Birthday Party,Kitties Happy First Birthday, Sayang..

Happy First Birthday, Sayang..

9 June 2012, genaplah usia sayang kakak yang ke satu tahun. Hachiko, nama dia. Abang Long ambik nama ni sempena filem kegemaran kakak, Hachiko; A Dog’s Story yang buat kakak menangis sampai habis tisu paper. Dua kali tengok, dua kali menangis bagai nak rak.

Hachi, maksudnya ‘lapan’, kebetulan jugak Hachiko suka lari macam bentuk nombor 8 masa kecik-kecik. Jadi memang sesuai la nama Hachiko untuk dia.

IMG_20120427_115942 [640x480]

 cak!!

Hachiko membesar bagai juara. Cuma sekali je Hachiko demam, entah kenapa. Lalu ia buat kakak sedih, menangis sampai makan pun kakak tak mahu. Sumpah aku tak mahu lagi mana-mana kucing aku demam. Takut gila.

Tapi 9 June lepas, kakak tak ada dengan Hachiko untuk sambut hari jadi sama-sama. Sebab kakak pergi Alor Star untuk wedding Auntie Hazi dan Uncle Din. Sorry sayang.. Tapi kakak tak lupa kat awak langsung tau..

Kakak dedicate the whole day, cerita dan post pasal Hachiko dekat Instagram. Kawan-kawan kakak, boleh tengok dekat sini. Siap kakak buat hashtag #happybirthdayhachiko lagi tau 🙂

Kakak postpone gambar wedding Uncle Din dan Auntie Hazi sampai keesokan harinya. 9 June itu, cuma untuk sayang kakak ni je.

20120610_192449 [640x480]

Hachiko’s latest photo

Dah besar dah kan? Muka pun chubby. Tapi perangai masih childish. Masih suka menyakat Kakak Aoi. Tapi takut dengan Kakak Ichii. Kalau nak tahu, kakak Ichii tu yang paling slim, tapi dia mampu buat Hachiko gerun dengan dia. The power of kak yong! Hahaha.

Perangai Hachiko? Masih sama dari dulu sampai sekarang. Suka follow mana kakak pergi. Kalau kakak makan kat dapur, Hachiko tunggu kat bawah meja sampai kakak habis makan. Macam mana la hati tak cair?

20120512_183351 [640x480]

jalan-jalan waktu petang

Hampir setiap petang, kalau kakak tak balik lewat, kakak bawak Hachiko dan yang lain jalan-jalan kat rumah. Satu jam je. Selalunya dari pukul 6, sampai pukul 7. Mesti masuk sebelum Maghrib. Biarlah orang nak cakap kakak ni entah apa-apa control kucing, tapi pedulik apa. Sebab sayang la kena control. Hehehe.

20120513_184307 [640x480]

budak telinga capang

Walaupun muka nampak gangster, tapi Hachiko sangat sweet. Malam-malam mesti tidur dengan kakak. Kadang-kadang, bila kakak tengok tv dengan abang long, Hachiko keluar dari bilik sebab nak main-main dengan kawan-kawan. Tapi selewat mana pun kakak tengok tv, sebelum tidur mesti kakak suruh abang long ambik Hachiko bawak masuk bilik.

20120513_185423 [640x480]

 collar kedua semenjak lahir

Hachiko antara kucing kakak yang paling cermat, paling pandai jaga collar. Collar yang dia pakai sekarang ialah collar kedua semenjak dia lahir. Collar pertama tu dah tak muat jadi terpaksa tukar.

Yang paling banyak tukar collar ialah Aoi. Ada yang pakai sehari je, dah hilang. Rasanya Aoi ada lebih dari 10 collar kot.

20120610_184342 [640x480]

EVO cat food

Masa di cattery, Hachiko diberi makan kibbles EVO Premium Food. Tapi bila mula duduk dengan kakak, terpaksa tukarkan dia pada Royal Canin. Sebab EVO takde jual di Kuantan. Alhamdulillah, Hachiko tak pernah cerewet dengan makanan.

Balik dari Alor Setar haritu, kami singgah ke KL. Setiap kali ke sana, mesti pegi petshop. Kali ni kami pergi ke Petzone kat Kota Damansara. Belikan EVO wet food, untuk sambut hari jadi Hachiko kat rumah.

20120610_202452 [640x480]

cuci muka

Itu ialah aksi Hachiko mencuci muka lepas sambutan hari jadi. Memang ini posisi kegemaran dia. Tidur pun suka terlentang jugak. Kakak lepak atas katil, Hachiko cuci muka depan katil, sampai terlelap. Tapi bila kakak keluar dari bilik je, pantas Hachiko bangun dan kejar kakak. Aduhai, macam mana la kakak tak sayang awak ni?

Kawan-kawan kakak yang nak baca perkembangan Hachiko dari baby, boleh baca kat sini..

Anyway, happy birthday to my dearest darling, Hachiko. Semoga panjang umur dan hidup bersama dengan kami sampai 20 tahun lagi.. We love you so much..

11 thoughts on “Happy First Birthday, Sayang..”

  1. happy birthday hachiko.walaupon kakak baca je pasal awak tapi awak pon jadi feveret kakak tau.suka baca pasal awak.hehe..

    p/s: jangan marah kak iz.. 🙂

    1. Thank you kakak Ika 🙂 Ada tak hadiah untuk saya? hehehe. Kak Iz tak marah punya. Dia suka kalau ramai orang sayangkan kucing-kucing dia 🙂

  2. Comel gile Hachiko! Best la dapat tahu when die lahir. I think I can guess bile I got Kurap, Bobby and GollyWolly. Most of the tarikh is memorable, and ade dalam blog pon. Tapi birthday takkan tahu sebab sumenye kucing pungut. LOL. Wolly je bertuah sikit ade tuan previously.

    Happy belated birthday Hachiko!

    1. Hachiko ngan Sookie je yang ada real birthdate. Yang lain semua aku bantai je, based on vet punya tekaan. Pastu date semua 9hb, sama macam Hachiko. Senang nak ingat. Haha. So Ichii & Lilo – 9 November. Aoi – 9 December. Hime – 9 May (sesuai dgn nama dia memey haha).

  3. Happy bufday dearest Hachiko. Memang dia ikut perangai anjing tu kot. Cukup setia kat Iz. Akak tengok citer tu pun nangis sampai bengkak mata. Tersedu2 lagi. Buat malu je. Hihihi. Tapi memang tak boleh tahan airmata kan. Semoga Hachiko Iz ni pun panjang umur dan sihat selalu ya.

    1. Terima kasih kak Aidah. Sebab perangai dia ni la yang buat kita makin sayang kat dia. Pandai mengambik hati, hehe. Ala kak, sape yang tengok cerita Hachiko tu kalau tak menangis, memang hati batu la. Even husband saya pun tak silap saya, bergenang air mata jugak tengok cite tu.

Leave a Reply to Iz Yahya Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post