Sookies

B10 Jalan Teluk Baharu 5, Tg Lumpur, 26060 Kuantan Pahang

Tuesday - Sunday

10am - 7:45pm

Melawat Musa & Jusoh

Kelmarin aku bertemu rakan Twitter merangkap blog reader buat kali pertama, hahaha. Tak sangka ketemu jua. Biasanya berinteraksi dekat comment box blog, then bila mula ber’tweet’, sambung cerita dekat Twitter pulak, haha.

Her name is Rhona, baik gila and friendly 🙂

Dia suka baking, and one day dia upload gambar Strawberry Oreo Cheese Cake dekat Twitter. Aku teruja sangat nak merasa, sebab dia kata non-baked cake. So aku pun order la yang kotak kecik punya. Size dalam 4 inci kotaknya.

cheesecake1 [640x480]

 tadaaaaaa…!!!

Bawah tu biskut Oreo yang dah dipecah-pecahkan, tetengah tu cream cheese, then atas tu ada strawberry jam. Nyam. Sedap. Makan masa sejuk. Sedap. Enak.

Selain dari dapat cake dan bertemu dengan pembuat cake ini, aku juga teruja sebab dapat bertemu dengan Musa dan Jusoh buat kali pertama.

Siapakah Musa?

Siapakah Jusoh?

Siapa?

Siapa?

musajusoh

Hai.. kamilah Musa dan Jusoh 🙂

Handsome kan?

Gambar Musa dan Jusoh ni aku ambil dari blog tuan mereka. Cuma aku tambahkan frame je pada gambar ni. Sebab semalam Jusoh pemalu sangat, tak sempat aku nak suruh diorang posing. Nak tengok gambar diorang yang lain? Sila ke blog tuan mereka 🙂 Musa memang cool. Semalam aku dapat peluk gomol gomol dia. Fuh. Geram. Sebab comel sangat. Mata dia warna copper. Hmm.. ke gold? Macam warna mata Edward Cullen. Hahaha.

Nak tahu, Musa dan Jusoh juga ialah kucing terbuang. Rhona jumpa diorang masa diorang baby lagi.. and now sangat disayangi. See, kau tak payah susah payah memilih nak kucing bulu kembang ke, bulu warna warni ke, takde bulu ke.. kucing yang jumpa macam ni pun kalau diberi kasih sayang, memang pasti jadi cantik juga.

Same goes to Hime si budak nakal tu. Jumpa dalam longkang aje ye.

Musa & Jusoh versi betina, hahahaha.

Comments

comments

10 thoughts on “Melawat Musa & Jusoh”

  1. Suci bersih je Musa dan Jusoh ni. Akak setuju tuh. Kucing2 akak semua main pungut yang orang buang je. Kesian. Mula2 amik memang tak cantik tapi bagi masa sebulan, terus jadi kesayangan semua.

  2. Bulat gila mata Musa dan Jusoh haha. Thanks sudi merasa cheese cake yang tak seberapa itu dan duit raya untuk Musa dan Jusoh! Nanti ada masa I datang melawat adik-adik you pula.

    1. tu la i punya aim sebenarnya nak amik gambar Musa & Jusoh tapi depa pemalu sangat. Terpaksa la i amik dari blog you je, hahaha. Your cats are so adorable, geram gila. Nasib baik i dapat peluk gomol gomol haritu. Puas hati!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post

Dodol MelakaDodol Melaka

  Dodol Melaka ni, memag sedap. ikhlas dari hati. Aku yang bukan peminat dodol pun, makan dodol ni. Sebab memang sedap. Diakui oleh suami, yang juga bukan peminat dodol. Cara

DIY Pet BedDIY Pet Bed

Hai. Seperti yang korang sedia maklum, dari kecik Hachiko memang tidur dengan aku. Peneman setia waktu malam terutama bila suami outstation. Kalau takde Hachiko, memanglah aku ni pengecut nak tidur