Kitties Primadona Yang Injured

Primadona Yang Injured

Cik A-oi kita injured kakinya. Takde la cedera parah pun.. sikit je.. Tapi walaupun sedikit, terpaksa juga dicukur bulu kat area yang injured tu..

Botak peha Cik A-oi

Nampak tak kesan luka tu? Haa.. situlah yang injurednya, hahahaha.. Actually pada suatu hari, masa aku balik kerja, aku nampak A-oi sibuk sangat membantu mak mertua aku berkebun. Bila dia masuk rumah, dia main bergumpal-gumpal dengan Lilo ke Ichii entah. Tapi A-oi nampak stress sangat, siap menjerit lagi macam marah bebenor. So aku pun membebel la suruh A-oi jangan emosi sangat. Main-main pun nak menjerit, amboiii.. kau ingat kau princess sampai tak boleh disentuh?

Sekali bila nak hantar diorang balik tidur, masa aku dukung A-oi tu, nampak peha dia macam merah. Aku pulak yang menjerit sebab terkejut. “A-oi, awak ni kenapaaaaaaa..???!!!” Ye ye je aku tanya, macam la dia jawab pun kan. Bila aku cuba nak selak bulu dia tengok apa yang berlaku, kemain dia marah. Sama macam masa dia menjerit time main tu. So aku syak, masa dia bergumpal bermain tu, peha gebu dia memang dah luka.

Maka aku pun letakkan minyak gamat.

Next day aku tengok macam dah kering luka tu dan dia pun takde la nak melempang orang bila tersentuh kat luka dia dah. Makanya petang itu, aku bagi la dia berjogging kat luar rumah. Tidak ketahuan bila masanya dia berguling atas tanah ke apa, sedar-sedar bila aku dukung dia, luka dia macam berair. Lalu aku pun amik baby wipes dan lap luka dia, sekali nampak macam luka tu berlubang dan sekitar luka dia mengeras sebab bengkak.

Oh nooooo…!!!! Ni yang aku tak berkenan niiii…

Terus tak keruan. Dah la suami demam hari tu. Macam mana nak ajak pergi jumpa vet. Last-last aku ajak adik-adik ipar temankan. Sampai kat klinik, A-oi duduk diam je dalam carrier dia. Sangatlah tidak seperti A-oi yang biasa. Dia ni tak suka pergi klinik. Biasanya baru setapak masuk kat pintu klinik, dia dah mulakan amukan puaka dia dan menakutkan kucing pelanggan lain. Sampaikan doktor pun dah tahu perangai dia. Kalau nak cucuk ke apa, kena pakai jarum paling halus. Kalau tidak, memang kena terajang.

A-oi kena warded. Sebab doktor nak check bebetul apa dah berlaku kat dia sampai luka tu berlubang. Aku risau kalau ada duri ke apa.. Sebab aku memang taktahu apa yang menyebabkan dia luka tu.

Si bontot gebu berehat

Cik A-oi pulang ke rumah 2 hari kemudian. Kena pakai e-collar tu sebab taknak dia jilat luka dia. Ubat kemain banyak. Aku la tu yang kena jadi misi. Kena dressing, sapu ubat, bagi antibiotic, pain killer, anti-inflammatory. Ko hingat mudah? Dressing tu senang la. Nak bagi makan ubat tu yang kena skill. Memang kena pakai pill gun.

 

Gitulah ropanya

Kena letak pill kat hujung, lepas tu tembak masuk dalam mulut kucing kau yang berdarah pahlawan dan hebat bersilat. Paling dia tak suka antibiotic. Siapa yang suka? Aku pun tak suka sebab kalau makan antibitoc nanti kencing bau busuk.

Alhamdulillah doktor kata luka tu tak dalam sangat. So tak perlu jahit. Aku ni memang pantang kalau kucing aku sakit, cecepat je aku nak bawak jumpa vet. Bukan apa, kalau dah parah, kos dia tinggi melangit. Itu pun A-oi kena RM240 kalau tak silap aku.

A-oi yang busy. Sambil main pun nak mekap.

Biasanya lepas aku balik kerja, aku bukak e-collar dia tu. Bagi dia relax dan bermekap. A-oi memang hobi dia mekap. Bila aku bukak je e-collar tu, happy sangat beliau membersihkan diri. Tu yang sambil main pun menjilat-jilat tangan. Sebab seharian takleh mekap. Tapi kena bagi pengawasan la. Kalau tidak, dia jilat sekali tempat luka dia tu.

Muka bosan

Kena pakai collar, mesti la bosan. Tak boleh jilat-jilat badan. Nak pandang kiri kanan pun tidak mudah. Bertabahlah A-oi ye. Tulah, siapa suruh awak pergi cucuk diri kat mana entah sampai luka macam tu.

Budak bosan layan blues seorang diri sampai tertidur.

 

3 thoughts on “Primadona Yang Injured”

  1. Pingback: Drama Si Primadona

Leave a Reply to chesue Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post