Kitties Gaya Terkini Sookie

Gaya Terkini Sookie

Ini sebenarnya cerita basi. Tapi sebab aku asik lupa nak update, so teruslah terlupa yang aku ada gambar-gambar Sookie yang boleh dikatakan agak memalukan ni haha.

Kan dulu aku ada beli baju hip hop untuk Aoi kan. So bila Aoi dah ada baju baru dan tak perlu pakai baju tu lagi, aku pun eksperimen la baju tu kat Sookie pulak. Hahaha.

Kesian Sookie..

DSCN9418 [640x480]

daripada ini..

DSCN9416 [640x480]menjadi ini..!! hahahahahahahahaha

Tengok la pose sama je. Cuma yang atas tu takde baju. Yang bawah tu tetibe dah ada baju. Hahaha. Nak pitam kitorang gelakkan dia masa tu. Aoi pakai baju tu kan menggelebeh sebab agak besar kan. Tapi bila Sookie pakai, perut pun tak lepas nak masuk!! hahahahaha.

Tulah Sookie, kakak tahu awak teringin nak pakai baju macam Aoi. Tapi bila dah jadi macam ni, ha siapa yang malu? Siapa suruh awak bulat sangat? Tapi kalau awak ni tak bulat, tak comel la pulak kan. Takpelah Sookie, asalkan belum obese, tak kisahlah awak nak makan bape banyak pun.

DSCN9412 [640x480]

Alololo comelnya mukaaaa..

DSCN9413 [640x480]

Penampilan terkini Sookie.. bertudung litup lagi uols

DSCN9414 [640x480]

“Bertudung tapi dada terdedah. Inilah fashion terkini budak-budak zaman sekarang kakak.. barulah hip!” Kata Sookie penuh riak

DSCN9415 [640x480]

Malas nak bergerak

Sookie ni kalau dah selesa duduk atas pangku, memang gitulah gaya dia. Taknak bergerak. Lagi dia suka kalau sambil duduk tu, kau tolong kipaskan muka dia. Memang dia suka la kalau dapat mengkulikan manusia ni, hahaha.

“Ko sibuk sangat nak pegang aku tadi kan. Ha ko duduk la situ kipaskan muka aku ni. Kipas laju sikit. Sekarang ni musim panassss…”

DSCN9417 [640x480]

Awww.. nilah posing malu-malu kucing

5 thoughts on “Gaya Terkini Sookie”

  1. Bebudak sekarang kan. Atas kemain tutup tapi perut pulak terdedah. Duduk pun dah tak boleh sopan lagi dah. Terkangkang je. Hahaha. Kelakar betul tengok muka dia yang macam sardin je tu.

    1. Kan kak, macam manusia pulak. Atas tutup, bawah terkangkang haaaaa.
      Dengan muka sardin dia tu, kitorang yang amik gambar pun mengekek-ngekek gelak hahaha

  2. wakakakakakaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh. sukeeeeeeeeeeeeeeeeeeee. biar la awk demok camne pun Sookie, Untie Linda tetaplah adore kat kamuuuu… *hugs*

  3. Hai..i am your num one blog fan..i suka gila baca entry u..huhuh..baru berkesempatan balek kmpg n g kedai u tapi ttup last sunday..sbb dtgawal pg kot.hahahah..nak tny tmpat u jual royal canin ke..sb i tgok sign n i gumbira bagai tak terkata..huhu..berapa harga rc kitten u jual ntuk 2kg?

Leave a Reply to Kak Aidah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post