Sookies

B10 Jalan Teluk Baharu 5, Tg Lumpur, 26060 Kuantan Pahang

Tuesday - Sunday

10am - 7:45pm

Hadiah

Biasanya kalau kitorang jalan-jalan, mesti belikan bebudak kucing tu hadiah.. tak kisah la belikan collar ke, mainan ke, tapi mesti ada something untuk diorang. Tapi kalau beli collar, mesti beli enam sekali.. tak sampai hati pulak nak beli satu je..

Masa pergi wedding kawan aku last week, macam biasa la, mesti singgah pergi pet shop.. Seronok pergi pet shop kat KL. Banyak benda boleh beli hehe..

inilah hasilnya. Eh tiba-tiba ada makhluk putih menyelit sama

Paling banyak kitorang beli ialah canned food. Borong sakan. Tapi canned food ni kitorang tak bagi hari-hari pun.. Bagi macam treat je.. kalau macam sempena hari raya ke, birthday ke, hehe. Cakap pasal birthday kan, November ialah birth month Lilo dan Ichii. Yay Happy Birthday sayang kakak. Dah setahun dah umur diorang. December pulak ialah birth month A-oi. 16 Januari pulak ialah birthday Sookie yayyyyyy… Ada siapa siapa nak bagi hadiah? Kejap je dah setahun diorang ni.

paling banyak beli Qiut pelbagai perisa

Qiut ni bagus.. sebab dia takde jelly.. kalau brand lain, harapkan jelly je berat.. makanannya seciput je. Nanti aku buat special entry pasal makanan kucing pulak.

Ini Snappy Tom

Yang Gourmet D’Lite ni macam premier la.. dia tak banyak flavour sangat. Aku amik yang tin sedang. Kalau tin kecik tu, Hachiko makan setin tak puas.

Burp Premium

Beli enam belas tin terus. Pelbagai perisa. Tapi yang ni takde choice, memang ada jelly semua flavour pun. Tapi at least isi dia memang fresh la. Kalau perasa ketam, memang ada isi ketam. If salmon, memang ada salmon. Takde la macam brand lain yang kononnya seafood tapi takde rupa seafood pun. Penipu.

Then kitorang beli water fountain baru untuk diorang. Boleh letak 3 liter air jugak, macam yang sebelum ni. Yang water fountain biru tu, kitorang letak dalam rumah pulak. Yang baru ni, letak dalam banglo diorang.

macam biasa, A-oi jadi tester dan quality control

A-oi memang suka nak busy body bila ada benda baru. Dia mesti nak sibuk testing dulu. Kelakar sangat tengok dia celup-celup tangan kat water fountain tu. Macam pelik sangat macam mana air boleh blup blup keluar kat situ haha.

time husband tengah betulkan (sebab salah pasang) pun dia sibuk sangat nak tengok jugak

bila dah siap, baru la si busy body yang lain datang menyibuk

Ini ialah litter spray. Gunanya ialah untuk meneutralkan bau litter box. Tapi harganya boleh tahan mahal 🙁 Sebab tu aku beli satu je setiap kali. Kalau murah, sepuluh sekali aku beli. Biasanya kalau lepas aku bersihkan litter box diorang, aku spray benda ni. Boleh jugak kalau macam ko nampak ada najis dalam box tu, tapi kau busy tak sempat nak buang ke, boleh la spray benda ni. So dia eliminates bau.Tapi jangan la pulak kau pemalas sangat setiap kali spray je, seminggu sekali baru scoop. Gila tau. Kucing pun tak sanggup nak berak dah dalam box tu.

Pastu biasalah, beli scratching post, dan mainan lain.. Diorang paling suka mainan bulu-bulu yang ada loceng. Kalau ada benda tu, memang mainan lain tak layan dah.

Comments

comments

10 thoughts on “Hadiah”

    1. itulah.. malam tadi dah sambut birthday Lilo dan Ichii dah.. hadiah belum beli.. tengah fikir nak bagi apa.. or maybe takyah bagi sebab dah banyak hadiah dah. hahaha

    1. litter kwitter tu lama gilaaaa nak trainnnn.. tak boleh la oleen, sebab i kerja kan.. siang takde kat rumah. I tengok kat Must Love Cats, orang tu train kucing dia dalam 2 bulan jugak kalau tak silap, sebab banyak stages kan.. Everyday kena train. Kalau 1 kucing takpelah, ini enam, hahaha. Tunggu kalau i dapat hire maid for my cats, boleh la suggest litter kwitter kat my husband hahahaha..

  1. sronot toi tgk ko melayan adik-adik ko nih..ini baru betui sayang kucen! haih bila aa aku nk dpt bela nih..seko pun jaadi aa..kena tunggu blk mesia jugak aa..kat sini laki aku takley harap nk jaga, mati jugak kucen aku kang kena dera!

    1. hahaha.. husband aku la yang suka melayan beli beli ni. Bilanya nak balik mesia? boleh la ko bela bengal sekor. Tp yg tu memang lasak, suka memanjat dan boleh buat darah tinggi hahaha.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post

DIY Pet BedDIY Pet Bed

Hai. Seperti yang korang sedia maklum, dari kecik Hachiko memang tidur dengan aku. Peneman setia waktu malam terutama bila suami outstation. Kalau takde Hachiko, memanglah aku ni pengecut nak tidur

Pinky AoiPinky Aoi

Primadona kami ada baju baru lagi -_- Haritu masa ambik Hachiko dekat klinik, aku nampak ada satu baju ni menarikkkkk sangat perhatianku. Sebab dia sleeveless. Sebab sebelum tu, husband pernah