Sookies

B10 Jalan Teluk Baharu 5, Tg Lumpur, 26060 Kuantan Pahang

Tuesday - Sunday

10am - 7:45pm

Sookie Transformers

“Happy birthday to you.. happy birthday to you.. happy birthday to Sookie.. happy birthday to youuuuu…” itu ialah nyanyian kakak saya sempena hari jadi saya yang ke satu pada 16 Januari yang lalu.. Walaupun bagi saya, suara kakak tidaklah semerdu suara penyanyi antarabangsa Adele, tapi saya rasa gembira jugak la. Nak harapkan Adele yang nyanyikan happy birthday dekat saya, hmm dalam mimpi jelah kot.

Sempena hari jadi saya yang ke satu, saya nak buat flashback sikit..

Saya lahir pada 16 Januari 2011. Saya ada dua ekor abang, yakni berwarna kelabu keduanya. Hmm kat manalah abang-abang saya tu agaknya sekarang.

Kakak ambil saya pada 21 March 2011, yakni ketika saya berusia lebih kurang 10 minggu, dan tarikh itu juga merupakan hari jadi kakak. Jadi saya merupakan hadiah hari jadi buat kakak daripada abang long. Romantik tak bagi hadiah kucing? hihih..

Hari pertama saya tinggal bersama kakak, saya rasa sungguh stress.. sebab rindukan mummy dan abang-abang saya. Saya tak mahu makan.. tak mahu main, tak mahu apa-apa. Sampai kakak bawa saya ke klinik untuk dapatkan nasihat doktor. Lama kelamaan, saya semakin selesa dan manja dengan kakak. Saya ada nenek juga, yakni emak kepada kakak. Nenek baik. Bila kakak pergi kerja, nenek tolong bagi saya makan.

DSCN6165 [640x480]

 masa ni rasanya mungkin 2 minggu lepas saya duduk dengan kakak.. dah besar sikit..

Kakak baik hati, dia bawa saya jalan-jalan ke rumah abang long bila weekend. Masa tu diorang belum kahwin lagi. Kakak cakap, dekat rumah abang long ada ramai kawan.. jadi boleh la saya main-main..

DSCN6168 [640x480]

 Saya yang comel.

Nampak tak bakul tu? Masa tu kakak bawa saya dalam bakul piknik je, hehe. Comel betul saya terbongkang dalam bakul piknik. Tahu tak masa saya lahir, badan saya adalah putih seperti salji. Bila dah semakin besar, warna coklat mula kelihatan pada point tertentu seperti telinga, hidung, dan hujung tangan dan kaki saya.

DSCN6289 [640x480]

 Semakin besar

Mata saya biru. Sejak lahir dan hingga kini. Biru yang almost nampak macam putih, haha. Masa ni saya dah menunjukkan ciri-ciri gemuk. Perhatikan lemak dekat bawah perut saya tu.

Believe me, saya memang naughty sangat masa kecik kecik. Suka gigit orang dan suka lari. Kakak selalu bising bila saya gigit dia sebab gigi susu kitten adalah tajam yer.

DSCN6301 [640x480]

 tempat favourite

Masa dekat rumah nenek, saya ada kawan jugak. Iaitu anak saudara kakak bernama Aqasha. Dia sayang saya. Selalu main dengan saya. Tapi saya selalu menyorok dekat celah pasu nenek tu. Kitorang main hide and seek, heheh..

Bila umur saya 3 bulan, kakak dan abang long berkahwin. Kakak hantar saya dekat Jawhari Cat Medical Centre untuk boarding selama lebih kurang 10 hari. Sebab kakak sibuk dengan persiapan, dan saya pun takut dengar bunyi bising dan orang ramai..

Bila kakak ambil saya, dia terkejut sangat tengok saya.. sebab dah jadi macam ni..

DSCN6772 [640x480]

 makin bulatttttt..

Yelah, masa di klinik kerja saya cuma makan dan tidur dan berbual-bual dengan jiran sekitar. Macam manalah tak bulat kan. Masa nak balik tu, saya nyaris tak muat duduk dalam bakul piknik tu, hahaha..

Masa usia saya 5 bulan, kakak hantar saya untuk di-spay.

DSCN6986 [640x480]

 Terlena di pangkuan

Kakak kakak nurse semua cakap saya ni baik budaknya. Biasalah.. saya memang baik pun bila dah besar. Hehe. Masa kekecik je saya kuat gigit. Sekarang pun kekadang gigit, tapi kuranglah.

DSCN7355 [640x480]

 Krohh.. krohh..

Bila lepas spay, doktor kata saya berpotensi untuk menjadi lebih gemuk. Dan tekaan doktor itu memang tepat. Tengoklah apa dah jadi dengan saya sekarang? Seperti sebuah bantal peluk. Tambahan pula saya suka makan kibbles. Besttt..

DSCN7373 [640x480]

 Susah bila menjadi resaksa ni.. Selalu kantoi bila bermain hide and seek. Kononnya nak menyamar sebagai langsir, tetapi gagal..

DSCN7380 [640x480]

 Melepak menjadi aktiviti kegemaran saya..

DSCN7459 [640x480]

 mandi pun saya suka juga..

Bila berbulu tebal ni, satu je yang tak best. Saya rasa panas dan rimas. Sebab tu saya suka baring atas lantai dan suka bila kakak mandikan. Rasa hebat sangat bila air mengalir pada badan saya.. Fuhhhh.. syokkkk..

DSCN7873 [640x480]

 berehat di halaman rumah

Kakak cakap dia tak suka kucing-kucing dia keluar rumah.. Sebab nanti membawa balik kutu dan kadangkala mengotorkan badan. Tapi bila mood kakak baik, dia bawa la kami jalan-jalan dekat luar.

DSCN9196 [640x480]

 kepenatan..

Bila mempunyai badan yang montel ni, saya jadi cepat letih. Baru berlari dan melompat sikit, saya dah tercungap kepenatan. Fuh.. tak larat uols.

DSCN9253 [640x480]

 Dah masuk rumah pun masih tercungap-cungap mintak nyawa..

Hmm.. jadi itulah ye kawan-kawan kakak, sejarah bagaimana saya boleh menjadi montel pada usia satu tahun. Sebulan yang lepas, kalau tak silap saya, berat badan saya ialah 5.5kg. Sekarang entahlah berapa pulak. Doktor pun cakap saya makin montel semontelnya bak pisang montel.

DSCN7397 [640x480]

marilah ramai-ramai ucapkan selamat hari jadi kepada saya..

Comments

comments

16 thoughts on “Sookie Transformers”

    1. Thanks kakak Linda. Kucing aku pun bukan semua montel mcm Sookie. Sookie tu duduk dalam rumah, makan tido je. Mana tak montel. Lagipun dia suka kibbles. Tu yg gemok kotnya

  1. epy besdei cik Sookie! moga bertambah gebuss selamanyer..lain sungguh rupa sookie time kcik..kaler cekelat dia tu..anyway, anda tetap gojez sookie even obese..heheeh!plus size model gituu..

  2. Salam.
    Wahhh..sy pun baru2 ni ada adopt anak kucing sebijik mcm sookie..hopefully bila besar nnt dia jadi gojez mcm sookie! Jantina pun da sama da. Hehe..
    Bg sookie mkn ape yea sampai jadi mok2 camni?

    1. Hai!! yeke macam sookie? Dulu dia ni putih masa lahir. Lama2 jadi gini. Tu pun doktor pesan jangan cukur bulu dia. Kalau tidak nanti semua jadi warna coklat macam perut dia tu, hahaha. Perut dia tu dulu cukur sebab spay.

      Sookie masa baby, makan Royal Canin Babycat34.. masuk umur 4-5 bulan, dia makan Royal Canin Kitten 36 sampai umur 1 tahun 7 bulan. Sekarang ni baru tukar makan Orijen pulak 🙂 Kucing Izzat bagi makan apa?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post

Calendar GirlsCalendar Girls

Assalamualaikum! Haritu aku suka suka je hantar gambar kekenit ni untuk pemilihan Kalendar Dunia Kucing 2014. Tak disangka-sangka la pulak, Sookie, Hime dan Aoi shortlisted untuk pemilihan ke Top 24.