Sookies

B10 Jalan Teluk Baharu 5, Tg Lumpur, 26060 Kuantan Pahang

Tuesday - Sunday

10am - 7:45pm

Diari Hachiko

Hello everyone. Hari ni Hachiko hijack blog kakak. Biasalah, saya kan budak naughty, memang semua barang kakak, saya dah cekidaut dah. Jadi kali ni harapnya kawan-kawan kakak sudilah baca entry saya ni. First time nih, harapnya saya tak typo.

Lupa pulak nak kenalkan diri secara rasmi. Kakak cakap nama penuh saya Dominantbengals Hachiko. Saya memang berdoa pun kakak dan abang long namakan saya dengan nama yang best, hihih. Saya lahir pada 9 June 2011.

Hai girls..

Ayah saya dari Canada, mak saya dari Malaysia. Saya terpisah dari mak saya pada tarikh 17 September. Tapi saya suka je duduk dengan kakak dan abang long. Best hoi.. sebab ada ramai kawan. Jangan jealous.

Tengoklah, kakak A-oi ni baik sangat melawat saya

Masa tu saya malu-malu lagi.. kakak dan abang long kemain takut kalau kakak A-oi nak marah saya. Sebab saya dengar cerita, kakak A-oi ni garang kalau ada kucing baru. Dia jealous, takut kakak dan abang long tak sayang dia dah. Padahal tu perasaan dia je. Kakak A-oi ni la yang sebenarnya paling disayangi. Sebab saya selalu nampak semua orang dalam rumah suka peluk dia, dukung dia, tengok tv dengan dia.

Tapi saya tak jealous pun. Saya memang tak suka kena peluk lama-lama pun. Sebab saya belum habis explore rumah lagi. Jadi saya sangat busy setiap hari.

Apa yang memeranjatkan saya ialah, kakak A-oi langsung takde marah saya. Kadang-kadang kalau saya naughty usik ekor dia ke, memang la dia marah. Alah, manalah saya tahu. Saya ingatkan itu mainan. Kadang-kadang ekor saya sendiri pun saya kejar juga, hikhik.

Ini saya berbual dengan Hime

Hime tu lebih kurang sebaya saya. Tapi agaknya dia tua sikit kot. Sebab kakak cakap, gigi Hime tengah bertukar dari gigi susu ke gigi kekal. Saya check check gigi saya masih gigi susu lagi, hehe.

Wah muka terkejut?

Hish saya tak tahu la bila masa kakak snap gambar ni. Tak perasan pun. Masa tu kakak tengah vacum rumah. Huiiii takut betul saya dengan bunyi vacum tu. Kuat betul ye. Memang kuat macam tu ke bunyinya? Seram sangat saya, sampai saya menyorok kat belakang hammock tu.

Masa kakak snap gambar ni, dia dah habis vacum dah. Tapi saya tengok vacum tu besarnya la, tak berani saya nak keluar dari rumah. Tu la saya duduk tercegat macam tu, kahkahkah. Hoi jangan la ketawa.

Apakah pandang-pandang?

Saya duduk diam je selagi saya nampak vacum cleaner tu. Sebab tu la kakak snap gambar saya tak berhenti. Bukan senang saya nak duduk diam macam ni ok.

Tengok Hime tu picit ekor saya

Kadang-kadang Hime ni tak boleh tengok saya relax sikit. Tengah makan pun dia nak kacau, hishhh. Terpaksa la saya garang sikit dengan Hime masa tu. Siapa suruh dia picit ekor saya kan. Dengki sangat dia tengok saya makan. Tapi marah sikit je la. Kakak pesan saya supaya jadi gentleman, macam abang Lilo.

posing

Kakak cakap, nanti kalau nak buat photoshoot, saya kena pose lebih kurang macam ni la. Sebenarnya saya pun tak faham kenapa nak kena pose macam ni. Tapi takpelah, saya cuba je. Haha

Hmmm.. letih dah

Selalunya, bila pukul 2 petang, saya dah mengantuk dah. Maklumlah dah main dari pagi, dah makan, dah berak.. mestilah kena tidur pulak kan. Kalau tak tidur pun takde siapa dah nak layan saya time tu. Semua kucing kakak tidur juga. Ada yg tidur atas kerusi. Ada yang tidur dalam bilik, atas lantai, bawah kerusi makan, merata-rata la. Jadi saya pun masuk la kat rumah saya.. syok sikit.. home sweet home la katakan hehehe..

Kakak cakap, biasanya saya tidur lama. Dari pukul 2 tu, kadang-kadang sampai pukul 6 petang. Lepas tu saya sambung main.. Malam-malam, pukul 12 lebih, bila kakak tutup semua lampu, barulah saya pun pejam mata jugak.

krohhhh… krohhhhh… tidur petang..

Comments

comments

One thought on “Diari Hachiko”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post