Sookies

B10 Jalan Teluk Baharu 5, Tg Lumpur, 26060 Kuantan Pahang

Tuesday - Sunday

10am - 10pm

Hime Memey

Ingat tak entry ini?

Aku pergi tengok anak-anak kucing terbuang tu dengan adik ipar aku. Lepas tu tengok dua daripadanya sakit telinga. So aku amik sekor je. Sebab aku takde masa nak mengisahkan telinga diorang. Kang lagi sengsara kucing tu kan. Sekor ni nampak sihat, tapi cam ada la kurap sesikit..

Masa dalam kereta, aku dah bincang dengan adik ipar, kalau setakat sekor je kita amik, baik la kita bela sendiri kan? Pastu kitorang pesan kat si kecik tu, kalau nak duduk dengan kami, kena pandai bodek suami aku. Haha. Sebab dia suka kucing yang cerdik.

Sekali memang si comel tu pandai bodek ok. Pandai main. So kami decide untuk tambah lagi koleksi si comel di rumah kami haha..

Memperkenalkan…

Hime..!!

Cara sebut ialah Hee-Mei. Maksudnya princess, in Japanese. Kalau bosan, boleh juga panggil dia Memey. Hahahahahahahaha.

Kitorang dah bawa dia pergi jumpa vet. Umur dia lebih kurang sebulan lebih. Kurap dia dah healing, dan semakin sihat. Haritu dia demam. Nanti dah sihat nanti, boleh pergi vaccine pulak. Makan pun dah bersemangat. Dia dah boleh makan dry food dah. Cam kucing-kucing yang lain, kitorang belikan dia Royal Canin gak, tapi yang Babycat. Sebab kitorang semua kerja kan, leceh kalau nak bagi wet food sebab yang tu kena kerap bagi. Tu la salah satu sebab kitorang taknak kucing kami beranak-pinak. Sebab payah nak jaga.

Aku sampai terfikir nak hire orang gaji untuk kucing aku. Kerja dia ganti pasir dan make sure makan minum diorang cukup. Ada yang berminat?

Saya good girl ok. Suka main gigit-gigit

 

Duduk di celah kaki orang ialah hobi saya

 

Tengok muka dia.. dulu cam comot sebab takde bulu, haha.. Sekarang dah baik sikit

 

Bye!

p/s: Lagi dua anak kucing haritu, masih available. Diorang dah semakin sihat sebab adik kawan aku tu jaga. Tapi dia still nak giveaway. Sesiapa mahu sila bagitau yer.

Comments

comments

5 thoughts on “Hime Memey”

  1. ZaiAzmNo Gravatar says:

    Kaki sape kat kucing tu?? Hehee sila potong kuku anda… 🙂

    1. Iz YahyaNo Gravatar says:

      bukan kaki saya ok.. jari kaki saya ada inai lagi, haha

  2. chokilalaNo Gravatar says:

    kelengkang siapa pula tu? sungguh kurang sopan. ok apakah, entry kucing tapi kitaorang komen pasal yang tak berkaitan. kuikui

    1. qistinaNo Gravatar says:

      sangat setuju..kelankang fifin kah?hahahhaha

      1. Iz YahyaNo Gravatar says:

        Hahahahaha kong ajaaaaaa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post

Potong Kuku!Potong Kuku!

Baiklah. Nak tanya ni.. Korang yang membela kucing ni, rajin tak potong kuku kucing? Aku, rajin la jugak. Kalau bila dukung tu kuku asik tersangkat dekat baju, bila peluk sikit

Merajuk Ke?Merajuk Ke?

Si Memey ni, walaupun ada itu batu besar atas dia punya kapla, degil dalam kecomelan, tapi kadang-kadang dia pandai merajuk juga. Satu hari tu aku bising dekat dia. Sebab dia