Kitties,Sports Club Tahniah Harimau Muda

Tahniah Harimau Muda

Hai.. ada yang MC (mohon cuti) hari ni sebab sakit tekak banyak sangat menjerit malam tadi? Hihih.. Aku rasa macam seluruh Malaysia tengok Perlawanan Akhir Indonesia vs Malaysia malam tadi kan. Nak rebut pingat emas katanya.

Aku pun tengok jugak. Tengok kat Twitter je. Hahaha. Oi itu pun dah cukup mendebarkan ye.. Komentator di Twitter lagi hebat belaka dari Hasbullah Awang yang asyik tersasul tu. Dah la asyik tersasul, lepas tu dalam tersasul tu pun boleh konfiden lagi tu.

Nasib baik aku tak tengok kat tv. Kalau tidak, ada potensi nak kalah. Asal aku tengok kat tv je, sure kalah.. dari pemerhatian aku la hahaha. So aku rasa kemenangan malam tadi pun disumbangkan oleh aku jugak la sikit hahahahahahah.

Malam tadi aku tonton perlawanan di twitter bersama Hachiko. Tapi dia dah tidur dulu dah. Tak boleh harap betul. Dah la aku tak boleh bergerak selagi dia belum lena. Sabar jelah.

Apa pun, aku nak ucapkan tahniah kepada Harimau Muda kita yang telah membuktikan kemudaan mereka sebab gigih berusaha sampai ke garisan penamat saat terakhir. Hebat la korang. Khairul Fahmi pun hebat. Lepas ni semua orang lupalah pasal scandal kau, haha. Dan korang janganlah marah si Fakri tu. Semua orang pun berusaha gigih kan.. Takkan la dia sengaja nak sengal dari mula perlawanan kot. Kita dah menang gold medal pun, lupakan je la salah silap si Fakri tu. Eh beriya aku back-up Fakri macam ada pertalian darah pulak haha. Padahal muka si Fakri tu macam mana pun aku tak tahu KAHKAHKAHKAH.

Lepas tu tak dapat coti pulak tu. Cis betul. Aku menanti-nanti je bang Najib announce coti kat twitter selepas pasokan kita menang. Kalau tidak, boleh la aku bersenang lenang kat rumah time ni. Johor je yang dapat coti. Itu pun sebab Hari Hol Negeri Johor ye, bukan sebab menang bola ni -_-

Dah la tu..

terimalah ucapan tahniah daripada Harimau Muda rumah saya hehe

 

2 thoughts on “Tahniah Harimau Muda”

  1. “Comelnye..” Hani cakap. wei ko mesti tweet sambil tido kan.? Macam dulu ko tido umah aku. padahal dah tertido-tido, sempat mene ‘tweet kan diri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post