Kitties Pet ID Tag

Pet ID Tag

Kebelakangan ni, aku memang dok mencari Pet ID tag untuk para kucing aku. Saja je. Nak tambah aksesori kat collar diorang. Hahaha. Kucing aku semua kena bagi pakai collar, sebab kalau tidak kang ada je projek diorang senyap-senyap. Ada collar tu at least dengar la bunyik loceng bawah katil ke, belakang katil ke, atas almari ke. Semuanya tempat-tempat yang tak disangka-sangkalah.

Especially Lilo dan Ichii, lagiii la kena pakai collar. Sebab diorang warna hitam. Kat area rumah aku ada stray cats warna hitam jugak. Kang takut ada yang menyamar pula, haha.

So pada suatu hari, aku nampak ada handmade pet id tag kat Facebook Kucing Terbiar & Anjing Jalanan. Pantas aje aku order. Murah je, sebab plastik. Kiranya kalau para kucing tu hilangkan ke, patahkan ke, takde la rasa kecewa sangat.

untuk enam ekor kucing saya

Empat keping bentuk Hello Kitty untuk kucing betina, dua keping bentuk tulang, untuk kucing jantan.

Nasib tak baik, sebab tempat lubang yang Lilo dan Hachiko tu patah sewaktu penghantaran. Mungkin kena hempap dengan barang berat agaknya. Takpelah, aku modified, buat lubang baru kat tepi tag tu, haha. Cara nak buat lubang baru? Panaskan besi paperclip dengan lighter, lepas tu cucuk kat plastik tu bagi membentuk lubang baru.

Balik rumah, tak sabar-sabar aku nak pakaikan kat diorang. Rupanya susah jugak nak attach tag tu ke collar diorang. Siap pakai pliers lagi. Nasib baik la aku tahu kat mana suami letak pliers dia.

tadaaaaa..

Semua dah pakai dah. Aku paling suka gambar A-oi tu, kemain dia tengok camera. Mengada-ngada sungguh. Hahaha. Memula Hime cam pelik la amende la aksesori tambahan ni, dia gigit-gigit tag tu. Si Hachiko tu satu lagi, bukan main susah aku nak tangkap gambar dia. Tu akhirnya dapat sebab aku pegang kepala dia, hahahaha.

Sekarang aku tengah aim yang metal punya.

like this

Aku dah contact seller tu, dia cakap kalau beli 6, dapat la discounted price. Kih kih kih. Tapi sellernya kat Amarika Syarikat. Yang aku malasnya kalau beli kat obersi ni, aku tak tahan menunggu. Lama bebenor nak sampai Malaysia, macam hantar pakai rakit.

Ok lah, jumpa lagi.. Bye

4 thoughts on “Pet ID Tag”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post