Kitties Updates on Atan

Updates on Atan

Ada beberapa orang yang mintak aku update pasal Atan. Wahh nampaknya Atan pun dah ada fans sekarang? Hehe. Last week kawan Echa datang rumah. Aku pun ada tanya kat dia, Atan apa khabar. Of course la ini soalan utama aku kan. Budak tu baru nak duduk, aku dah tanya pasal Atan. Haha.

Anyway, as at minggu lepas, Atan sihat walafiat. Kata dia, luka dah mengering dan dah mula nak mengelupas. Kulit baru pun dah muncul. Alhamdulillah. Lega aku dengar.

Kata dia lagi, nak bagi Atan makan ubat bukan main susah. Sampai berpeluh-peluh. I knowwwwww.. Tak banyak kucing yang suka makan ubat dik oi. Dalam rumah aku, paling susah makan ubat ialah Sookie. Sebab dia jarang benar sakit. Last dia kena makan banyak ubat ialah masa spay dulu.

Bila kena makan ubat cacing dua bulan sekali, memangggggg susah gila. Sudahlah badan dia gedabak kan. Lepas tu tak mahu telan ubat. Tak pun simpan ubat dalam mulut. Lepas tu mulut berbuih sebab tak telan. Aduhai. Sebab tulah aku bawak diorang makan ubat dekat klinik. Kadang-kadang kat klinik pun sampai hancur ubat tu tapi tak telan-telan jugak. Penyudahnya kena makan ubat baru.

Kawan Echa hantar gambar-gambar Atan kat aku. Comel gila. Tak percaya?

Nahhh tengok..

DSC00792

 sape cakap tak comel, dia gila hahahahahaha..

Comel kan Atan? Tu masa dia baru lahir. Atan lahir kat rumah tu. Sebab itulah semua orang melampau sayangkan dia. Walaupun Atan jenis lasak dan tak suka dipeluk, hehe.

DSC00864

 ini Atan dengan arwah mak dia, muka sebijik kan? Hahahaha.

DSC01548 (1)

 Atan masa bisul dia belum pecah

Masa ni pipi dia dah bengkak tapi tak dibawa ke klinik. Lain orang lain caranya kan. Mungkin diorang ingat biasa biasa je. Sebab kata makcik tu, dulu kat peha Atan pernah kena bisul sekali. Tapi berjaya dirawat sendiri sebab masa tu tak sempat luka tu nak parah lagi.

Kalau aku tengok kucing aku lain macam sikit pun aku dah angkut pegi klinik. Bukan apa, kucing aku enam ekor. Aku tak suka risiko berjangkit. Even bila letak ubat kutu pun, enam enam sekali aku bagi ubat kutu. Sebab kalau sekor kena, potensi tinggi yang lain tu pun nak kena jugak.

Lagi satu kucing ni, bila dia sihat, alhamdulillah. Bila dia sakit, masya Allah kos dia macam kos manusia beranak kat hospital kerajaan. Padahal kalau tengokkan rawatan dia macam cinonet je. Tapi mahal kemainnn.

DSC01549

 Atan tak duduk diam, hehe

Nampak tak pipi dia mengembung? Masa bisul belum pecah. Kesian kan? Tapi muka tetap lovely. Bagi aku kucing semuanya comel. Tak kiralah apa warnanya pun. Especially hitam. Ramai orang tak suka, tapi aku tak kisah. Sebab kucing aku yang hitam dua ekor tu sangat mesra alam. Manja dan pandai mengambik hati.

DSC01551

 Ubat-ubatan Atan

Banyak. Kan? Aku harap Atan berjaya habiskan semua ubat-ubat ni. Lepas tu sihat seperti biasa.

DSC01552

 Atan kena pakai e-collar

Luka kat pipi dia dah kering, so tak payah dah lilit-lilit muka dia macam masa mula-mula dulu. Haha. Now cuma letak kapas jaring tu je bagi luka tak masuk bakteria. Sabarlah Atan ye. Bila dah sihat nanti, boleh la keluar dari cage dan tak payah pakai collar lagi.

Ok bersedia semua? Aku nak tunjukkan gambar luka bisul si Atan tu..

..

..

DSC01559

inilah bisul Atan yang dah pecah

Aku tak pasti pulak luka ni masa lepas pegi klinik tu, atau sebelum pegi klinik. Lupa pulak nak tanya. Hehe. Tapi begitulah rupanya ya. So kalau nampak kucing korang ada bengkak ke, cepat-cepatlah bertindak.

Aku ada google petua merawat bisul kucing:

1) Jangan sesekali cuba picit bisul kucing yang belum matang
2) Selalu cuci dan bersihkan kawasan bisul dengan sabun antibakteria serta gunakan air suam dan boleh juga gunakan air garam yang dilarutkan sebagai cucian harian
3)”Demah” atau pedapkan air garam suam ini dapat membantu mematangkan serta memecahkan bisul
4) Cuci cecair yang keluar sebaik mungkin kerana ia mengandungi bakteria yang boleh memudaratkan kulit dan bulu di sekeliling dan tempat yang terkena lelehan

Sumber: Kucing Utara

14 thoughts on “Updates on Atan”

  1. yeahhhh. Atan dah baik!

    Aku scroll cecepat gamba bisul die time pecah tu. Horror. Kesian.

    Aku suke kucing hitam, tapi husband tak suke. Die cakap creepy. Penat nak educatekan die, tapi takpela. Walaupon die cakap creepy2 pon, time aku bela kucing yang berkurap or sakit dulu, kalau kucing tu berkurap sakit aku nak jaga or masa time ade 2 3 kali nak kena perah air kucing kencing, aku takut2 nak pegang, die jugak yg selalu rajinkan sapu luka2 dan kurap2 kucing tu sampai baik dan perah kucing tu supaya train die org supaya slalu kencing jgn tahan2.

    1. AKu pun ngeri tengok luka Atan tu. Nanti aku try mintak gambar lagi. Tengok macam mana pulak luka dia tu sekarang.

      Kucing hitam manja sangat. Taktahu la kucing lain kan. Tapi Ichii ngan Lilo tu punya manja memang takde tolok bandingan. Asal peluk je terus purring macam motorboat. Kucing liar yg kat area umah aku ni, hitam jugak. Tiap kali aku bagi makan, aku pesan depa jangan kaco kucing aku. Reti pulak mendengar kata tu. Elok je diorang tengok kucing aku dari jauh je. Tapi kucing aku pulak yang naik kepala. Bila ABang Jem & Mak Jemah (nama stray tu, aku bagi haha) tak kacau depa, depa pulak yang hissing hissing, saje je provoke. Hampeh. Hahaha.

  2. Besor nya lubang bisul. Mesti sakit denyut2. Anw, hepi dengar Atan dan makin sembuh. Nanti update lagi pic kesembuhan luka Atan tu ye. TQ again Iz & oso Echa sbb tlg selamatkan Atan… Allah swt berkati kamu sekeluarga….

  3. Aduii! Sakitnya bisul macam tu. Sian Atan. Alhamdulillah panjang umur. Memang betul Iz, kos rawatan kucing ni mak datuk mahai. Akak dah habis beratus jugak kat Micki yang banyak masalah tu. Hospital UPM lagi mahal dari klinik swasta tau. Masuk consultation je kena rm15. Kalau kat klinik yang akak biasa pegi tu, takat bawak kucing check doktor dan tak de ubat, free je. Tapi tak pe lah mahal pun sebab takkan nak tengok dia sakit kan. Dah kesayangan kita. Carik je lah duit. Huhuhu.

    1. UPM lagi mahal dari klinik biasa kak? Saya ingat free je pegi sana? I mean, consultation free la kan patutnya, hehe. Masa kucing saya kekecik pun memang byk problem kak, Sampai tetiap minggu pegi klinik. Jangankan kucing yang kita kutip, si Sookie yg dibeli tu pun byk hal masa kecik. Berak cirit la, taknak makan sampai berhari-hari la. Doktor kata dia rindu mak & abang dia. Amboi kemain lagi pandai merindu-rinduan pulak. Hahaha

  4. hamaigaddd! terus berkerut2 dahi tengok gambo bisui pecah tu..ngeri!
    harap atan bertabah.. nasib baik aa dia disayangi weh..
    ada orang nk take care hingga sembuh..

    1. Kan. Cemana la kitorang tak syahdu masa kat klinik tu? Masa kat klinik tu lagi la, meleleh-leleh je darah campur nanah. Atan sakit sangat masa tu sampai dia tak bagi sesape sentuh dia. Sorok bawah meja 🙁

  5. salam…saya baru bela kucing…kena buat rawatan ape ye untuk kali pertama ni… saya ni mmg zero la bab ni…anggaran budget…terima kasih

    1. Salam. Tahniah sebab dapat kawan baru 🙂

      Bawa ke vet untuk check up, deworming, de-flea, vaccination. Vaccination kena 3 kali (selang sebulan) kalau kittens, tapi kalau kucing dah besar, 2 kali je dah cukup. Then pastu vaksin setahun sekali je. Ubat cacing (deworming) kena bagi ikut due date yang doktor bagi. Harga bergantung pada vet. Kalau di Kuantan, tempat yang saya selau pergi tu, deworming RM5, ubat kutu dalam RM10-15 (bergantung pada jenis ubat), vaksin RM35.

  6. Kucing saya kucing liar.. Saya jumpa die tahun lepas… And sbb saya suka perangai die.. Saya pun mula bagi makan.. And lama lama dah mula bela die…family saya bkn semua suka kucing terutamanya kakak dan mak… Then.. Lepas satu tahun.. Kakak gaduh ngan semua and suruh lepaskan kat restoran… Tapi saya x setuju.. Then kita hntr kat masjid.. Ayah saya ajk.. So boleh jaga die hari2…then bila dah lepas die dah hilang… Then hari hari saya pegi cari.. Dah lah pt3 dekat… Then lepas satu bulan.. Saya dan kakak saya pegi cari.. And last2 dah jumpa.. Alhamdullilah.. Masa tuh mcm..ya Allah… Xtau nak bersyukur mcm mana.. Tapi kucing saya ade bisul kat pipi.. Saya x tau ape bende tuh.. Then lama lama dah pecah… Die ok.. Tapi sampai skrg bisul tuh akan dtg lagi and pecah… So krg yg ade duit nak merawat tlg rawat cpt2…niat saya tulis cerita nih.. Tlg doakan supaya kucing sembuh…

    1. bisul tu kena dikeluarkan semua nanahnya bebetul, lepas tu tak boleh biarkan kucing merayap supaya tak mudah kena infection.. Semoga kucing cepat sembuh ya

Leave a Reply to Kak Aidah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post