Kitties Cat Wrestling

Cat Wrestling

Semenjak kucing-kucing ni dah makin besar, rumah aku tu riuh memanjang. Riuh dengan suara aku lah, terpekik-pekik. Jangan itu, jangan ini, memang macam warden betul aku ni haha. Walaupun si kenit sekalian tu bukannya dengar cakap sangat.

Peliharalah kucing untuk memupuk sifat bersabar dalam diri anda. Penyudahnya nanti bukan dia yang ikut cakap ko, ko yang kena ikut perintah dia. Siapa yang ada kucing dalam rumah, memang kucing la boss of the house ye.

Lilo dan Hachiko memang kuat buli. Biasanya mangsa Hachiko ialah Hime, Sookie dan Aoi. Paling kesian ialah Sookie. Sebab dia gemok lepas tu bila kena kejar, tercungap-cungap mintak nyawa. Lepas kena kejar, bergasak pulak. Hahaha.

Hime pulak, sama macam Aoi. Bila kena kejar, menjerit-jerit. Tapi Hime tak kisah sangat kena buli dengan Hachiko sebab diorang kan best pren pawrever. Haha.

Paling Hachiko suka buli ialah Aoi. Mungkin sebab Aoi ni jenis defensive. Terjerit-jerit marahkan Hachiko bila kena buli. Lagi dia kuat jerit, lagi la kena buli. Sekarang ni Lilo pun join Kelab Buli Aoi yang ditubuhkan oleh Hachiko. Hahaha.

Nah tengok video yang sempat aku rakam. Kelab Buli Aoi in action! Hahaha

Ini kiranya wrestling secara kecil-kecilan la ni. Dan masa ni pun Aoi takde melawan sangat. Biasanya Aoi tendang sekuat hati. Macam masa dia tendang kerusi tu. Nanti aku cuba amik video Aoi mengamuk pulak. Hahaha.

Walaupun diorang ni aku selalu jugak potongkan kuku, tapi bila diorang wrestling camni, kekadang luka jugak. Sekali pandang memang tak nampak, especially kalau Lilo, Ichii dan Hachiko. Sebab bulu diorang warna gelap kan. Tapi kalau Aoi dan Hime luka, memang boleh nampak bulu diorang macam ada darah. Aoi ni, kan gadis sensitif. Serba serbi sensitif sampai kulit pun sensitif. Jadi Aoi tak boleh pakai minyak gamat. Sebab dulu aku pernah letak minyak gamat kat luka dia, jadi makin bengkak. Nasib baik la ada Surolan.. surolan Kegunaan utama Surolan ni untuk telinga, untuk rawatan ear mites. Tapi boleh juga untuk skin. Lepas kes Aoi overgroom dan melecet tu, pakai Surolan ni, elok je luka dia kering dan bulu pun cepat tumbuh. So aku pun gunakan Surolan ni kalau para kekenit ni luka kecik bila wrestling camni. Elok sangat tau. Baru-baru ni aku beli lagi sebotol, buat spare. Harga dia RM25. Tak tahulah kat tempat lain. Tapi setakat ni memang aku puas hati la pakai ubat ni.

Entry ini diakhiri dengan gambar primadona..

lepak dalam bakul dengan bontot selambak

10 thoughts on “Cat Wrestling”

  1. Kelakar pulak akak membayangkan Sookie mengah2 mintak nyawa. Aoi ni memang kuat jerit ya. Memang sape yang kuat jerit tu lah jadi mangsa buli. Kat rumah akak ni ganas jugak wrestlingnya. Tapi yang akak takut bab hempap tu lah. Maklumlah deddi kan saiz lori. Sekali hempap menjerit anak2nya. Yang akak paling risau masa Moli tu baru lepas operation. Menjerit2lah akak jugak marahkan Milo.

    1. Betul kak. Kalau time diorang tidur memanjang bila musim hujan, saya sampai kejutkan diorang suruh main. Hahahaha. Tapi bila main melampau-lampau sampai terpekik-pekik satu rumah, memang kakak naik hantu laaa. Hahaha. Tapi Milo memang besar, kalau dia hempap Moli agaknya terus tak nampak Moli bawah perut dia hahahahaha

  2. Bagus gak Surolan tu. Ganas gile main kucing2 sampai berdarah. I noticed my cats ade gak scratches, tapi tak darah la. Usually I lap sikit dgn air and let it be.

    1. Ha’ah sebab kekadang diorang main gigit-gigit leher jugak. Tapi takde la berdarah beria-ia. Sesikit je macam luka tercalar camtu. Pastu kalau dibiarkan, diorang jilat kesan luka tu sampai nak melecet! Tu yang kena letak Surolan tu

    1. Hahahaha kesian kan. Lilo ngan Hachiko memang suka menyakat Aoi la. Hime pun kena gak tapi Hime buat tak layan je so diorang fed up dah nak sakat. Haha

  3. kucing2 i wrestling sebijik macam tu. risau jugak sebelum ni, ye la..takut cedera parah ke salah sekor kan, tapi bila tengok video tu, now i know my cats are normal. hahahaha. 😀

    kekadang terfikir, adakah mereka ni sedang bermesra antara satu sama lain, atau memang sakit hati antara satu sama lain? @_@

    1. Kalau dia wrestling sesama dia, takpe lagi asalkan janganlah over sangat. I pun kalau nampak kalau si Aoi dah menjerit melampau-lampau, kena jugak masuk campur. Peluk salah sorang. Bagi dia tenang, ingat tuhan sikit. Jangan dok membuli sangat. Hehe. Kalau dengan kucing luar tu yang saspen sangat sbb diorang berisiko bawak penyakit..

Leave a Reply to Iz Yahya Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post