Sookies

B10 Jalan Teluk Baharu 5, Tg Lumpur, 26060 Kuantan Pahang

Tuesday - Sunday

10am - 7:45pm

Sayangi Mereka

Aku rasa blog aku ni dah macam blog kucing dah. Banyak cerita pasal kucing dari cerita pasal manusia, haha. Tapi takpelah. Kalau macam tu barulah blog ni ber-update. Aku rasa mambang yang merasuk aku update blog hari-hari ni pun mungkin mambang suka kucing, haha. Hari ni aku nak cerita pasal cat litter pulak. Iaitu pasir berak kucing, dalam bahasa pasarnya. Bagi orang yang tak membela kucing, mungkin akan ingat kucing ni jenis berak merata. Anda silap. Sebenarnya kucing ialah haiwan yang pembersih. Kalau ada pasirnya, dia tak akan berak merata.

Aku pakai 2 jenis cat litter untuk kucing aku.. Pasir yang aku letak kat banglo diorang, nama dia Fussie Cat.. Aku pakai yang tu sebab dia bau apple.. Aku takleh tahan bau lain.. especially lavender.. pening kepala. Bila baru letak tu, boleh la tolerate lagi.. tapi bila dah ada ‘kuih’ kat dalam tu, pengsan.. So apple je boleh. Lagipun kumpul 10 bar code kat plastic dia, boleh dapat 1 bag free. Aku kan memang suka barang free ni, haha. Harganya, RM28 untuk 10 liter. Aku pun tak tahu kenapa nak jual dalam liter. Ingat air ke?

Yang kat dalam rumah pulak, aku pakai cat litter jenis World’s Best. Dia bukan pasir, tapi diperbuat daripada whole-kernel corn. Jadi bau dia ialah bau semulajadi. Macam bau.. err.. serdak jagung? eh aku pun tak tahu la macam mana nak describe tapi dia takde la bau apple ke, oren ke, bau pandan ke, bunga rampai ke.. rupa paras dia pun tak macam pasir kucing biasa.

World’s Best multiple cat clumping formula

Kitorang pakai yang ni.. sebab memang ada multiple cat pun kan, haha.. Yang multiple cat ni, dia lebih menyerap bau, dengan syarat kucing kau mesti kambus la. Kalau dia tak kambus, pakai segala jenis mak nenek cat litter paling baik dalam dunia pun tak guna.

Aku ada satu kucing yang jenis berak tak kambus. Nama dia Sookie Stackhouse. Dari kecik, dia memang berak tak kambus.. puas ajar. Sampai aku tanya dekat doktor, apahal kucing aku ni tak kambus berak. Mula-mula doktor kata dia tak reti agaknya.. tapi bila dah lama-lama, kau tak reti ke, kau malas ha Sookie? Kekadang tu kambus la, itu pun ala kadar je. Yang lebihnya, cuci tangan dia sampai begegar rumah. Tu yang husband syak dia ni penggeli agaknya. Tapi doktor kata kucing yang tak kambus ni, dia jenis yang proud. Hamboih kot ye pun proud sebab gemuk, takkan la dengan berak kau pun nak proud? Banyak cantek?

Tapi Sookie bertuah sebab dia ada kawan-kawan yang baik, tolong kambuskan berak dia. Macam contohnya lepas dia berak tu, katakan Lilo pulak berak, so nanti Lilo kambuskan sekali berak dia. Lilo memang abang yang baik πŸ™‚ By the way, kucing aku memang suka berak secara rombongan. Kalau sekor berak, lepas tu kang mesti yang lain pun sibuk beratur nak berak jugak. Paling suka nak berak lepas kakak bersihkan litter box dia. Hoh.

Hachiko pulak yang lagi senang diajar. Dulu masa dengan breeder, dia tak pakai cat litter. Breeder letakkan shredded paper je dalam litter box. Tapi bila duduk dengan kitorang, aku ajar la pakai cat litter. First day, dia berak bebetul kat luar litter box dia, haha lawak je. Tapi breeder dia pesan kat aku, jangan bagi dia keluar dari cage dia, sampai la dia kenal litter box dia, tempat makan dia. Alhamdulillah, the next day tu dia dan pandai guna litter box. Siap kambus lagi! Kambus yang bersungguh-sungguh punya, macam gunung. Haha.

World’s Best ni mahal la sikit. Setakat ni aku cuma pernah jumpa yang 7lb tu je dalam pasaran. 7lb bersamaan 3.18kg. Harganya RM38. Dekat Kuantan ni cuma boleh didapati kat Jawhari Cat Medical Centre. Kat KL melambak la kot. Kuantan ni serba kekurangan. Tapi husband cakap takpelah mahal pun, sebab dia memang bagus. Clumping dia pun sangat bagus. Kalau kencing tu, dia clump jadi bentuk bulat, kahkahkah. So kalau kencing banyak, dia jadi bulat besar macam sebuah bom lagaknya.

Oh tapi awas ye.. setiap hari kau mestiΒ kena scoop dan bersihkan litter box tu. Barulah tak berbau. Jangan lupa pakai glove. Kalau kau pakai cat litter yang bagus, tapi seminggu sekali (eeeyekk!) baru nak bersihkan litter box tu, baik la kau tak payah bela kucing terus. Imagine je kau berak lepas tu seminggu kemudian baru flush. Geli ke tak?

make sure alas hitam bawah tu pun kena bersih selalu

Dalam litter box tu, memang aku letak banyak pasir.. bagi tinggi.. so bila kucing kau kambus, maka dia boleh la kambus dengan pasir yang banyak. Lagi banyak pasir yang menutup berak dia, maka lagi kuranglah bau. Penutup litter box tu, selalunya aku lap dengan wet tissue. Buat kerja pembersihan ni, memang la kekadang memenatkan. Tapi aku tak sampai hati pulak kalau tak bersihkan. Ok dah.

Sehingga bertemu lagi esok. Babai.

Comments

comments

13 thoughts on “Sayangi Mereka”

  1. Hi πŸ™‚

    Pernah try Oko Plus tak? I dh try fussie cat semua tu tapi sebab sinus mmg tak boleh yang ada dust sangat.

    Oko Plus is the best one la so far, you can flush it down the toilet tp I tak pernah buat sbb takut toilet tersumbat haha.

    1. Hi Farah,

      Oko Plus tak pernah try. Bagus ye? Tp quite pricey kan untuk 1 bag kecik? Yang untuk kat cage luar, memang tak mampu la nak beli mahal2 sangat sebab sekali letak pasir, memang letak banyak. And 1 bulan kena beli 2 bag yang 10 litres tu. Lagipun rasanya Oko Plus tu takde jual kat Kuantan ni πŸ™ Tapi Fussie cat memang berdebu la. Kucing u ada berapa ekor? Satu bag Oko Plus tu boleh tahan lama tak?

      1. I ada 2 indoor cats, mmg sangat puas hati la πŸ™‚ If you pandai jimat, 1 beg tu last one month plus (depends on the size of the litter box gak la :))

        I dulu pernah try mcm2, yg pasir la, clumping clay la, wood pine la, crystal la tapi semua tak jadi. paling scary crystal sbb kucing jantan kan, lepas 3 hari bau ammonia mcm nak meletup rumah haha.

        If you tahan debu ok je pakai Fussie Cat tu, my fav pet shop kat KL ni pun pakai that one sebab die kate, lagi kucing you poop lagi bau wangi haha πŸ™‚

        1. Haritu ada jumpa Oko Plus tu kat sini, tapi satu beg RM50. Beg kecik pulak tu, mau kena letak 3 bag sebab litter box i besar. Letak World’s Best tu pun sampai 2 bag satu box. Hahaha i pun takleh imagine pakai crystal tu. Tak faham macam mana dia menyerap bau. Dahla tak clumping kan?

          Litter box kat dalam cage luar rumah tu, memang pakai fussie cat je la.. sebab ada peredaran udara kan.. yang dalam rumah ni, so far World’s Best mmg bagus. Tapi kalau ada yang lagi bagus, lagi i suka. Hehe

          1. tak bahaya. tapi kena bagi kucing ubat cacing setiap bulan, dan pastikan makan kibbles jugak untuk jaga gigi supaya tak mudah kena tartar

  2. Saya baru je bela kucing, masih struggle mencari pasir yang terbaik untuk kucing-kucing saya, mula-mula saya train membuang di toilet tapi naik kesian pulak tengok depa macam stress dengan keadaan bilik air yang basah, lagi satu saya tengok bersungguh betul depa mengkuis2 kawasan keliling kotoran depa ( macam nak kambus ) jadi saya ambil keputusan untuk guna litter box so far saya baru cuba crystal punya sebab saya baca ramai pemilik kucing kata bagus crystal ni, takde bau lah, takde debu lah blablabla tapi masalah saya cuma satu kucing-kucing ni memang dah biasa menjilat dan membersihkan diri lepas membuang, selamat ke kalau mereka terjilat atau tergigit crystal? Ini je phobia saya buat masa ni…

    1. selalunya, kucing tak suka ada bendasing melekat pada kaki diorang. Kucing saya sendiri lepas kencing kat kristal, dia akan goyang goyang kaki dia macam nak bagi crystal yang melekat pada kaki dia, jatuh. Hehehe. Kalau tertelan crystal memang tak elok la sebab takut kena luka dalaman. Jadi pemilik kucing ni kena cuba setiap jenis litter yang ada, cari yang paling sesuai untuk kucing kita. Kucing lain sesuai, tak semestinya kucing kita sesuai juga tau πŸ™‚

  3. Salam sis…world best cat litter tu,mmg xclump kncing ke? Sbb sy br pakai xsmpai smggu lg..tgk kat utube,cantek je clump je..tp try sndiri xde jd cm tu…

    1. Kitorang pakai elok je clump, maybe awak kena tanya kat petshop yang jual tu. Sebab memang ada jenis cat litter yang tak clump tapi bagus juga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post

Potong Kuku!Potong Kuku!

Baiklah. Nak tanya ni.. Korang yang membela kucing ni, rajin tak potong kuku kucing? Aku, rajin la jugak. Kalau bila dukung tu kuku asik tersangkat dekat baju, bila peluk sikit