Sookies

B10 Jalan Teluk Baharu 5, Tg Lumpur, 26060 Kuantan Pahang

Tuesday - Sunday

10am - 10pm

Kempen Pemandulan

**Sticky post. Latest entry, baca dekat bawah, tu pun kalau ada lah hahahahah**

Untuk orang-orang sekitar Kuantan yang ada kucing dan nak spay atau neuter kucing tu, sepanjang bulan March ni, Jawhari Cat Medical Centre sediakan harga promosi untuk pemandulan.

Neuter (untuk kucing jantan) : bermula dari RM100
Spay (untuk kucing betina)   : bermula dari RM150

Tertakluk kepada terma dan syarat la tapinya. Contohnya kalau kucing tu belum vaccine ke, atau sedang on heat ke, maka ada charge tambahan ye. Yang tu kena dapat kepastian dari doktor la. Pakej dia 3 hari 2 malam.

Klinik Jawhari ni terletak dekat Kuantan Avenue. Sebelah Tutti Frutti. Kucing aku semua dah spay dan neuter. Senang betul hati.

Kenapa nak kena bagi mandul kucing pulak? Haaa baca kat sini.

Kalau sayang kucing, pergilah spay atau neuter kucing anda secepat mungkin! Jangan tahu biarkan kucing bunting dan beranak, lepas tu tak mahu jaga dan buang merata-rata. Ini lebih kejam dari binatang ye. Atau bila kucing jantan kau mula kencing merata, ha mulalah nak buang sebab tak sanggup. Eee jahat gila.

Bye!

Comments

comments

8 thoughts on “Kempen Pemandulan”

  1. lindaNo Gravatar says:

    Memang keji org buang kuceng merata. Kalo penah buat bertaubatlah…

    1. Iz YahyaNo Gravatar says:

      Kan.. dosa dengan kucing pun kena mintak ampun jugak. Kitorang kat rumah, kalau terlanggar kucing time berjalan, cecepat kitorang mintak maap ke dia. Tengok kot ada cedera ke (walaupun tahu memang tak cedera hahah). Macam tu pun dah rasa bersalah. Camne la orang sanggup buang kucing tanpa rasa simpati kan

  2. Kak AidahNo Gravatar says:

    Memang itulah alasan orang buang kucing. Padahal ada cara utk elakkan. Yang penting dia lebih sihat bila kita mandulkan, insyaAllah. Murah tu Iz. Kat sini lebih RM200 utk spay dan sama gak 3 hari 2 malam duduk wad. Tak lama lagi akak kena hantar Moli ni ha. Macam dah mula nak menggatal. Hehehe.

    1. Iz YahyaNo Gravatar says:

      Betul kak. Saya paling pantang bila org pandang kita pelik sangat bila saya cakap kucing2 saya semua dah mandul, tak kira jantan ke betina. Diorang rasa kita menyeksa batin kucing tu. Padahal sbb terlampau sayang la kitorang buat semua ni. Pastu diorang igt if kucing jantan dah mandul, dia jadi pondan. Apakahhhhh? Ingat macam manusia ke? Saya memang tak setuju kalau org suruh bagi pil perancang sbb ada kesan jangka panjang dekat kucing tu dan pil tu kena bagi selalu, tak boleh miss 🙁

      Ye la kak, nampak Moli tu dah beso, kang kalau dia cuba nak goda Milo kang tak memasal dapat pelempang jepun si Milo. Hahahaha.

  3. lindaNo Gravatar says:

    Izyahya, i don’t agree with pendapat imam muda ni – Byk pndgn..bg sy, jka xmmpu kawal, better jgn bela trus“@sue_madtar: @imammudaasyraf Saya nak tanya, apa hukum mandulkan kucing peliharaan?

    I is sad…

    1. Iz YahyaNo Gravatar says:

      Betul. Masa aku baca tweet dia yang tu, pun aku tak setuju. Mampukah kita nak kawal kucing dari membiak atau membuat onar (kencing merata, bergaduh)? Kucing sangat terer ye menyelinap keluar/masuk bila dia on heat. Kawan aku, kucing dia tiba-tiba beranak padahal dia cakap kucing dia dah tua. Duduk rumah je. Gigi pun dah takde. Alih alih bunting.

  4. NadiaNo Gravatar says:

    Hi Salam

    Saya bru sampai kampung di maran. Naktanya, klinik tu sabtu bukak tak?

    1. Iz YahyaNo Gravatar says:

      W’salam..

      Klinik tu buka Sabtu sampai 9pm 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post

Pre-Raya 2012Pre-Raya 2012

Assalamualaikum! Selamat hari raya kepada semua pembaca izyahya.com. Rasanya aku macam kena tukar domain nanti kot. Sebab no more cerita pasal izyahya. Tapi cuma pasal kucing-kucing kesayangan izyahya, hahaha. Maaf