Kitties Pinky Aoi

Pinky Aoi

Primadona kami ada baju baru lagi -_-

Haritu masa ambik Hachiko dekat klinik, aku nampak ada satu baju ni menarikkkkk sangat perhatianku. Sebab dia sleeveless. Sebab sebelum tu, husband pernah tanya aku, takde ke baju yang sleeveless. Sebab baju Aoi yang siap bertudung Siti tu, lengan baju dia macam labuh. So bila si kenit tu duduk, nanti tangan dia terkeluar dari lengan baju tu.

So bila nampak je baju ni, teruslah aku rembat kan. Sebab kat Kuantan ni bukan senang nak jumpa baju untuk kucing. Oh untuk pengetahuan anda, belakang si Aoi tu dah beransur pulih. Bulu pun dah tumbuh sikit. Memang lambat tumbuh bulu dia ni.

Bila siang, aku pakaikan dia baju. Bila malam, pakaikan dia e-collar. Sebab si Aoi ni reti bukak baju sendiri. Kalau biar dia pakai baju tu malam-malam, esok pagi tengok dah terbogel. Dan mulalah dia menjilat balik belakang badan dia tu sampai melecet. Lidah kucing kan kertas pasir.

photo (2)

baju baru Aoi

Tengoklah gambar tu. Siap ada handbag, kasut tumit tinggi. Girlish sangat. Hahaha. Diharap para peminat pink jangan berkecil hati, sebab A-oi pun ada baju pink jugak. sexy, shocking pink lagi uolssss..

photo (15)

 Aoiiii.. pandang kakak niii!!

Lawa tak Aoi pakai baju pink? Macam onggila kitorang agah dia suruh pandang kamera. Harammmmm dia tak mahu. Eksyen ya rabbi. Aku rasa dia suruh kitorang amik gambar dia pose secara candid je kot. Cit. Poyo sangat.

Aku memang bukakkan collar loceng loceng dia, sampailah belakang badan dia sembuh sepenuhnya. Sebab bila malam kan aku pakaikan dia e-collar tu kan.

photo (16)

 No camera please, kakak. Go away!

Aku hantar gambar-gambar Aoi ni dekat husband. Dia cakap “Aoi macam pemain basketball” -____- Main basketball? Aoi ni nak melompat tinggi pun kekadang gagal. Inikan pula main basketball. Tahukah anda, sewaktu baby, Aoi mengambil masa yang lama untuk belajar panjat kerusi? Dia macam tak boleh nak angkat bontot berat dia. Haha.

photo (17)

 Menutup aurat ye, labuh hingga ke paras punggung

Tapi tang perut, terkeluar, kui kui. Aku suka gila tengok Aoi pakai baju ni. Sebab muat-muat je kat badan dia. So kalau diikutkan, takde masalah kerimasan sebab baju besar ke, apa ke. Nampak selesa je dia pakai so-called singlet ni.

photo (11)

 Ready for a cat fight?

Konon la kan bertentang mata dengan Sookie tu bagaikan ajak bergaduh. Walaupun muka Sookie besar, tapi dia takut dengan Aoi. Okay, kucing dalam rumah aku semua respect dekat Aoi ye. Sebab Aoi garang. Tapi kucing dalam rumah je la. Kucing luar rumah (stray cats), nak respect dekat Aoi buat apa. Oh kecuali dengan Lilo dan Ichii je Aoi tak berani nak mendiva sangat. Kena hormat senior la katakan. Hahaha.

Malam tu, lepas makan, haruslah semua terbongkang di sana sini. Kucing sama jugak macam manusia. Lepas makan, mesti nak membongkang sambil tengok tv. Hahaha. Lagi best kalau sambil membongkang tu, sambil makan Chipster pulak dan tonton filem tamil. Kui kui. FIlem tamil memang best.

photo (9)

Letih selepas makan

16 thoughts on “Pinky Aoi”

  1. hihihiih comelnya cik a-oi kita pakai tank top gitu.. karer pink lagiii

    i tak penah beli baju untuk kucing.. diorg ckp ada jual kat daiso.. kalau beli baju budak pun ok gak kan pakai kat kucing?

    1. Baju budak, even yg new born pun i rasa besar. Kalau kucing u debab, boleh la. Macam si Aoi ni, dia bontot je besar. Badan tak berapa nak besar. Tapi sookie mungkin muat baju baby new born hahahaha. Sebab haritu baju Aoi yg hoodie tu, dia boleh masuk kepala je. Tak muat nak masuk badan, kahkah

  2. Pegi Daiso semalam tengok baju sleeveless (utk kucing ke anjing kecik ke tak sure la, tapi memang muat untuk kucing), ade 2 3 jenis comel2 je. Terus teringat Aoi on this blog post. Hehe.

    1. hahahah ala yeke? kat sini susahnya nak dapat baju yang simple tapi cantik. Yang meriah-meriah macam gown tu banyak la. Tapi tak suka yang camtu. mengarut je kasi kucing pakai gown, kesian. haha

    1. Belakang badan dia dah ada bulu sikit-sikit. Tapi still kena tutup. Sebab kulit dia still boleh nampak. Takut dia jilat-jilat nanti melecet semula. Tu yang pakai baju. Singlet, tapi tutup bontot hehehehe

  3. Koleksi terbaru dalam wardrobe ya. Pink lagik. Akak rasa ni pemain netball kot. Sesuailah dgn singlet pink tuh. Kalau boleh tampal iklan sikit bagi lagi vass. Hihihi.

    1. Yang kelakarnya kan kak, sejak Aoi pakai baju pink ni, perangai dia pun bukan main ayu lagi. Baikkkk sangat. Kurang dah melempang orang. Kurang dah naik hangin macam dulu. Cam ada jampi pulak baju ni, hahaha. Sekarang ni dia still pakai lagi baju ni sebab belakang badan dia baru tumbuh sesikit bulu. SHort hair ni mmg lambat naik bulu kan

  4. sesuai tak pakaikan kucing dgn baju ni utk kucing yg baru lepas spay? supaya dia tak jilat2 & tak kena pasir masa membuang. ada effect tak kat luka dia tu? mana la tahu kan, tertutup je.

    1. Hmm.. saya rasa tak sesuai kot. Sbb baju biasanya dia tak tutup kat perut tu (unless gown la kot). Kalau spay, lagi elok pakaikan e-collar tu. Memang kesian, tapi kalau luka dia terkoyak balik sebab dok jilat2 tu, lagiiiiii kesian. Kena bertegas sikit during spay punya healing process ni. Yang penting melompat is strictly prohibited. And jangan bagi dia melepak dlm litterbox. Alhamdulillah kucing saya semua jenis takleh berak kalau takde litter box. So setiap hari saya alihkan diorang dlm cage yg ada litter box, utk dia berak kencing. Cage utk dia lepak dan tidur masa healing process ni, saya tak letak litter box langsung. Saya dulu dalam sehari, adalah sejam saya bukakkan e-collar tu, bg release tension kononnya, hahah. Tapi kena perhatikan dia all the time masa tu. Kalau nampak dia nak menjilat perut je, cecepat alihkan pandangan dia.

      1. oh ok.. maksudnya mmg e-collar je la jalan penyelesaiannye.. saya baru nak gi anta spay next week, so tak ada pengalaman nak handle. dah nak dekat 2 minggu dia on heat (utk 1st time), pening kepala + stress + kesian tengok sbb rasa sgt helpless xmampu buat apa2. tak sabar nak tunggu next week sampai heat dia reda utk anta spay. ada tips x mcmn nak handle kucing masa heat time dia ni? 🙂

        1. Saya takde pengalaman dengan kucing betina yang sedang on-heat. Dulu Hime start heat masa umur 5 bulan. Tapi dia silent heat. Dia bunyik halusss je, tapi menonggeng-nonggeng bontot dia. Extra manja dan suka bila orang belai-belai dia. Saya masa tu tak tahu tu silent heat, sbb ingatkan bila heat dia mesti bunyik kuat kan. Pastu call vet, nurse kata tu silent heat. Next day terus hantar pergi spay. Sebab kat area rumah saya ada few kucing liar. Takut! Sbb bila on heat ni, kucing jadi extra pandai nak menyelinap keluar. Hahaha. Tips saya, hantar pergi spay. Ataupun tahan telinga dan make sure dia tak keluar rumah langsung. Hehe..

Leave a Reply to Iz Yahya Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post