Kitties Kitty Bouncer

Kitty Bouncer

Menurut Wikipedia, ‘bouncer’ is also known as a doorman or cooler is an informal term for a type of security guard employed at venues such as barsnightclubs or concerts to provide security. Ini aku copy paste directly from wikipedia sebab tu siap ada link security guard, bars, nightclubs, hahahahaha.

Nak tahu, banglo kucing kami pun ada bouncer juga. Tugas dia ialah memerhatikan dengan pandangan sombong siapa yang lalu lalang kat depan rumah diorang. Ini juga telah disahkan oleh doktor veterinar kami yang juga menyediakan khidmat hotel for cats. Katanya kucing kami yang seekor ni memang suka duduk di tingkat paling atas cage, kemudian duduk depan sekali dengan muka sombong dan berlagak seperti bouncer.

Mempersembahkan.. our very own kitty bouncer…

jeng

jeng

jeng…..

siap berpeluk tubuh!!!

kan sama? hahahahahahhaa

Contoh tanggungjawab bouncer

Melarang paparazzi dari mengambil gambar artis. Dalam kes ini, A-oi sebagai bouncer melarang aku dari mengambil gambar Lilo di belakang itu. Hahahahaha..

Lepas tu baru-baru ni, aku bawak Hachiko pergi deworm kan, lepas tu ada doktor tu tanya, “A-oi macam mana, dah sihat ke?” – kan haritu yang dia cedera kat kaki tu. Then doktor tu sambung “A-oi haritu masa kat wad, amboiiii.. bukan main bossy..”

Doktor, A-oi kat rumah pun memang bossy macam Cleopatra yer.

A-oi takkan layan kita kalau time tu kita tengah main dengan kucing lain. Jangan harap. Dia buat bodoh je, kau hulur la mainan apa pun. Dia lagi rela tengok dari jauh je. Memang super diva sangat ni. Kalau dukung dia time mood dia tak baik, memang kau dapat la pelempang dia. Tapi A-oi ni baiknya ialah, dia takkan keluar kuku. So dia lempang kau pakai paw dia la, hahahaha. Dia cuma akan layan kau, purring, bila masa tu kau berdua je dengan dia. Masa tu barulah dia berperangai macam baby.. pejam-pejam mata bila usap kepala dan dagu dia.

Mengada gila kan?

2 thoughts on “Kitty Bouncer”

Leave a Reply to chesue Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post