Kitties Mak Jemah

Mak Jemah

Hari ni kita cerita pasal Mak Jemah ok. Mak Jemah yang penuh dengan kontroversi tu. Hahaha. Siapa yang follow aku kat twitter, memang tahu la aku dok pung pang cerita pasal Mak Jemah ni.

Kalau nak tahu, Mak Jemah telah bermastautin di kawasan rumah kami, sebelum kami pindah situ lagi. Ada la kot 3 ke 4 tahun. Apa yang aku perasan, Mak Jemah ni memang sepanjang masa bunting. Lepas beranak nanti dalam sebulan dua, dah bunting balik. Perut dia tak pernah slim. Tapi yang anehnya, aku tak pernah jumpa anak dia. Pernah sekali la tapi anak dia dah jadi mayat 🙁 Mesti dia sedih.

Aku hari-hari bagi makan dekat Mak Jemah. Kadang-kadang suami dia, Abang Jem akan datang makan sekali. Wah sesuka hati je aku declare diorang suami isteri haha. Tapi since raya haritu, aku tak nampak Abang Jem. Aku harap Abang Jem dapat tempat lepak yang lagi happening dari rumah kami. Juga makanan yang lebih sedap.

20120813_182815 [640x480]

 Abang Jem menguap. Nampak Mak Jemah kat belakang?

20120813_182839 [640x480]

 Abang Jem dan isterinya, Mak Jemah. Chubby tau diorang ni. Makan selera

Masa nak balik kampung raya haritu, aku siap pesan kat adik ipar, tolong feed Mak Jemah. Sebab masa tu dia memang dah sarat sangat. Jalan kejap, rehat.. jalan kejap, rehat.. kesian.

Dan untuk pengetahuan korang, Mak Jemah ni bukannya jenis mesra alam. Dia takut dengan manusia. Masa dia dah sarat tu, dia cuba-cuba nak mesra jugak. Dok ikut je aku kalau aku kat luar. Tapi bila aku nak usap dia, dia lari. Dia takut. Kesian. Aku syak dia ni ada bad impression dengan humans. Sampai la aku perasan perut dia dah kempis. Haaa.. ni dah beranak la Mak Jemah ni. Tapi macam sebelum sebelum ni, anak dia memang tak jumpa.

Satu pagi, Sookie yang busy body tu telah berjaya menemukan anak Mak Jemah, dalam semak yang dilindungi pokok serai. Memang aku syak dia beranak kat situ. So petang tu, aku dan cousin cuba nak alihkan diorang anak beranak sebab hari nak ribut. Tapi Mak Jemah punya marah, terus tak jadi kitorang nak alih. Tutup ke tempat tu dengan kain. Esoknya, dah takde. Aku tatau dia alih anak dia sebab hujan atau sebab takut aku amik anak dia.

Lepas dari hari tu, tiap-tiap petang aku cuba cari anak-anak dia. Tapi gagal. Hinggalah semalam, Mak Jemah sekeluarga berjaya ditemukan. Oleh Queen of the house, Aoi..!!

20120916_153837 [640x480]

 bravo, Aoi!

Aoi muka anooying dalam gambar di atas. Muka frust tak dapat main kat luar sebab hari nak hujan. So duduk dalam rumah dengan muka meroyan. Sebelum aku cerita macam mana Mak Jemah ditemui, kenalah aku tunjuk gambarajah dulu, baru boleh faham.

20120914_174235

 gambarajah A

Ok, nampak tak pagar tu? Ha, masa tu aku panggil Aoi, sebab dia bukan main happy main sampai ke luar pagar. Mana boleh! So dia pun terkedek-kedek masuk bila dengar aku panggil dia. Aku tanya dia, “Mana Memey?” – rupanya Memey ada dekat area pondok tu.

Pondok tu dulu dibina untuk orang Indonesia yang bina rumah kami. Siap ada dapur, bilik air semua. Aku dan Aoi menuju ke pondok tu, sebab nak ambik Hime yang tengah leka dok kejar amende entah kat situ. Masa aku panggil Hime, Aoi pergi kat kabinet kat dapur pondok tu (dapur kat luar ye). Aku dah saspen, sebab takut la ada binatang apa ke kan.

Sekali tiba-tiba Aoi kena sergah dengan Mak Jemah. Siap macam nak terbang si Mak Jemah tu. Aku, Aoi dan Hime, tiga-tiga menjerit sambil lari dari pondok tu. HAHAHAHAHA. Bila diingatkan balik, rasa kelakar pulak. Aoi la paling terkejut beruk. Tu lah sape suruh mengintai. Dah la kejadian ni disaksikan oleh adik ipar aku, Echa dari jauh, yang masa tu tengah baca buku sambil amik angin. Hahaha. Lawaknye la. Macam biasa, aku mestilah blame Aoi sebab aku menjerit ketakutan tu kan, hahaha.

Echa datang dan kitorang slowly pegi dekat kabinet tu balik. Srikandi Echa dengan beraninya menjenguk ke dalam kabinet tu. Ya, ada Mak Jemah dan anak-anak beliau di dalamnya! Kalau nak tahu, aku dah tiga kali jenguk kat situ hari-hari sebelumnya, tapi tak pernah nampak, atau dengar bunyi. Sebab diorang memang diammmmmm sangat kat situ. Dah la hitam kan, memang tak nampak.

So kami bawak Aoi dan Hime balik ke rumah, and kitorang amik cage kecik. Misi merescue Mak Jemah sekeluarga akan dijalankan. Echa siap masuk rumah, pakai cardigans. Sebab takut kena cakar. Hahaha. Kitorang berdua pakai sarung tangan kain yang orang berkebun tu. Sebab taknak bau humans melekat kat anak Mak Jemah.

Sampai kat kabinet tu semula, kitorang carik alat apa la nak guna untuk tolak Mak Jemah ni ke tepi. Kami nak angkat anak-anak dia dulu masuk dalam cage. Echa nampak ada sudip kat tepi dapur tu. Ahhh.. sudip pun sudiplah! Dia tutup muka Mak Jemah yang dok hissing tak sudah-sudah tu, sambil disertai kata-kata semangat kat Mak Jemah supaya jangan marah. Aku berjaya angkat 3 anak Mak Jemah ke dalam cage. Lagi sekor bawah perut dia.

Kami rapatkan pintu cage, dengan pintu kabinet tu. Dengan harapan Mak Jemah masuk dalam cage untuk amik anak dia. Sekali dia masuk separuh badan, dan amik anak dia sekor, pastu kuar balik. Tak sempat nak tutup pintu cage. Arghhh…

Dan suami pun waktu tu datang. Yay ada penyelamat! Hahaha. Servis bertukar tangan. Husband pulak pegang sudip, tutup muka Mak Jemah. Aku angkat semua anak dia. Kali ni cage letak jauh sikit. Dan lepas berpeluh-peluh, akhirnya berjayalah kami masukkan Mak Jemah ke dalam cage. Yahuuu..

Terus je angkat diorang ke anjung belakang. Bukak cage besar pulak. Supaya lebih selesa si Mak Jemah dan anak-anak dia. Kali ni Mak Jemah dah lebih tenang. Jadi aku berjaya pindahkan anak-anak dia, dan aku berjaya dukung Mak Jemah dari cage kecik, ke cage besar. Berat jugak badan makcik nih.

20120917_192628 [640x480]

 Mak Jemah sekeluarga dalam teratak beliau

Kain dalam tu memang cacamarba. Capai apa yang dan je. Sudahlah masa tu angin meribut kemain kuat. Fuhhh.. Sayang sangat dia dekat anak-anaknya. Anak dia ada 4 ekor. Dua ekor hitam keperangan, dua lagi tuxedo. Montel anak-anak dia. Jangan risau, diorang memang terlindung dari hujan dan panas. Siap husband tutupkan cage tu supaya tak sejuk, dan supaya Mak Jemah tak stress.

20120918_081825 [640x480]

 Morning baby!

Ni gambar pagi tadi. Mak Jemah takde berak kencing pun dalam litterbox dia. Aku harap dia tahu gunakan litterbox tu. Dia makan dan minum air yang aku letak. Air yasin tau. Hahaha. Kalau ada air zamzam, memang aku letak dah.

Aku tak akan lepaskan Mak Jemah sampai anak dia besar dan boleh berdikari. Aku nak dia jaga betul-betul anak dia kali ni. Sebab aku dan husband dah plan, lepas putus susu, kami nak hantar Mak Jemah untuk di-spay. Kesian dekat dia dah macam mesin beranak dah.

20120918_081841 [640x480]

 Tengok dia kemain peluk anak dia, terharu aku

20120918_082036 [640x480]

relax ye Mak Jemah

Pagi tadi dia naik hangin. Sebab ada kucing-kucing aku sibuk nak menjenguk. Tak pasal-pasal dengan aku sekali kena marah dengan Mak Jemah. Huh. Petang ni kalau nak uruskan dia, kena simpan dulu kekenit penyibuk tu. Pelik sangat diorang tengok baby cat agaknye.

Kalau nak tahu, sebenarnya sehari sebelum tu, aku mimpi menamakan anak-anak Mak Jemah dengan nama Rina, Lina, Fina dan Formula. Sumpah aku tak tahu kenapa aku nak namakan dia Formula. Hahahahahaha. Gila.

Semalam aku ada tanya kawan-kawan di Twitter, nak namakan diorang ni apa. Kalau boleh biarlah nama yang unisex. Sebab aku taktahu jantina kekenit ni. Hehe. Ala nama sementara je pun. Buat masa ni, aku namakan diorang Miki, Pippo, Oreo dan Kizmo. Tapi kalau korang ada idea lagi best, bak mai sini. Hehe.

Aku nak lepaskan diorang ni untuk adoption lepas dah putus susu nanti. Insya Allah aku akan bagi deworm dulu. Aku harap, adalah yang sudi adopt si kenit empat ekor ni. Montel sangat tau. Siapa nak chop, boleh la contact aku hehehehehe..

Tolong ya kawan-kawan.. tolong doakan Mak Jemah sekeluarga selamat dan sihat walafiat 🙂

45 thoughts on “Mak Jemah”

    1. Hehehehe. Memang seronok sangat la kalau dapat keluar tu. Tapi kena pantau. Bukan leh percaya sangat diorang ni, hehehe. Boleh je, kalau datang Kuantan nanti, jemputlah datang melawat kami 🙂

          1. Ala, dah tak igt dah taman LKNP kat mana hehehe. Skrg balik Jerantut pun untuk balik kampung husband je la, kat Kg Ulu Cheka tu. Takpe nanti kot raya ke, boleh la beraya rumah Sha hehehehe

  1. Baik hati akak si Memey ni kan.. semoga dimurahkan lagi rezeki dgn menolong insan2 kucing seperti Mak Jemah.. Dulu ada cecita nak buat rumah perlindungan untuk kucing2 hehehe… Alhamdulillah masih ada insan sebaik kakak si Memey ni 🙂 Saya doakan semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yg baik supaya dapat terus menjaga kucing2 di dunia ini hehehehe… Take care!!

    1. Alhamdulillah, terima kasih atas doa.. So far, insya Allah memang tak lapar la kalau ada kucing-kucing yang datang ke kawasan rumah tu. Especially Mak Jemah dengan Abang Jem la. Kadang makan sampai tak habis, sebab kenyang kot, hehehe

  2. Ya Allah …Iz…awak ni mmg kelakar la…tak bole tahan baca ms korang kene sergah dek Mak Jemah …bole bygkan suma terperanjat n lari2 tu……Iz…u have a goldeh heart, moga Allah sentiasa murahkan rezeki u sekerluarga……Amin….untung la bebudak2 bulus ni jumpa u all….Alhamdulillah

    1. Haahahahaha memang tekejut beruk kak. Kalau akak tengok Aoi lagi kelakar. Menggelupur gila dia. Tulah kalo dah buat salah mestilah rasa takut yang luar biasa kan, hahahahaa. Insya Allah kak, terima kasih mendoakan kami sekeluarga 🙂

  3. Terharu saya baca, mudahan Iz sekeluarga dimurahkan rezeki hendaknya..Amin…kalau saya dekat nak gak amik 2 ekor, tapi jauh la pulak…saya mmg dah lama nak cari kitten hitam and tuxedo since anak kucing saya mati dilanggar :(….Elok la Iz cadang nak spay mak jemah sbb tak tau pulak next pregnancy ntah mana pula dia beranak…kesian anak2 dia kalau dilahirkan hanya untuk mati..kan. Sedih.

    1. Itulah yang saya taknak. Especially bila dah tengok macam mana dia sayang anak dia ni. Mesti dia frust sangat bila anak-anak dia asyik hilang/mati. Saya feed mak jemah tu sampai bila-bila pun, insya Allah takde masalah. Tapi bila dia asyik bunting, kesian sangat. Macam u cakap la, kesian kalau anak2 dia lahir untuk mati 🙁

    1. Alhamdulillah. Tu yang diorang tensen kalo petang-petang tak dapat keluar tu. Tapi kalau dah keluar, kena pantau. Takut depa terleka kang mula la tak reti nak balik sampai ke maghrib.

  4. thumb up,babe! rasa nak menangis baca story nii..harap mak jemah dapat tengok anak2 dia membesar depan mata kan berbanding sebelum ni..tp kalau put up for adoption pon ok jugak..apa pon u bak angel bagi anak2 bulus babe..seriously.. =)

      1. owh ye?memei tu dah bersunat and demam2 pon ade hati nak bagi adik2 die menyusu..yang dak 3 ekor tu manjang jugak menyondol..hehehe..hangin betul..kiki

  5. Akhirnyaaa….berjaya jugak. Adalah waris abang jem dan mak jemah. Iz, akak tengok gambar no.2 tu kan, abang jem macam mengantuk je. Tak tido semalaman jaga anak ke, bang? Mesti dia yang paling hepi bila Iz dapat amik mak jemah dan anak2 masuk dalam cage. Bolehlah abang jem cari bini barew….hewhewhew.

    1. Hahaha abang Jem tak boleh harap la kak. Since lepas raya tu, langsung tak nampak bayang. Takut nak hadap bini bersalin kot. Mabuk darah. Hahaha. Sampai ke hari ni langsung takde dijenguknya Mak Jemah dengan anak-anak dia. Tapi saya saspen juga kalau dia ada. Sebab ada yang cakap, kucing jantan (yang tak neuter) ni makan anak kucing. Yeke kak? Saspen betul saya, tu yang sebolehnya cari anak-anak mak jemah ni sampai jumpa jugak. Banyak betul fear factor. Haha

    1. Reti!! Semalam risau jugak sebab dia tak berak, tak kencing. Tapi pagi tadi tengok ada kuih muih dah dalam tu, siap kencing sekali. Legaaaaa.. Puas pesan masa berbual dengan dia malam tadi. Ni tempat kencing, ni tempat berak.. punya risau dia tahan berak. Hehehe.

      1. hehehehe tu la dah bace entry iz yg latest. lega rasanya sbb die reti guna. sbb dulu ade kawan amek anjing kat SPCA. dah biasa berjalan baru membuang. masa kawan saya amek tu die ajar membuang kat litterbox jer.. die tak reti. diam je… tak kencing and tak berak. sampai demam and bawak pegi vet. now dah ok. sbb kawan saya pon cam iz puas berpesan kat anjing die. hahaha

  6. kak.. seronok tgk kucing2 tu berkeliaran, tdo ngan akk… nak tanye.. akak tak de masalah bulu2 kucing bertaburan?? kucing sy tuxedo.. marmar putih pulak… now kat umah tak pakai carpet bcoz bulu2 die gugur… mcm mane akk buat bulu2 dorg tak gugur ye?

    1. kucing mesti shedding, unless bela kucing yang hairless macam sphinx tu, hehe. Rumah kami pun banyakkkkkk bulu especially atas carpet. Kena selalu vacum la. Bulu yang atas lantai pulak memang kena sapu hari-hari. Kami takde bagi apa-apa supplement untuk bulu ke apa-apa ke.. cuma selalu sikat bulu diorang pakai Furminator. Sebab Furminator boleh tarik keluar bulu-bulu mati. Biasanya bulu mati ni la yang melekat kat carpet. Sookie paling banyak shedding sebab dia long hair.

  7. thanks kak.. tapi kan.. bulu die skrg ni gugur dengan terlalu byk.. pgg je satu tagn kite penuh bulu… is it normal?? risau la… atau die stress? umah saya apartment… adakah sy perlu bwk jalan2? skrg ni sy letak je dlm sangkar.. masalah bulu punye pasl. saya ni ade athma.. mase kecik2, tak de pulak masalah ni.. since da besar ni.. n adakah mereka ni tgh nak mengawan? umur derang dlm 7-8 bulan.. stray cats jgak..

    1. Ohhhh.. kalau 7-8 bulan tu, normally memang kucing shedding teruk. Ada tak slicker brush? Untuk sikat keluar bulu-bulu dia. Kalau takde, rasanya sikat kutu pun boleh kot, ala yang jenis rapat-rapat gigi dia tu, tau kan? Ha sikat bulu dia. Kalau tak sikat, memang teruklah dengan bulu. Pastu nanti dia banyak jilat bulu pun tak elok, kang jadi hairball pulak. Mulalah asik muntah bulu je nanti. Dan tu pun tengah dalam mood nak mengawan lah tu. Kucing ni indoor ke outdoor? Kalau indoor, jaga-jaga tau sebab kucing miang ni dia pandai cabut lari keluar. Kang sesat pulak kalau tak biasa. Kalau tak dapat mating, ada potensi nak stress dan bulu gugur jugak tu..

      1. yeke kak.. thanks lot.. kawan saya kate kene setahun dudlu baru boleh sunat kan die.. bcoz… kucin saya ni sepasang.. adik beradik.. soo sy tak rase die nak mating sbb mybe diorg kecik lagi… kalau saya kasi sunat sekor je boleh ke? betina ke jantan nk kene sunat tuh? sorry kak byk tanye.. sbb sy yang stress tgk bulu2 die.. sy nk bwk dorg jalan2 pakai tali tu.. ok kot kan? sy ptg ni nak gg beli sikat tu.. mmg syy ade beli.. tapi sikat tu uuntuk dog!!! tak perasan… kucin tak suke sbb keras kot.. hihih..

        1. Ohh.. kalau nak suanatkan kat klinik gomen, memang dia suh tunggu setahun. Tapi kalau kat klinik swasta, umur 7-8 bulan dah boleh sunatkan dah kalau jantan. Betina boleh sunat umur 4-5 bulan, asalkan berat badan dia melebihi 2kg. Kucing betina mula pandai nak mating masa umur 5 bulan tau. Kucing jantan 7-8 bulan tu. Seeloknya sunatkan diorang sebelum heat pertama. Sebelum kucing jantan pandai kencing merata untuk tanda kawasan 🙂 Tapi kalau nak sunat satu dulu, better sunatkan yang betina dulu. Sebab kucing betina, bila dia pandai mating je, insyaAllah la bunting.

Leave a Reply to adah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post