Kitties Saya Dah Sihat!

Saya Dah Sihat!

Hai! Nama saya Hachiko. Eheh. Macam la kawan-kawan kakak tak tahu nama saya Hachiko kan. Sibuk nak perkenalkan diri, hehe. Tahu kan yang saya demam sikit minggu lepas?

Aih… saya sendiri tak tahu kenapa saya boleh demam. Tiba-tiba je saya jadi lemah dan asyik tidur. Bila kakak ajak saya main-main, saya rasa malas sangat. Biasanya saya pantang nampak mainan, mesti saya nak kejar. Tapi hari tu, saya rasa letihhhh sangat. Saya sakit hati bila tak dapat ikut kakak ke mana-mana dia pergi. Rasa sakit hati. Tapi saya betul-betul tak larat.

 tapi sekarang saya dah sihat!!!!

Hehehe.. umur saya 9 bulan sekarang. Tapi kakak cakap, badan saya ni lagi besar dari Lilo yang dah setahun setengah tu. Kesian sangat kakak masa saya sakit tu. Dia sedih sangat. Masa dia cakap dengan abang long dekat telefon, dia nangis. Kakak cakap, dia risau sangat tengok saya lemah tak bermaya. Banyak sangat air mata kakak.

Masa doktor check saya, suhu badan saya 40 darjah celcius. Terus je doktor suntik saya dengan ubat untuk turunkan suhu badan saya. Lepas tu kakak tinggalkan saya kat wad sekejap sementara dia pergi kerja. Kakak risau kat rumah nanti takde orang perhatikan saya. Kakak pesan dekat nurse, suruh make sure saya makan. Hmmm.. tapi manalah saya ada selera masa tu.

 dinding nampak kuning sangat, hehe

Ini semua gara-gara flash. Dinding rumah nampak seperti bangunan Courts Mammoth pula. Oh ya, cuba perhatikan spots pada badan saya. Nampak tak ada satu spot yang berbentuk love? Itulah tanda saya sayangkan kakak, hihih..

Sekarang ni kakak macam ada sikit saiko. Dia macam takut bila saya tidur lama sikit. Nanti dia mesti check saya. Lepas tu tanya saya okey ke? Wah macam mana nak jawab kan. Kang kalau saya jawab kang, kakak pulak yang demam. Kalau saya kurang bermain ke, kurang berlari ke, ha mulalah kakak tu risau. Hish, kuat betul dia fikir benda bukan-bukan. Padahal saya dah sihat dah.

 main-main dalam bilik kakak

Saya suka lepak kat bilik kakak. Bila malam-malam, saya suka tidur atas lantai dulu. Lepas tu bila tengah-tengah malam kan, nanti saya sleepwalking pergi dekat kakak, lepas tu melekat kat sebelah kakak. Besttttttt..

 mainan favourite saya

Saya ada beberapa mainan kegemaran. Salah satunya ialah bulu-bulu tu. Macam bulu Hime. Hahahhaa. Saya ada terdengar siapa entah cakap, kalau bulu tu dah tercabut semua, boleh ambik bulu Hime, tampal kat situ. Hahaha. Kelakar kan? Ke tak kelakar? Ha?

 Kakak ni tak habis-habis ambik gambar saya tau.

 huwarghhhhhh…!!!!!!~~~~ sampai mengantuk saya layan kakak ni. Stop it kakak!

 Saya lari dari rumah kang! Ha tengok ni dah siap duduk atas beg dah

Okey, saya tipu je. Mana mampu saya nak tinggalkan kakak sendirian, hehe..

28 thoughts on “Saya Dah Sihat!”

  1. hai iz…nak tanya ni…last 2 days my wife bwk kucing(kitten years almost 2 months) dr kg tu our house without her mom…pagi td around pukul 4.00 a.m that kitten tu mengingau2 non stop..soalan nye: kenapa dia mengingau non stop?tgh suspen n panic jap ni…dia mengingau mcm kena pukul lak tu..hope u can give any tips..tq in advance 🙂

    1. Hai 🙂

      Dia mengiau sebab lapar lapar kot? Masa dia baby, dia cukup menyusu dengan mak dia tak? Ataupun dia rindu mak dia. Dulu masa memula jaga Sookie, umur dia 10 minggu. First few days pun macam tu jugak. Dia macam gelisah dan mengiau je. Dia tak biasa sbb rumah lain, dan bau mak dia pun takde. So kitorang letak dia dalam cage, and tutup cage dia dengan kain (tapi jangan sampai lemas pulak). Bagi dia calm down herself. Bagi dia biasakan diri dgn rumah baru. Dalam seminggu macam tu, dia okey.

      Bab makan pulak, awal-awal tu kitorang bagi wet food. Untuk bagi dia berselera balik. Bila dia dah nampak okey, slowly campurkan kibbles dlm wet food dia. Then after few days, takyah wet food dah. Bagi kibbles je. Make sure dlm bekas makanan dia sentiasa ada makanan. Sebab dia makan sikit, tapi kerap. Kalau wife u housewife, boleh feed dia up to 6 times per day. Setiap 4 jam sekali.

      Kalau u nak try bagi susu, beli susu dekat pet shop atau dekat klinik vet. JANGAN bagi susu lembu dalam kotak, or bancuh susu tepung baby ke. Diorang tak boleh tolerate susu lembu.

      Hope this helps 🙂 Nanti bagitahu lagi pasal perkembangan your kitten ok

  2. Alhamdulillah dah sihat. Akak pun camtu jugak dgn Milo sebab dia pernah tak sihat. Lagipun dia kan dah nak masuk kategori senior. Payah sikit nak jaga. Kalau dia lembap atau kurang bergerak tu, akak dah risau. Hari tu, akak pegi vet, dia pesan suruh beli digital thermometer utk kucing tu supaya boleh monitor. Sebab kucing obese macam Milo memang tak boleh demam, takut fat sekeliling liver tu cair dan block liver dia. Nanti organs lain dalam badan dia pun boleh fail. Risau jugak akak dengar.

    1. Akak beli thermometer kucing tu mahal tak kak? Tu la sebab si Hachiko ni kan lasak gila kan. So bila dia suddenly lembik dan asyik tidur, sangat obvious tau. Kalau Sookie tu asik tido, takde hal lah. Dia memang kat mana-mana pun boleh tido hahaha..

  3. Iz, i nak tanye la… i de amik kitten dari kg (mak da tak larat nak jaga kucing byk2) ekceli ader tiga beradik, but i rompak 2 ekor… problem yg yg sekor nih dia punye salak tu dari mak dia ader, sampai kene kidnap pon makin hauk lak lantangan vocal nyer…. ngah maen2 pon menyalak, time minum/mkn menyalak, time poopoo pon menyalak…. nak kate sakit tak pulak. nak kate dia rindu mak dia, time mak dia ader pon mcm tu gak… bile ader org depan muke baru dia diam… tu pon kejap je… pastu duk sambung balik .. bunyik mcm kene dera je.. padehal dia bergurau2… tensi tul la… da 2 mlm i ngn laki tak dapat tdo… fyi, da 2 hari adopt kitten ni.. n umur dia dlm 2 bulan.. any idea? kindly assist 🙁

    1. Ahahahaha kenapa soalan you ni sama dengan soalan orang yang komen sebelum ni? Ke korang dari keluarga yang sama? hehehe. Time poopoo pun nangis gak? dia sembelit ke? i rasa ni attention seeker ni.. hehehe.. dia kucing siam ke? Sebab kalau kucing siam, memang vocal. Camni, kat rumah ada cage tak? Cuba letak dia dalam cage, lepas tu tutup cage tu dengan kain, biar gelap. Tp jgn sampai melemaskan pulak. Dan pastikan food semua ada la. Kalau dia duduk dalam gelap tu, insyaAllah dia senyap. Sebab kucing umur dua bulan ni, patut keje dia tidur je memanjang. Bangun untuk main dan makan kejap je. pastu tido balik. Sookie dulu macam tu jugak. Memekak sampai i risau budak ni sakit ke apa. Doktor yang ajar suruh tutup dgn kain tu. Biar dia slowly adapt dgn new environment sendiri.

      Sejak bawa balik dari kampung, ada bawa pergi vet tak? Better bawa pergi sekali. Biar doc check. Kot la dia sakit ke, mana tahu kan.. Apa nama kucing u ni? hehe.. mesti comel. Bagilah tengok gambar. By the way, makan minum dia okey tak? Kalau dia tolak solid food, cuba bagi Fancy Feast yang chicken succulent tu utk bg dia selera balik. Dia macam ayam rebus racik. Kucing i suka gila. Tapi bagi kadang-kadang je, as reward kalau good behaviour, hehehe.

  4. eh??? tak pasan laki aku pon de komen… muahahahhah…. iz, tolong ea??? btw, ini bukan first time kitorg adopt kitten, normally tak mcm nih… yg ni mcm kene rasuk lak dia punye jeritan tu… last nite i geram sangat, siap i baca ayat kursi then sembur kat muke dia…. pastu dia jam… tak sampai 10 minit, sambung balik …

    1. Bagus jugak baca ayat kursi. Eh, tapi kan, kucing memang suka tau dengar orang mengaji. Bila mak mertua i mengaji kan, kucing semua duduk keliling dia, siap boleh sampai tertidur-tidur. Agaknya diorang faham ek. Hehe. Ish takutnya dengar jeritan mcm kena rasuk. Eh tapi kan, cubalah macam i suggest tu. Tutup cage dia. Jangan bagi dia nampak manusia. Kalau u layan dia main pun, dia jerit jugak ke? Ke bila dalam cage je?

      1. dia akan jerit bile tak de org layan dia…mmg attention seeker natang sekor ni…tak malu tol…dh mcm jage abak org arr…hahahahhahaha.eh u tk nk bg bengal ke kat kita org?

        1. Haa.. dia jerit bila dia nampak orang dalam rumah, tapi orang tu tak layan dia kan? Masa korang pegi keje, mesti dia senyap. Cuba bila balik keje kan, slow slow mengendap kat tepi pintu, dengar tak dia meow.. haha. Sama la mcm Hime pun. Dia kan malam-malam tidur dalam cage kan. Bila pagi2 nampak kita lalu depan dia je, fuiiii dia punya panggil tu, as if kita ni pekak macam la tak dengar. Selagi tak keluarkan dia, selagi tu dia pekik. Hahah. Tapi kalau selamba je kita masuk kete tak endahkan dia, elok je dia senyap balik.

      2. da tutup la iz, siap kaen hitam separuh, kaen bunge2 separuh.. da mcm tok dukun da selimut ngn kaen itam… time dia bergurau ngn lagi sekor tu pon dia duk menjerit2 gak… time poopoo pon jerit2 gak sambil muke kerut2 teran berak pastu mengadap kitorg… kaedahnyer kitorg kene duk depan cage baru nak makan berak segala….

        1. amboiiiii.. ni manja betul niiiiiiii.. sampai berak pun nak kena orang mengadap. hahahaha… tak sabar nak tengok muka depa. Err.. kalau keluar dari cage pun mengiau jugak ke? aneh ni

          1. hahahahhahahahahaha…nnt kitaorg kasi tunjuk muke sekor2 ni..tp mcm nk kasi upload?via email kah?sbb kitaorg tak wat blog pung

  5. kantoi sangat laki bini skodeng blog u… muahahahha… ekceli korg admire blog u nih… sonok baca pasal cats… cats u kan ske wat drama bagai… jgn maree eh

        1. i ada baca ni, kebanyakkannya kata kalau kucing non stop meowing ni attention seeker. Cuba u layan dia main sampai dia letih. Hahahaha. Tapi really, Sookie dulu memang la macam tu. Sampai my dad pun komplen apsal kucing awak ni tak berenti meow ni? Bila i start bagi kegelapan kat dia (tutup dgn kain) tu, baru la dia behave.

        1. kucing korang ni macam ahmad albab pulak. Time tido je senyap. Hahahaha. Kalau dia dah pandai cari tempat berak dia, biar jelah dia keluar dari cage. Kot la if bagi dia explore rumah, boleh keep him busy, hehe. Tapi pintu rumah tutup ye. Kang ada yang lari dari rumah pulak -_-

  6. hahahahahha..tq for the tips..ada good improvement kitten ni..yg sekor ni je yg suke mengingau2 manjang..sekor lagi tu maintain ayu je…maybe sbb baka putih ni snyp banding yg baka hitam ni arr…smlm kasi dioarg main pastu dh penat tido..bgn tido je dia stat balik da…dh mcm jage baby arr u tau..kitaorg naik angin lak lelama…maybe mcm u ckp tmpt baru dia mcm tu sikit kot…n maybe after few days they will be ok i hope…kitaorg tak try lg bg wet food..hehehhehehehe…kasi dioarg balun dry food je terus..susu pun bg susu anlene low fat tu…tu sume my wife nye keje la…hahhahhhaha…tu dia name ikin yg drop comment just now..

    1. hahaha, eh jangan la bagi susu anlene low fat. Kalau dah dua bulan, patutnya dia dah taknak susu dah pun. Dulu masa jumpa Hime dalam longkang tu, i bagi jugak susu. Tapi dia tak suka. Dia minum air masak je. Tapi makan, dia memang kurang. Masa first week tu, memang bagi wet food je. Mengada punya Hime

  7. susu anmum belom lagi… mauhahahaha…. betul la rasenye yg itam tu attention seeker… even masa ngn mak dia pon, mak dia protective sangat… maklum la… kat umah kg sume kucing kale putih (2 besar-putih) (2 kecik-putih) tibe tang sekor nih plak itam, tu yg mengade tuh… kelantangan vocal dia mcm kucing besar dah bunyik nye.. maybe byk sangat menjerit, suare da pecah yee…. hahahah

    1. tu la rasanya dia nak manja je tu. Cuba la u peluk peluk dia. Kucing i yang hitam dua ekor tu, memang lasak gila. Bila main-main pun kasar. Tapi bila peluk, alahai terus jadi baby siap purring macam enjin motorbot

  8. Hi .. nk tanya ni . Mcm mana nak rawat my kitten ni dia baru 3 months now dia sakit muntah-muntah n lemah sgt . Muntah dia cair warna kuning +berlendir dh 4 days mcm ni . Makan pon xnk hmm .Help me~

Leave a Reply to jawe Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post