalan di atas pada aku, buat masa ni aku belum ada jawapan. Sebab sebenarnya aku geli pada banyak jenis haiwan, kecuali kucing. Eh dulu pun aku tak suka kucing tau. Tapi bila dah jatuh hati pada A-oi, maka bercakaplah aku dengan kucing setiap hari.

Tapi kelmarin, kawan aku ada bbm aku gambar kucing. Katanya ayah dia jumpa kucing ni kat dalam longkang. Berasa kasihan lalu dibawa pulang.


Tiga ekor sekali dibuang.. sungguh kasihan

Sebab tu la kita digalakkan meng’kasi’ kucing kalau kita tak mampu nak jaga. Kalaupun tak mahu jaga, kenapa lah dibuang? Kesian betul. Kan boleh je publish kat Petfinder ataupun Mudah ke.. Atau bagi pada kawan-kawan ke..

Ketiga-tiga kucing tu belum dimandikan. Kawan aku kan allergic kucing. Aku tanya pada suami, mahu tak dia tambah koleksi kucing kami. Koleksi katanya, hehe. Ingat simpan medal ke apa?

Tapi dia cakap tidak mahu lagi, buat masa ni. Sebab itulah kami mandulkan kucing-kucing kami. Sebab tak berniat nak tambah ‘koleksi’ lagi. Cukuplah dulu dengan empat ekor itu.

Padahal dalam hati aku melonjak-lonjak mahukan kucing putih ni. Suami kata, “Kucing kita dah besar, kalau nak ambil, kena ambil semua sekali, baru diorang boleh membesar bersama.. kalau ambil sekor je, nanti si kecil ni kena buli” dia memujuk. Aku faham. Paling susah nak ditenangkan bila ada kucing baru ialah A-oi. Cemburu bukan main. Dia mengamuk menjerit-jerit tak berhenti, taknak orang mendekati, tak mahu dipeluk. Mengada betul.

Kami dah alami perkara ni, masa bapa saudara bawa kucing-kucingnya datang sekali waktu kenduri dulu. A-oi marah sepanjang malam, sampai kucing-kucing lain menjauhkan diri. Buruk perangai kan?


Si kecil yang malang..

Sebenarnya.. aku bercadang nak tolong kawan aku mandikan anak-anak kucing ni.. Bagi makan pakai secukupnya.. kemudian nak give away.. Publish di website Petfinder or Mudah.my, ataupun sedekahlah pada siapa-siapa yang berminat.. Aku pasti mereka ni sangat adorable.

Ada tak sesiapa yang mahu? Aku hadiahkan sekali dengan collar sebagai tanda aku hargai keprihatinan korang J


 

Comments

comments

8 thoughts on “Day 7 – A photo of an animal you’d love to keep as a pet”

  1. qistinaNo Gravatar says:

    auntie izzy.. putihnya bulu mereka. hahhahaa

    1. Iz YahyaNo Gravatar says:

      Seputih dan sesuci hati auntie ni kan. Motip tetibe kau panggil aku auntie ni pahal? Kong ajo hahaha

  2. DidiNo Gravatar says:

    aku ttp xsuke kucing…tgk gmbr kucing dlm belog ko ni je pon dh meremang tengkuk….huhuhu

    1. Iz YahyaNo Gravatar says:

      hahaha kalau tak suka tu takleh buat apa la kan. hehe

  3. instinctNo Gravatar says:

    nak sekor je tak buleh ke?

    1. Iz YahyaNo Gravatar says:

      AKu pun penyudahnya amik sekor je. Sbb lagi 2 tu sakit telinga. Kalau kau ada masa utk bawa pegi rawatan kat vet, shud be ok. Nak ke? If nak, nanti aku tanya kawan aku, see whether kitten tu ada lagi tak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post

Table For TwoTable For Two

Product review: Cat It Elevated Glass Diner Hari itu hari Ahad. Hachiko cakap dia nak ajak Hime pegi dinner. Memula dia ajak Sookie pergi sekali. Tapi Sookie cakap dia malas,

Bella And BabiesBella And Babies

Aku yang dulu, bukanlah yang sekarang, hey!  Dulu ditendang, sekarang ku disayang, hey! Dulu dulu dulu ku menderita..  Sekarang aku bahagiaaaaa… Hahahahahahaha.. sedap tak lagu kita nyanyi? Ni Bella ni..