Dining Out,Kitties,Kuala Terengganu Nasi Kukus Warung Yasmin

Nasi Kukus Warung Yasmin

Masa di Terengganu, kadang-kadang bila suami cakap tak payah masak, maka kami akan makan nasi kukus. Sama ada dia tapaukan dan kitorang makan kat rumah, ataupun kami makan kat kedai tu.

Dekat je kedainya, kat belakang rumah. Kitorang jalan kaki je. Tak sampai 5 minit. Lintas jalan sekali je. Nama kedainya, Warung Yasmin. Makanan special dekat situ ialah nasi kukus. Kalau dekat Kuantan, lauk pauk untuk nasi kukus memang standard je. Iaitu nasi kukus, ayam goreng berempah, kuah kari, sambal belacan dan mungkin ada acar sikit (depends on kedai).

Tapi kat Warung Yasmin ni, banyak gila pilihan lauk. Macam makan nasi campur. Tapi nasi kukus. Hehe. Lauk pauk dia boleh tahan sedap. Kena la dengan tekak aku yang cerewet ni kan. Tapi aku pun bukan jenis amik banyak lauk pun.

IMG00835-20111226-1327 [640x480]

 macam ni je aku makan

Hahaha. Nasi, kari ikan, ayam goreng dan telur. Kekadang aku letak sambal belacan dan amik sayur sikit. Nasi kukus ni memang akan dibungkus, walaupun kau nak makan kat situ je. Tak pernah lagi aku nampak nasi kukus yang makan dalam pinggan.

DSCN9002 [640x480]

Warung Yasmin terletak kat Jalan Dato’ Isaacs ni. Nama kemain glamer. Hehehe. Rumah aku tu ha kat belah kiri tu, yang kat bawahnya ada kedai tu. Bukanlah dekat block tu. Tapi dalam kawasan tulah.

Ada satu kedai runcit kat bawah block tu kan, lucu tau. Aku rasa target customer dia ialah orang bujang, so barang-barang yang dia jual, semua dalam kuantiti yang kecil.

Macam telur dia pack 4 biji.. bawang merah kecik tu pun 1 pack ada dalam 10-15 biji. Milo 3 in 1 pun boleh beli 1 paket. Maggi pun. Sampaikan shampoo yang pack kecik macam sample tu pun ada jual, hehe. Kalau rambut aku ni kena pakai 10 paket baru cukup kot. Pendek kata memang semua dalam kuantiti kecil. Nasib baik roti tak boleh beli 1 keping je. Haha.

Tapi bagus tau, jual dalam kuantiti kecil camtu. Memang sesuai sangat untuk rumah bujang yang kadang-kadang takde peti sejuk. Dulu rumah husband pun takde peti sejuk. Bila isterinya ni datang, barulah beli peti sejuk. Kalau tidak payahlah nak simpan sayur dan bahan basah yang nak masak kan.

DSCN9015 [640x480]

Dua budak kenit yang notty. Ada sesiapa yang rindu?

Hachiko ialah Assistant Chef. Sebab setiap kali aku ke dapur, dia mesti ikut. Kekadang dia menyibuk sama duduk sebelah sinki. Tapi setiap kali dia memanjat, memang aku turunkan lah. Bahaya la. Takut kena pisau ke apa kan. So bila aku turunkan dia, dia duduklah dekat bawah. Tunggu aku siap masak. Terima kasih sayang. Baik hati betul temankan kakak.

Hime pulak, biasanya kalau time aku masak tengah hari, dia tengah membuta. Baguslah. Takde la aku terjerit-jerit ke diorang. Kalau orang dengar pun pelik agaknya. Rumah ni nampak macam ada dua orang je, tapi kecohnya macam orang ada anak 3-4 orang.

Kui kui..

6 thoughts on “Nasi Kukus Warung Yasmin”

  1. nasi kukus ni nasi putih biasa je ke atau ada perisa lain kat nasi mcm rempah, santan dsb? Konsepnya mungkin sama dgn nasi campur, nasi padang, nasi kandar kot

    1. alololo kesiannya aku bayangkan ko rendam megi. Tulah beli lagi megi bebanyak, hahaha. Ala nasik kukus je beb. Kau pun boleh buat dan masak sendiri je lagi best. Ko kan peserta Masterchef peringkat akhir. Hahahaha. Kalau aku ni lain la, standard Junior Masterchef je

Leave a Reply to Norasikin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post