Kitties Puteri Yang Bosan

Puteri Yang Bosan

Assalamualaikum..

Hai.. ini A-oi, puteri kesayangan kakak Iz. Ecehh.. perasan pula saya.. hikhik (ketawa tutup mulut). Last week saya nampak Hachiko ada buat satu entry kat blog kakak, so saya merasa cemburu, lalu saya pun nak buat satu entry juga, hikhik. Sifat cemburu itu memang dah tertanam dalam jiwa raga saya sejak bayi lagi, apa boleh buat..?

So yeah, memang pun saya puteri kesayangan kakak dan abang long. Sebenarnya masa dulu-dulu, saya ni puteri yang terbuang. Saya pun sendiri tak tahu siapalah yang kurang hajar sangat membuang saya di Klinik 1Malaysia. Hey, nasib baik saya ketemu dengan abang Azri ok. Dialah yang selamatkan saya.

Ok lah, sebelum saya start bercerita (ohhh belum start cerita rupanya hahahah), saya nak pamerkan gambar saya dulu kepada pembaca blog kakak.

hihi.. hai.. sayalah A-oi

Haa.. dah kenal siapa saya kan. Nama saya terpampang kat tag Hello Kitty tu. Siapa lagi yang belikan kalau bukan kakak? Takkanlah saya beli sendiri kot? Eheheh, kerek pula saya.

Sebenarnya saya sekarang ni tak sihat. Rasanya macam kakak ada cerita pasal kecederaan saya kan? Serius tau, saya sendiri pun tak tahu saya terlanggar apa sampai peha saya ter-berlubang tu. Sakit hoiiiii.

Nasib baiklah ubat-ubatan saya dah habis. Tak sanggup dah nak makan ubat tu. Eeeyyek rasanya teruk sangat, terutamanya yang antibiotik tu. Sebab nanti air kencing saya busuk bau ubat. Keji ok. Saya memang tak suka la kotor-kotor dan busuk-busuk ni. Selalunya bila kakak bagi ubat, saya simpan sekejap dalam mulut, lepas tu saya luahkan balik bila kakak tak nampak. Heheh, pandai tak? Tapi ada sekali tu saya kantoi la.. kakak jumpa ubat yang saya luahkan tu kat atas carpet, damnnnn.. tak pasal-pasal saya kena makan ubat yang baru. Sepatutnya lepas saya luahkan ubat tu, saya sepak ubat tu ke bawah kerusi kan? Barulah tak kantoi.

Tahu kan, masa saya sakit tu, kakak pakaikan e-collar tu. Tekanan ok. Tapi pasrah je la. Siapa suruh saya sakit kan. Padan la muka saya.

boring..

Oh, itu gambar saya sedang merehatkan tangan saya yang lenguh di atas kepala abang Azri. Masa tu abang Azri tengah tonton tv, saya pun join. Saya ni memang ada kecintaan terhadap rambut manusia. Kadang-kadang saya belai-belai rambut kakak Aisyah. Saya rasa bila besar nanti, cita-cita saya nak bukak salon, hehe. Sekarang ni saya kecik lagi, umur saya baru 10 bulan. Ramai juga orang yang terkejut bila tengok saya, diorang cakap saya ni gemuk dan besar. Hello, gemuk dan besar, tapi saya ada style dan sangat fabulous okeh. Macam Kimora, tahu? Hah tengok, saya siap letak link Kimora lagi, in case ada yang tak tahu siapa Kimora yang fabulous tu.

Sebab tu la kadang-kadang saya malas nak layan tetamu yang cuba-cuba nak dukung atau peluk saya. Saya akan beratkan bontot dan buat muka eksyen. Taknak bagi diorang dukung saya. Dah cakap saya gemuk, lepas tu nak dukung dukung pula. Pehlissssss lahh…

Puteri yang sedang berehat kerana kebosanan

Saya harap cepatlah bulu saya tumbuh semula. Rasa segan bila mempunyai peha yang botak ni. Eh lupa pula nak cakap, selalunya bila saya dalam rumah, kakak bukak e-collar tu, dia bagi saya berehat. Tapi masa tu saya dihukum. Sebab saya jilat luka saya tu, so kakak pakaikan balik e-collar tu. Bukannya apa, rasa gatal lahh.. rasa syok je bila dapat garu dengan lidah..

Baiklah, saya rasa cukuplah sampai kat sini. Nanti takut pulak pembaca kakak cakap saya ni kerek. (padahal memang pun, haha)

Oh ya, kalau nak email saya, jangan la segan silu ok.. boleh email saya, a-oi [at] izyahya [dot] com. Jangan jealous, saya pun ada email address, kui kui. Ini email yang sah ok, bukan tipu punya. Tak percaya ke?

1 thought on “Puteri Yang Bosan”

Leave a Reply to Melisha Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post