Birthday Party,Kitties Celebrating A-oi’s First Birthday

Celebrating A-oi’s First Birthday

Selamat pagi.. nama saya A-oi, kucing kakak yang paling eksyen.

Ya, saya memang eksyen, apa lagi bila sekarang saya dah berusia satu tahun, heheh. Lagilah bertambah eksyennya. Saya dah taknak dah bergaul dengan budak-budak kucing yang lain, macam Sookie, Hime dan Hachiko. Apa kelas main dengan budak-budak. Jatuhlah maruah saya sebagai primadona di rumah kakak ni *muka bangga*

Seperti yang saya cakap tadi, saya sudahpun berusia satu tahun pada 9 Disember baru-baru ini. Alah date tu kakak yang pilih. Sebab saya sendiri tak tahu bila saya dilahirkan -_-

Tapi apa yang tak bestnya, 9 Disember juga merupakan hari jadi Hachiko yang ke 6 bulan. Saya tak faham betul kenapa budak kecik ni sambut hari jadi setiap bulan. Kakak ni manjakan sangatlah si Hachiko ni. Saya risau kalau nanti si budak kecik Hachiko tu merampas tahta saya sebagai primadona. Ha macam mana?

Seperti biasa, kakak dan abang long melemparkan party hari jadi untuk saya. Yippie! Masa untuk riang ria. Eh tapi kan, sebenarnya saya dah moody dah hari Jumaat tu. Sebab kakak cakap, abang long pergi KL. Habis kalau dia pergi KL, mestilah takde party. Lalu saya menangis di dalam hati je. Sebab muka saya haruslah seperti tabah. Barulah kucing yang lain respect dekat saya.

Tapi malam tu, abang long balik yahoooooo..!! dan membawa balik macam-macam benda untuk kami. Ahh benda lain tu biarlah kakak je yang ceritakan dalam entry lain nanti. Sebagai kucing yang mementingkan diri sendiri, mestilah saya nak cerita mengenai hari jadi saya sahaja, heheh.

Saya dapat hadiah, iaitu collar warna biru yang cantik gila feewwiittt.. Mestilah kucing yang lain jealous hahahahah. Tapi ada saya peduli?

DSCN8840 [640x480]

 saya yang eksyen dengan collar baru

DSCN8847 [640x480]

Nah, ini pandangan sisi, cantik kan?

Saya suka sangat dapat collar ni, thank you abang long. Jauh tau dia belikan kat Pet Safari kat Ikano tu. Terharu saya. Pandai juga abang long pilih collar comel untuk saya yang memang comel ni. Dah la warna biru, sesuai sangat dengan nama saya.

Untuk kali yang ke berapa entah, ni saya nak bagitahu, nama saya A-oi yang bermaksud ‘biru’ in Japanese. Tak percaya? Nah tengok la kat sini. A-oi juga bermaksud ‘power’ sebab tu lah saya berkuasa kat rumah ni muahahahahahahahahah *riak*

Seperti biasa, bila ada majlis keramaian, memang abang long belikan makanan best. Sebab tulah kitorang sayang kat kakak dan abang long. Sebab diorang appreciate kami, walaupun kekadang kami nakal dan kakak selalu jerit macam tarzan. Kahkahkah.

DSCN8866 [640x480]

Tengok gambar yang dibulatkan tu. Si Hachiko kemain lagi siap panjat lagi. Eee saya memang berbulu dengan Hachiko ni. Jealous betul saya dengan dia. Sebab dia tu pandai amik hati kakak. Bila kakak ada kat rumah, mesti ikutttt je bontot kakak tu. Pegi jamban pun nak tunggu depan pintu. Apa punya budak entah.

Saya mana suka ikut ikut ni. Biasalah, primadona kan. Saya tak ikut orang, orang yang ikut saya. Kalau nak ajak saya main, dukunglah saya. Macam yang abang Azri selalu buat.

DSCN8869 [640x480]

 Nyam nyam nyam.. happy birthday to meeeee.. happy birthday to meeeee…

DSCN8872 [640x480]

 Lamb & Liver Stew – Nature’s Variety Homestyle by Prairie

Itulah makanan kami sempena hari jadi saya yang ke satu tahun. Sedap sangat tau. Terima kasih kakak dan abang long kerana meraikan birthday saya. Saya rasa sungguh matang sekarang 🙂

Yang benar,
Primadona A-oi

 

4 thoughts on “Celebrating A-oi’s First Birthday”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post