Sookies

B10 Jalan Teluk Baharu 5, Tg Lumpur, 26060 Kuantan Pahang

Tuesday - Sunday

10am - 10pm

Occupy Jamban

20120415_175201 [640x480]

20120415_175244 [640x480]

20120415_175257 [640x480]

20120415_175306 [640x480]

20120415_175354 [640x480]

Entah macam mana aku rasa Aoi tu memang sesama diaorang, bahasakan diri “I”. Hahaha. Maklumlah konon diva kaann… Anyway, kalau korang tengok litterbox tu luar biasa sizenya sebab itu bukan litterbox biasa, Tu hooded litterbox. Ini ialah hooded litterbox kami yang kedua. Lebih besar. Masa ni baru beli lagi, tak pasang hood dia coz Aoi tak suka. Dan nampaknya diorang enjoy benar berak siap pegang tepi tepi box tu ha. Berak berdiri. Nak bagi syok lagi feeling tu kan. Haha.

Aku memang alas litterbox tu dengan alas hitam yang cage punya tu. Pastu alas lagi dengan surat khabar. Ko tengoklah, dalam pada alas tu pun bersepah jugak keluar pasirnya. Memang hari-hari kena sapu pasir kat situ.

Ni aku ada idea baru yang aku rasa macam awesome jugak lah idea ni haha.. Nak alas yang alas hitam tu dengan alas kaki kereta yang memerangkap habuk tu. So bila pasir tercampak keluar, semua terperangkap dalam alas kaki tu. Ha boleh imagine tak? Kalau tak boleh, nanti bila misi aku berjaya, aku tepek kat blog ni. Heheh.

Senario di atas adalah biasa dilihat kat rumah aku. Diorang ni memang berak secara rombongan. Kalau sekor start occupy jamban, memang la lepas tu yang lain pun menyusul. Sebab tu kerja aku sekarang senang, satu hari buang kuih muih diorang sekali je, iaitu waktu pagi sebelum pergi kerja.

Diorang memang tak berak waktu siang. Kencing ada lah. Diorang berak tengah malam. Pagi-pagi je tengok banyak la “kuih muih” hahaha. Tu yang best bila kucing dah besar ni. Berak sehari sekali je kikikik.

Okey bai

Comments

comments

17 thoughts on “Occupy Jamban”

  1. Kak AidahNo Gravatar says:

    Ha ah, Iz. Letak alas kaki dalam kereta tu. Akak pun terfikir gak nak buat camtu. Taklah bersepah2. Diorang pun boleh kesat kaki kat situ lepas rombongan memerut tu. Kelakar jugak bebudak tu. Nak memerut pun konvoi.
    Akak tengok kuih muih diorang tu elok je. Senang nak buang. Si micki kat rumah ni masih meleper kdg2 tu. Nasib baik pasir tu boleh clumpkan. Pulak tu satu hari sampai dua tiga kali buat kuih. Tensyen akak. Kot jadi kuih tu tak pe jugak, ini manjang fail je….

    1. Iz YahyaNo Gravatar says:

      Kan kak? Macam bernas kan. Hahaha. Tu la diorang ni timing berak boleh pulak sehati sejiwa. Kalau tidak tu bergasak manjang, tak pernah nak hidup bersatu padu. Syukurlah kuih muih diorang so far memang molek benar. Clumping pun elokkk je, hahaha. Tp dulu Sookie masa kecik pun kuih lembik gak kak. Lama-lama makin ada improvement. Skrg ni kalo tgk size kuih diorang, boleh teka yang mana satu kuih Aoi, kuih Sookie, kuih Hime. hahahaha.. (mesti akak baca ni rasa jijik gila hahahahahaha)

  2. IkinNo Gravatar says:

    menarik sungguh sarikata muvee kat atas tu 😛 … iz, u penah try tak yg mcm serbuk kayu tapi panjang2 macam mknan arnab tu? aritu g pet expo kat midvalley tu, mcm sume pakai tu jeh… anyway, jumpe bengal silver RM9k, bengal kitten RM4k, paling murah other penah jumpe RM700 jeh,.. cis lagi mahal kat situ :S

    1. Iz YahyaNo Gravatar says:

      pernah dengar tapi tak pernah try. Harga pun tak pernah check. Sbb nampaknya kalau pakai yang tu, perlukan kuantiti yang sgt banyak since i ada 6 kitties kan. Cuba u surveykan harga dia, hehehe.. Bengal kitten kalau tak neuter memang itulah range harga dia. Normally kalau as pet, boleh dapat kurang sikit. Tapi ada contract la kena neuter. Hehe

      1. lindaNo Gravatar says:

        serbuk kayu katanya lagi bagus sbb green techologi. takde debu clay tu, bau pun bestt. ecehhh. tp rege pun green teknologi sangattt 😛 diperbuat dari serbuk kayu kayan extra ke ape ke not sure. takkan nk kene tebang pokok nk buat pasir kuceng dah tak green kannn

  3. lindaNo Gravatar says:

    Kenit2 aku age less than 6 months mmg hazab la buang kuih muih pagi2 weyhhh. Cik Ct je kuih dia lawa, yg lain tak stabil lagi. Baguih entry ko ni. Aku igt ko dah beli jamban mahai nk mampuih dari US tu. Hiiii

    1. lindaNo Gravatar says:

      aku tetibe ade idea. since hooded litter box mahai nk mampuih, aku nak beli yg kotak untuk store barang la nmpknya utk jadi litter box. sbb gali2 sekuat hati pun takde la melimpah kluar mcm sekarang ni gamaknya…

      1. Iz YahyaNo Gravatar says:

        Bernas jugak. Tapinya masa dia nak melompat keluar dari kotak tu, tak bertabur gak ke pasirnya?

    2. Iz YahyaNo Gravatar says:

      Masa kekecik byk kali berak kan. Dah la timing tak sama. Rasa macam baru je bersih litter box, pastu ada lagi kuih tambahan, hehehe. Weiii jamban mahal tu aku takut kucing aku taknak guna jeeee..

  4. dilsNo Gravatar says:

    Kelakar gile berak secara berjemaah. Tapi kucing-kucing ni mmg pantang kut tgk sekor nak membuang, mesti nak usha or pastu join jugak. Kurap suke bertenggek kat tepi litter box utk berak. Aku nak amik gamba tak sampai hati plak. Haha.

    Dulu masalah berak ni Bobby la, berak sepah2. Mesti ade termiss kuar dari litter box, sekarang dah berak sehari sekali dan lawa je taik. Bagus. GollyWolly quite bagus jugak, walau pon berak berkali2. Cuma kenkadang die overexcited nak sambung main lepas berak, pastu tertendang taik die keluar. LOL.

    Yang serbuk kayu tu.. aku kurang gemar sikit. Kotor rumah. Susah nak sapu. Kalau berak tu macam senang la nak kaut, tapi bile yg die kencing tu, fuhhhh leceh gile nak bersihkan. Lagi kerap kena tuka, sebab bile kena air, kayu die dissolved, so kiranye ko letak skit, ko biarkan die completely dissolved, then kiranye mcm ko buang sume and letak yg baru la. Maintenance tinggi sikit, Tapi bau tadek sangat. Tu yg bagus.

    1. Iz YahyaNo Gravatar says:

      Hahaha memang kan, excited nak main sampai tertendang taik ke luar. Lawak la GollyWolly. Kucing aku takde sampai tertendang taik, tapi kalo dah excited nak main, kekadang tak kambus. Lepas berak terus serbu keluar. Sape yang masuk next tu la yang kena kambuskan. Tapi Sookie memang ratu tak kambus berak. Lepas berak, terus blah. Sabo je la

  5. chesueNo Gravatar says:

    berak berjemaah.. amat bersatu padu adik2 ko izy.. tapi sian hime kena jadi tukang kambus!

    1. Iz YahyaNo Gravatar says:

      Time berak je bersatu padu. Time lain takde pulak nak hidup aman damai. Hahaha

  6. AlmirazNo Gravatar says:

    Hahaha…lawakla dialog….yang tukang kambuskan tu paling kesian…pastu yg takleh nak diri mana2 tu…Aoi diva habisss..

    1. Iz YahyaNo Gravatar says:

      tu la pasal. Siapa suruh ramai2 nak berak sekali. Nak kambus sendiri pun dah takde space. Ha kena la tolong kambus hahaha

  7. Coffee MamaNo Gravatar says:

    Hehehe…gelak sorg2 baca pasal kuih muih kitties…dah macam jaga anak pun ada jugak..

    1. Iz YahyaNo Gravatar says:

      hahaha.. tulah. Siap boleh buat discussion pasal kuih muih kitties, hahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post

Diari HachikoDiari Hachiko

Hello everyone. Hari ni Hachiko hijack blog kakak. Biasalah, saya kan budak naughty, memang semua barang kakak, saya dah cekidaut dah. Jadi kali ni harapnya kawan-kawan kakak sudilah baca entry