Sookies

B10 Jalan Teluk Baharu 5, Tg Lumpur, 26060 Kuantan Pahang

Tuesday - Sunday

10am - 7:45pm

Hafza Homestay -Taman Bertam Setia, Melaka

24 Disember 2011.

Kami sekeluarga ke Melaka untuk hadiri kenduri sambut menantu anak Pak Uda.

Hahaha.. Cam diary pulak rasanya siap letak date. Poyo nak mapuh. Kitorang bertolak dari rumah pukul 7 pagi. Lepas tu pergi breakfast dekat Restoran Zaman. 20 minit dia beratur untuk mendapatkan dua bungkus nasik lemak. Kat restoran tu memang semua orang beratur sana sini. Nak nasik lemak, beratur. Nak roti canai, beratur.

Gerak ke Melaka pukul 8.45 pagi. Ikut Segamat highway. Jalannya, jilaka betul. Berlubang sana sini. Dalam pulak tu lubangnya. Eeee.. aku pulak yang seram sejuk. Sebab baru je dua minggu lepas suami terpaksa tukar sport rim kereta dia sebab bengkok, akibat terlampau banyak langgar lubang. Jalan Kuantan – Kuala Terengganu memang juara la, paling banyak lubang. Kalau harga rim tu tiga posen sebijik tu takpe la. Hoh.

Maka dari Kuantan ke Segamat, aku rasa macam naik kereta Tamiya. Sebab kejap elak kiri, kejap elak kanan. Phew~

Sampai Melaka, pergi kenduri dulu. Dekat pukul 4 baru check-in homestay. Kali ni kitorang duduk kat Hafza Homestay, dekat Taman Bertam Setia. Owner Hafza Homestay ni namanya Haji Zakaria, bapak mertua kepada Encik Halim, owner Homestay Cheng.  Dia pun yang rekemen kat aku sebab homestay dia dah kena booked 🙁

DSCN8930 [640x480]

Hall rumah – cukup besar dan selesa

Family aku terkagum melihatkan keselesaan rumah ni. Tapi bagi aku yang pernah pergi homestay Cheng tu, of course aku compare kan. Bagi aku, rumah ni lebih simple dari homestay Cheng. Facilities dia cukup dan family aku sangat berpuas hati. Seterika pun ada.

Tapi homestay Cheng lebih lengkap. Macam kat dapur homestay Cheng ada perencah nasik goreng, maggi, hehe.. Dalam peti sejuk ada telur, kicap, sos cili. Bebetul macam rumah sendiri. Washing machine pun ada. Dalam bilik siap ada wardrobe. Water heater pun ada, so tak la menggigil bila mandi, heheh.

Apa pun aku percaya homestay ni pun nanti mesti akan di-upgrade sikit demi sikit. Biasalah baru lagi, takkan nak lengkap semua kan, kenalah rolling dulu modal tu.

DSCN8932 [640x480]

 

DSCN8934 [640x480]

 Dapur

Dapurnya lengkap, ada semua keperluan. Haji Zakaria siap bilaskan pinggan mangkuk dan tolong masakkan air panas lagi untuk kitorang, haha.. Sebab bila kitorang pergi dapur, tengok pinggan mangkuk dah dicuci dan air dalam kettle pun panas 🙂

DSCN8939 [640x480]

Bilik tidur utama

Selesa.. sangat selesa dan luas. Boleh masuk lagi 2 bijik katil size queen kalau mahu 🙂 Tiada wardrobe, tapi ada console table, cermin besar, sejadah, dan rak penyangkut baju. Setiap bilik diberi 2 helai tuala. Dalam bilik air, dah siap ada shampoo dan shower gel. Along ambik bilik ni.

DSCN8941 [640x480]

Itu ialah bilik kedua dan ketiga, pandangan dari bilik tidur utama

Yang ada alas kaki tu ialah bilik air. So dua bilik ni, berkongsi bilik air yang sama, di luar. Bukan sharing macam connecting room tu ye. Both bilik macam lebih kurang sama besar. Bezanya satu bilik katil  queen, satu bilik lagi, ada dua katil single.

DSCN8943 [640x480]

Aku anggap ini bilik kedua, hehe. Aku dan suami duduk kat bilik ni

DSCN8942 [640x480]

Bilik ke tiga – dua katil single

Bilik ke empat kat tingkat bawah. Agak kecil, tapi masih boleh fit katil queen. Sesuai kalau keluarga yang bawa mak ayah atau orang tua yang tak mampu nak naik tangga ke tingkat atas.

DSCN8937 [640x480]

 Selesa juga 🙂

Bilik bawah ni kitorang bagi kat mak dan abah. Kaki mak tak berapa kuat, so tidur kat bilik bawah la lagi senang. Toilet pun ada kat tingkat bawah ni. Sebelah bilik ni je.

Taman Bertam Setia takdelah jauh sangat dari bandar Melaka. Tapi kena tempuhi banyak traffic light. Haritu kitorang sangkut kat jem sebab traffic light je dekat sejam. Sabar jelah. Dah la lapar, hahaha.

Setakat 24 Disember tu, Taman Bertam Setia ni tak masuk lagi dalam GPS. Sebab perumahan baru. Masa kitorang carik rumah ni, kitorang cari Taman Paya Emas, based on Haji Zakaria punya guide. Taman Bertam Setia ni dalam 1 kilometer di hadapan Taman Paya Emas.

Haji Zakaria ni ada 3 bijik rumah kat situ, nombor 37, 39 dan 41, Jalan BS 11, Taman Bertam Setia. Hebat kan? Satu bijik rumah pun aku rasa lebih 250 ribu. Pandai betul Haji Zakaria buat pelaburan 🙂

So kalau korang pergi Melaka, takyah la sesusah duduk kat hotel. Mahal lagi membazir. Membazir tu amalan syaitan. Baik korang cari homestay macam ni ha. Satu keluarga boleh duduk. Rate dia haritu ialah RM250, aku rasa ini rate weekend. Kalau weekdays, tak silap aku dalam RM230 kot.

Kalau berminat nak booking homestay ni, boleh call Haji Zakaria kat 0123661134 atau Hajah Siti Hawa kat 012-9182575

Aku yakin kalau lebih ramai orang buat homestay macam ni, bisnes hotel mesti rugi, hehehe.

Comments

comments

3 thoughts on “Hafza Homestay -Taman Bertam Setia, Melaka”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post