Kitties Missing In Action

Missing In Action

Assalamualaikum.. Hari ni kita cerita pasal Hachiko pulak ye? Macam lama je tak cerita pasal Hachiko. Maklumlah dia low profile sekarang, hehehe. Siapa yang ada follow izyahya.com di Facebook, mesti perasan aku pernah cerita yang Hachiko pernah “hilang” selama beberapa jam.. err.. beberapa bulan yang lalu. Hahahaha.. Sorry la cerita basi. Tapi nak jugak cerita sebab belum cerita detail lagi kat blog. Boleh juga dibuat kenangan nanti, hahaha.

Suatu petang tu, aku balik kerja, macam biasalah uruskan litter box diorang, kemas cage, top up makanan, air dan sebagainya. Biasanya petang-petang, Lilo, Ichii, Aoi dan Hime akan keluar main kat laman. Main kejar-kejar, main tangkap mengkarung, guling atas tanah, guling atas rumput, makan rumput dan sebagainya.

Dan biasanya akan dengarlah suara aku jerit, “Aoi, nooooo.. Ichii, balikkkkk.. Lilo, jangan kejar adikkkk, Himeee, jangan pergi sanaa..” Semua jangan, semua no. Apa pun tak boleh. HAHAHAHA.

Tapi aku perasan Hachiko memang takde dalam rumah. Biasanya dia akan sambut aku balik kerja. At first aku ingat dia tidur dekat dapur. Bila carik, tak jumpa. Carik punya carik punya carik.. sampai la nak dekat Maghrib. Tak jumpa jugak. Hati dah makin risau. Carik pulak kat luar. Bila carik kat luar tu yang aku paling panik. Sebab si Hachiko ni bila time dia leka dengan sesuatu, ko panggil la macam mana pun, dia buat pekakkkkkk je. Hari makin gelap, aku dah makin berdebar.

20121022_230215

 sampaikan baca ayat ini – Doa mengembalikan yang hilang

Satu keluarga pergi carik. Husband masa tu on the way balik Kuantan rasanya. Mak mertua pun baca ayat tu. Sebab rumah kitorang bukannya taman perumahan. Siapa pernah datang rumah aku, memang tahulah kalau dah gelap, memang susah nak cari kucing. Sedangkan siang pun payah nak carik, inikan pulak malam.

Semua tak makan malam, dok mencarik si tompok ni. Dalam semua bilik dah carik, setiap pelusuk rumah dah check. Aku dah takut. Sebab Hachiko memang jarang benar keluar rumah. Aku sampai start engine, bawak adik ipar dan cousin, pergi carik budak ni. Punyalah takut. Pastu sms jiran sebelah, mintak tolong carik. Mak mertua pun bagitahu jiran-jiran lain, mintak tolong carikan.

Tiba-tiba..

“KAK IZZZZZZZ… Echa dah jumpa Hachikoooooo..!!!!!!” – jeritan yang datang dari dalam rumah.

Rupanya si Hachiko tido BELAKANG laci almari bilik Echa yang terbukak. Bukan dalam laci tau. Belakang laci tu. Punya lena la dia tidur. Sampai tak bergerak langsung bila aku kejut dia.

20121019_075754

Muka Hachiko selepas ditemui – tiada rasa bersalah

Aku punyalah berleter dekat dia. Rasa macam nak jentik jentik je telinga dia. Tapi bila difikirkan, kalau la aku tak jumpa dia tadi, memang nangis meraung laaaa.. Jangankan makan malam, makan apa pun tak mampu nak telan. Jadi aku pun batalkan niat nak jentik dia, hahahahaha. Adoi laaa budak bertuah ni. Memang satu keluarga risaukan dia. Aku ni dah la pantang kalo tak cukup bilangan kucing depan mata aku, ha mulalah datang kegelupuran aku.

20121028_003928

Si tompok kakak yang makin panjang

Badan tetap slim. Makan kus semangat. Tapi Bengal memang pun badan slim, tinggi dan panjang. Berak kencing semua normal. Aku kan kalau kucing berak, memang aku perati. Senang nak laporkan dekat doktor kalau ada apa-apa hal.

20121028_005159

Ni pandangan depan dari gambar di atas

Amende yang dia annoyed tah. Tengok telinga dia. Hahaha. Semenjak masuk alam dewasa, aku perasan Lilo dan Ichii macam tak ngam dengan Hachiko. Aku dah tanya banyak orang, tanya banyak vet, diorang cakap mostly sebab Lilo dan Ichii sangat dominant. Diorang kan Kak Long dan Abang Long of the house. So bila dia nampak Hachiko makin besar setara diorang, lalu mulalah tak puas hati. Haha.

Yang si Hachiko pulak, badan je besar tapi hati tisu. Sangat childish. Kadang-kadang Lilo ngan Ichii tengah molek je duduk diam, si Hachiko pegi lari pulak kengkonon kena kejar. Teruslah kena kejar betul-betul. Adoi. Sekarang kalau ada Lilo dan Ichii, aku kena pegang Hachiko. Sebab dia macam takut. Yang si Lilo Ichii pun pandai, bila ada aku, diorang tak berani nak usik Hachiko. Bila aku menoleh kejap je, terus dilepuknya budak tu.

20121104_222135

Mangsa buli

20121104_222106

Posisi sebenar mangsa buli di sebalik selimut HAHAHAHAHA

Kengkadang bila datang naughty diorang, adohaiiiii.. memang kalau doctor check tekanan darah aku ni, mesti kemain tinggi. Untunglah kekenit ni sebab tahap kesabaran kakak memang tinggi. Jarang sesangat aku marah diorang biar nakal cemana pun.

20121104_224844

siapalah yang sampai hati nak marah bila tengok kucing tidur macam ni?

Tu dia tengah tidur sambil pegang tangan aku tau. Romantik sangat kan? Terus je aku lupakan kenakalan diorang bila tengok diorang tidur hehehe. Bila kucing tidur, especially dalam bilik, aku jalan pun slow slow. Kadang-kadang nak gi toilet pun post-pone sebab nanti kang tekan flush kang kuat pulak bunyiknya wakakakakaka..

20121122_105010

si tompok bersantai

20121122_105326

Si tompok melepak atas katil mengalahkan boss!

20121014_223212

Gergasi dan adiknya makan bersama, hik hik

Tengoklah size Sookie, kemain bulat. Hachiko nampak slim je. Sookie ni relax, takde sape berani buli dia. “Engko berani ke buli aku? Sekali aku hempap karang, terus korang korang ni hilang bawah perut ni ha!” –  semua takut.

17 thoughts on “Missing In Action”

  1. I pun sama, walaupun all my cats are indoors tapi bila kurang je, wahhh terus jadi bini Tarzan. bukan depa pi mana pun sorok2 dalam laci.. belakang cage…hehe.. Baiknya muka si Hachiko ni.. fur berkilau nau..cantik lah.. Sookie fur mewahhh nya.. eii gerammm!!!

    1. Kan! risau yarabi kalau tak nampak diorang depan mata. Biarlah diorang nak main-main sendiri tu tak kisah. Yang penting mesti tahu diorang kat mana, hehe. Hachiko tu muka dia nampak baik sebab dia punya eyeliner terlebih kat tepi mata tu, hahahaha

  2. Kelakarlah Iz ni. Siap jadi stalker kucing berak pulak. Gelak besar akak baca. Kucing Bengal ni memang bestlah kan. Cukup setia. Manja pulak tu. Suka akak tengok. Tapi bab hilang tu saspen. Agaknya terpinga2 je dia bila orang kalut carik dia. Padahal tengah lena.
    Milo kimsalam balik dgn Sookie. Dia cakap usaha tangga kejayaan. SOOKIE BOLEH!

    1. Ye kak, hahaha. Kadang kalau saya tak nampak Hachiko berak seharian, mulalah asik nak hantar dia ke litterbox. Risau sembelit. Marah member hahaha. Tu lah dia ni kalau dia syok tidur tu, tayah la bukak tin makanan ke, panggil ajak main ke, memang takdenya dia layan. tido pengsan!

  3. Hahaha. Syok gile kan Si Hachiko ni tido tak sedar org keliling semua dah gabra sakan. Muka mesti inesen gile pastu.. mesti ko sua dengan ayammm rebusss kannn lepas ko jumpa die tu.

    Aku ni selalu la jugak adegan saspen tu, esp dulu Fasha. Die suke tidur tempat2 tersembunyi. Nak cari die mesti kena panjat kerusi bagai tgk atas2 almari.

  4. Engkok aku pernah “hilang” kt rumah mak aku kt kampung. Puas aku geledah seluruh rumah, cari luar rumah, kat kebun belakang rumah, kebun org kiri kanan pun aku redah. Dari risau smpai jadi marah sampai risau balik pastu marah balik. Tengah panas hati tu jumpa dia sedap membuta dalam almari baju. Terus bawak keluar pastu peluk2. Padahal tadi dah berazam kalau jumpa aku nak bantai cukup2 haha.

    1. Eeeee… sama je dengan kes budak tompok ni. Apa ke best sangat tido pengsan dalam lemari kan. padahal org punya gabra mencari dia. Aku aritu dah siap pikir anjing la, babi hutan la. Punya risau. Lepas jumpa siap bagi makan ayam T____T

  5. sama mcm kaseh. aku dengar bunyi loceng. tapi tak nampak. panggil pun tak nyahut.
    aku lak tengah buat kerja. laci sebelah pc yg tgkt 2 bukak.
    rupanya dia masuk. then dia ke tingkat 3 punya laci. tidur situ. wth.
    n yes aku ngan Mr.B pernah menggelupur cari dia. tak jumpa ok.
    last aku tengok bawah katil elok je santai. panggil tapi taknak nyahut. ish sabar je la.

    1. Eeee.. tension kan. Loceng cing cing cing, tapi bila org panggil tu dia buat pekak tu yang selalu buat aku panik. Tapi sekarang Hachiko cam dah ok skit. Bila aku panggil, loceng dia tetap tak bunyik tapi dia datang kat aku. Melainkan dia tido pengsan tu laaa.. hampeh

  6. Kakak Sookie janganlah hempap saye nanti takut Matitik yang hempap awak sebab die lagi debab dari awak
    Kakak Sookie hati² ye

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post