Sookies

B10 Jalan Teluk Baharu 5, Tg Lumpur, 26060 Kuantan Pahang

Tuesday - Sunday

10am - 7:45pm

Misi Menyelamat

4 Comments 10:00 am

Tahu tak, Rabu haritu kan, aku pegi lunch kat cafe sebelah ni. On the way nak pergi cafe ni, aku nampak sekor kucing ni. Kecik je badan dia. Disyaki berusia kurang dari setahun. Bila nampak kitorang je, dia lari. Sedih aku. Baru nak berkenalan dengan dia.

Time berborak kat cafe tu, tetibe kawan aku cakap “Woh woh woh tengok tuuu, ada biawak besar!!” Hah, apa lagi, melompat la kitorang bertiga, nasib baik tak terbalik meja sebab terkejut gila bila nampak biawak sebesar seekor komodo.

Komodo?

Apa tu? Atau Kodomo? Kodomo Lion?

inilah komodo

Ha gitulah besarnya. Seram tak? Aku tak pastilah yang kitorang nampak ni komodo ke biawak ke, bapak biawak ke, pemimpin biawak ke, apa ke. Kawan aku cakap, dia nampak biawak ni datang dari arah sungai kat area opis aku ni. Sungai ke tu? Rupa parasnya lebih menjurus kepada longkang. Mungkin longkang besar kot.

Staff dekat cafe tu hentak hentak kaki dekat lantai lalu biawak tu memecut laju. Tapi tak menuju ke arah kami la. Dia pegi arah satu lagi. Lepas tu terus dia belok kanan, naik tangga. Hoiiii.. tangga tu dekattt je dengan office aku. Sudahlah kitorang takut nak balik office. Dalam fikiran aku dah fikir si kucing kecik yang aku nampak sebelum pergi makan tadi. Hah, habislah kalau biawak tu nampak, memang sekali ngap je terus arwah.

On the way balik ke office dalam kesaspenan, mata aku meliar carik si kenit tu. Moga-moga masih selamat. Tertonggeng-tonggeng aku carik dia bawah kereta. Akhirnya ketemu. Dia menyorok dekat atas tayar sebuah jeep. Dia nampak aku je, terus sorok bawah kereta. Puas aku panggil dia tetap taknak keluar.

Pastu cecepat aku masuk opis, letak cat food dalam bekas, and pergi pujuk lagi kitty tu. Kat office memang aku ada spare cat food. Dalam kereta pun ada. Bila dia nampak makanan tu, terus meow meow tapi tetap taknak keluar. Jual mahal betul. Aku menyorok. Bila dia tak nampak aku, dia keluar makan. Sambil mulut mengomel ngomel macam nyap nyap nyam nyam.. sedap sangat ke? Mesti kau lapar kan. Pastu cecepat aku angkat dia, angkat bekas makanan tu and lari ke opis.

Terpinga-pinga kucing tu. Takut pun iye kot. Sudahlah magnetic door, so pintu tu berat. Aduhai. Macam-macam pancaroba. Tangan dah penuh kiri kanan. Biawak pula masih berkeliaran. Walaupun pak guard company sebelah sedang mengawal situasi, tetaplah aku takut kan. Mana tahu entah-entah bukan seekor. Entah-entah biawak tu datang sekeluarga ke kan.

photo [640x480]

Koko.

Si kenit ni taknak duduk dalam office aku. Aku rasa dia terkejut. Apahal la pompuan ni tetibe kidnap aku dan paksa makan dalam opis ni. Siap suruh jangan buat bising lagi, takut biawak tu dengar. Apakah? Tidakkk tidakkk.. Aku nak keluarrrr.. bentak hati si Koko.

Tiba-tiba je aku namakan dia Koko. Kenapa Koko? Sebab kan, warna dia sebijik macam Kiko. Nama Kiko tu pulak diberi sempena nama Hachiko. Sebab dari jauh nampak macam Hachiko. Haha.

Bila aku tengok dia meracau nak keluar dari office, aku pun bawalah dia keluar. letak bekas makanan tu depan office. Lalu aku perhatikan dia dari dalam office. Sebab kalau aku duduk luar teman dia, memang dia menyorok lagi. Fine Koko. Eksyen sangat ye.

Ambik gambar pun kena zoom. Tu yang kualiti pun ala-ala je. Sob sob. Takpelah ye, asal nampak.

Ha itulah dia misi menyelamatkan Koko dari gangguan biawak resakse. Harapnya Koko selamat dan datang jumpa aku lagi esok, dan hari seterusnya 🙂

 

Comments

comments

4 thoughts on “Misi Menyelamat”

  1. Akak kan, tetiba terbayang citer ultraman melawan biawak raksasa pulak. Dah nama pun misi menyelamat kan. Hahaha. Alhamdulillah koko selamat dan dah kenyang.

    1. Tulah, saya pun tak tahu la Koko ni kucing jalanan ke, kucing orang. Sebab sejak kejadian tu, dah takde nampak si Koko ni. Tatau la kot dia takut saya kidnap dia lagi kan hahaha

  2. i tergelak bila baca part pemimpin biawak tu.. lawakla u.. semoga murah rezeki u bg makan kucing2 jalanan ni…

    tp baca blog kak senduk.. ada foreigners kat rumah dia makan biawak hokeyyyyy… yuckssss kan binatang tu hidup kat kawasan yg kotor.. makan pun benda2 kotor.. lantak pi la nk makan biawak jgn ko makan kucing n anjing sudah (ni pun ada kes jugak among foreigners kat msia ni.. buduh tul)

    1. Eh memang betul pun tau. Depa ni memang makan bukan-bukan kan. I ada juga dengar cerita foreigners ni bukan setakat makan biawak. Yang makan kucing pun adalahhh. Ngeri bila fikir balik. -__

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post

Dah Besar DahDah Besar Dah

Hai.. hari ni nak update pasal anak-anak Mak Jemah yang tersayang. Ya, aku sayang Mak Jemah.. apa lagi anak-anak dia.. Mak Jemah is totally different dari apa yang kami bayangkan

Calendar GirlsCalendar Girls

Assalamualaikum! Haritu aku suka suka je hantar gambar kekenit ni untuk pemilihan Kalendar Dunia Kucing 2014. Tak disangka-sangka la pulak, Sookie, Hime dan Aoi shortlisted untuk pemilihan ke Top 24.