Kitties,Photoshoot Photoshoot Sdn Bhd

Photoshoot Sdn Bhd

Pada suatu malam yang indah, kami (aku dan bebudak kucing) telah mengambik keputusan untuk main main photoshoot, kui kui. Yelah, nak hire professional photographer shoot gambo depa ni, entah dari mana la pulak nak cekau duit kan. Kot ada duit terlebih tatau nak buat apa sok, kakak panggil photographer amik gambo korang ye. Teringin jugak nak ada gambo kucing yang ala-ala model ni, hehe

Sesi photoshoot sdn bhd kami bermula lebih kurang jam 8.30 malam. Memandangkan tak cukup kakitangan untuk jaga para kucing ni, maka photoshoot terpaksa dijalankan di mana sahaja mereka berada. Maksudnya photographer yang kena kejar kucing tersebut.

Demanding bukan?

Baiklah. Untuk kesekiankalinya saya memberitahu anda semua yang saya ada enam ekor kucing. Senang ke nak jaga enam ekor kucing? Hmm.. susah nak jawab. Dari segi kesihatan, kucing yang dah dewasa lebih mudah dijaga, tak macam masa diorang baby, cirit birit la, kurap la. Tapi yang dewasa ni lebih licik. Sebab diorang ada je idea untuk buat cobaan keluar rumah. Sondol kepala kat tingkap la, menempek depan pintu la, menyerang bila orang keluar rumah la. Macam-macam perangai.

Mungkin jugak sebab kucing aku semua baru berusia setahun lebih. So memang tengah menakal sesangat. Kalau dah veteran sok mungkin slow down sikit la cecita nak lari dari rumah tu, haha.

Baiklah (sekali lagi), kita mulakan dengan gambar abang long of the house, Lilo!!!

my macho man yang independent

Oh lupa nak bagitahu, walaupun kononnya photoshoot, tapi aku cuma letak satu gambar je bagi setiap sekor, hahaha. Sebab taknak entry nampak meleret-leret sangat. Lagipun kamera aku cap ayam je kan.. nak dapat satu shoot yang perfect tu bukan mudah.

hai, saya Ichii yang jelita

Ichii dengan Lilo ni, badan depa memang slim. Dulu masa kekecik debab la sekejap. Tu yang korang boleh nampak lebihan lemak dekat bawah perut Lilo tu. Tapi bila dah besar, suka sangat berjoging, berlari, bersenam.. lalu badan diorang mengecut tapi memanjang. Apa pun doktor kata jangan risau. Asalkan dia sihat, makan okay, berak okay, aktif bermain, maka tak perlu la nak paksa dia jadi gemuk. Lagipun dia memang baka kurus kotnya.

Ichii ni sayang mak mertua aku. Kalau kitorang melepak borak-borak, nanti mesti Ichii datang duduk atas kerusi, sebelah mak mertua aku. Bila mak mertua aku masak, dia duduk atas washing machine. Tunggu kot. Hahaha.

Helo! Saya queen of the house. Jangan rapat!

Siapa yang tak kenal Aoi si kepala angin? Paling garang dalam rumah. Sampaikan semua orang layankan je kerenah dia. Tapi kekadang aku marah jugak dia. Sebab kekadang bila Hachiko tidur, tetibe je dia datang sebelah budak tu, hissing. Entah apa-apa. Takde sape kaco dia, tetibe nak hissing. Meroyan sangat tau.

Tapi bila dia carik pasal pastu kena kejo dengan Hachiko, menjerit-jerit pulak satu rumah. Pastu aku sound Hachiko. Padahal entah-entah si kenit tu tak bersalah pun. Tapi sebab si Aoi ni dok terjerit-jerit konon dia tak bersalah, maka yang lain menjadi mangsa kena tegur dengan aku “Jangan la kacau Aoi tuuuuuu..” – antara dialog yang biasa keluar dari mulut aku.

Aoi ni kawan baik Azri. Dia selalu grooming rambut Azri. Hahahaha.

ini si debab of the house

Kerja dia, makan, minum, tidur, dan kepochi dekat tepi sliding door. Pastu bila orang kecoh-kecoh bergosip sambil ketawa kuat-kuat, nanti mesti dia muncul untuk mengkepohkan diri. Macam, “apa? apa? kenapa kecoh kecoh ni? Apa gosip terbaru?” – agaknya itu la yang dia cuba nak cakap kot, hahaha.

Berat badan makin hari makin meningkat. Yang si Lilo ngan Ichii tu maintain je tak naik, tak turun. Tapi yang debab sekor ni, memang naik memanjanggggg. Perut dah nak cecah tanah dah, huiiii…

Sookie ni geng dengan anak-anak gadis dalam rumah tu. Selalu melepak bilik diorang. Duduk depan cermin, hadap diri sendiri. Biasalah, perasan cun.

cubaan memanjat dinding? Kau pikir kau spiderman ke?

Si manja yang nakal

Hime memang manja. Suka orang dukung dia, tapi dia lasak dan boleh dikategorikan sebagai nakal jugak. Sebab dia ni salah seekor ahli sondol tingkap. Pantang ada peluang, mesti nak cabut lari keluar. Hime ni vocal. Mungkin bagi dia, dia sedang menyanyi tapi bagi kami, dia suka memekak. Hahahaha.

Especially bila naik kereta, huiii.. memang kau takyah la berangan nak dengar radio. Lagi kuat kau pasang radio tu, lagi kuat suara dia melawan volume radio tu. Dia nak ko dengar ‘nyanyian’ dia je. Nampak kereta, “eoowwww..”, nampak lori, “eeooowww”, nampak lampu “eeooww” sambil tengok muka kita. Amboih ko cakap menda entah.

Hai, saya adik kesayangan kakak

Ini memang teddy bear kesayangan aku. Malam-malam tidur peluk dia. Syok. Masa tidur je Hachiko manja. Kalau tidak, jangan mimpi la nak peluk dia lama-lama. Konfem kena tendang. Tapi dia ni memang langsung tak benarkan aku hilang dari pandangan mata dia. Aku mandi, dia tunggu depan bilik air. Aku kat dapur, dia ikut. Aku makan, dia duduk bawah meja makan. Aku main facebook, dia duduk atas kerusi sebelah aku. Aku pegi bilik adik ipar, tengok tengok kang dia ada depan pintu, takpun dia pun masuk sekali bilik tu.

Kalau ada boyfriend macam ni, mesti kita panggil dia stalker kan? HAHAHAHAHAHA.

Tapi dalam banyak-banyak gambar yang aku ambik malam tu, inilah gambar favourite aku…

cool kan.

Hahahaha.. kelakar gila tau gambar ni. Niat aku sebenarnya nak ambik gambo si Ichii tu ha, tetibe Aoi pun pandang camera sekali. Pastu tengok badan dia. Kemain bulat bontot tu. Hahahaha.

 

13 thoughts on “Photoshoot Sdn Bhd”

  1. Perut Cik Ct pun melayut mcm Lilo cam ade lebihan kulit. Sbb ada one time tu dia gumuksss, now maintain cenggitu je. Geram aku nk bagi badan dia firm cane ntah 🙁

    1. Itulah pasal. Tapi ni nampak Lilo macam semangat dah makan. Cuma Ichii je masih kecik lagi. Dia makan kurang. Tatau la jaga badan ke apa.. haha

  2. Akak suke semua kucing Iz ni. Friendly tak dgn human? Lagi satu akak nak tanya, hachiko tu Iz beli kat breeder ke? Kalau beli, harganya dlm kategori ribu ke ratus? Cantiklah sebab bulunya macam velvety pulak. Berkilat2.

    1. Hmm.. friendly tu saya tak sure la pulak kak. Sebab kucing saya, bila orang datang rumah kan.. diorang pandai bawak diri. Tapi kalau budak-budak ajak main tu, diorang main la jugak. Cuma Aoi je saya rasa tak berapa friendly. Dia panas baran. Hahahaha.. pasal Hachiko tu, nanti saya email akak ye 🙂

  3. Haha. Muka Aoi mcm tak puas hati kenapa kena amik gamba Ichii tu.

    Geram tgk bulu Hachiko. Macam sweater je tgk bulu Hachiko tu.

    1. Tu la kan. Mesti dia pelik apsal la kakak ni mereng amik gambo diorang malam-malam camtu. Hachiko tu sedap peluk. Bulu dia super short. Macam peluk teddy bear

    1. Hai Nini.. selalu jugak baca blog Nini thru blog Kak Aidah. Nanti akak sampaikan salam dekat Ichii dan Lilo. Hehehe yg hitam tu jadi pojaan ye..

  4. Terharu sangat tengok akak jaga semua kucing sampai besar .rajin bawa dia gi klinik. kita pernah bawa kucing gi klinik swasta sebab dah tak tahu nak gi mana lepas kucing tu kena langgar dekat kepala. harga dia cecah Rm1ribu tapi allah lebih sayangkan dia dalam hari yang sama. Macam mana akak boleh bawa semua kucing gi klinik sedangkan bayaran semua mahal. teringin juga nak buat tapi banyak sngat kucing

Leave a Reply to Iz Yahya Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post