Hai, saya Sookie.. selamat berkenalan.. hehehe.. cewah macam la first time kita buat entry kat blog kakak ni kan. Pertama sekali, kita bagi pihak kakak memohon maaf sebab jarang-jarang update blog. Sebab kakak tu busy kengkononnya menguruskan kami adik beradik. padahal baru 7 beradik (termasuk Lady Jemah) pun tak boleh handle, hik hik.
Kesian juga dekat kakak sebenarnya.. sebab dah masuk musim deworm dan vaccine, so kakak hari-hari kena bawak kami sekor setiap hari ke klinik, ikut turn. Terima kasih kakak. We love you. Hehehe..
terimalah muka terkejut kita sebagai pembuka bicara
Nak tahu kenapa kita muka terkejut tu? Sebenarnya kisah dia cenggini. Masa tu kita duduk depan pintu sambil tengok permandangan. Kakak pun duduk mencangkung sebelah kita masa tu.. Sekali tetibe kita dengar “POMMMM!!!”
Terkejut sangat kita, siap terlompat dan mengembangkan bulu seluruh badan lagi, tanda kengkonon garang.. Manalah tahu kot ada binatang jahat ke yang mengeluarkan bunyi POMMM itu. At least kalau binatang tu nampak kita kembangkan bulu, maybe dia akan rasa takut, hihi..
Tetibe kakak gelak sampai terduduk duduk. Kita tanya la, “Hoi, kenapa kakak?” Lepas tu kakak jawab.. “Kakak kentut la Sookie, wakakakaka.. itu pun terperanjat, wahahaha..”
Bengong punya kakak. Dia kentut rupanya sampai begitu kuat bunyiknya. Kakak kata kita penipu. Kakak tak mengaku dia kentut kuat. Hahahaha. Sebenarnya kita rasa kelakar bila dapat tahu tu sebenarnya bukan bunyi binatang jahat, rupanya bunyi kentut kakak!
Berpeluh kejap hidung hangus kita. HAHAHAHAHAHAHAHAHA. Not funny kakak, sebab buat kita terkejut. Kahkah! Lepas tu bila kita sambung balik duduk depan pintu, kita hadiahkan muka terperanjat kita dekat kakak, seperti yang di atas. Hahahaha.
Sebenarnya kita nak cerita pasal lain. Tetibe cerita pasal kentut. Ni semua kakak punya pasal.
Ni cara kita tidur bila sejuk
Walaupun kita bambam, ingat kita ni tak tahu sejuk ke? Selalunya memang kita tidur terlentang dan terkangkang. tapi bila hari hujan dan kakak pasang air-cond pulak, kita cuba la tidur gaya tenggiling pulak, kih kih..
tidur di tengah jalan tu memang hobi kita
Kita memang suka menghalang lalulintas. Macam dalam gambar di atas, kita tidur dekat depan tangga kecik tu. Kadang-kadang kita tidur depan pintu. Saje je dengki taknak bagi orang lalu. hahahaha..
Kita selalu perhatikan si Memey tu tidur dalam hammock yang kakak buatkan untuk dia. Hee.. mengada betul budak tu. Feeling baby la tu tidur dalam hammock.
Budak mengada, citt..
Memang situ la port dia tidur atau menyorok kalau kena kejar dengan Hachiko. So suatu hari tu kita rasa macam nak tahu la apa yang best sangat duduk lepak dan tidur dalam hammock ni..
lalu kita pun try.. Hmmm..
Kakak ketawa sampai terbaring-baring atas katil bila dia tengok kita tengah lepak dalam hammock ni. Apa? Kelakar ke? Lepas tu dia cepat cepat kecoh panggil abang long tengok kita. Pastu diorang gelakkan kita secara berduet.
Hoi? Tak pernah tengok kucing duduk dalam hammock ke?? Nak kena hempap?
Nah ni muka comel.. hewhew..
Sebenarnya kakak letak alas kat bawah hammock tu.. sampai jejak la bontot kita kat alas tu, kihkih.. Diammm!!! Sape ketawakan kita, malam ni semua pegi tidur luar. Hahahaha..
Nak tahu.. masa kita tengah syok syok lepak dalam hammock tu, Memey main berlari berkejaran dengan Hachiko. Diorang ni asyik berlari je. Tak tahu letih ke apa? Banyak betul energy macam pakai battery Energizer.
Pastu cam biasa, Memey menjerit-jerit sambil lari, pastu dia lari menuju ke arah kita. Haa tu nak menyorok dalam hammock la tu. Kita senyapppp je.. Tetibe Memey brake emergency bebetul depan pintu cage, sebab dia nampak kita tengah duduk dalam hammock. Terbeliak bijik mata Memey masa tu. Mesti dia tak percaya kita mampu masuk dalam hammock dia. Wahahaha.. Hey jangan pandang rendah kat kita tau. Walaupun lemak kita banyak, tapi kita masih mampu lepak dalam hammock tauuuu.
siap boleh tidur lagi tau.. krohhh.. krohhh.. bye!
hahahaha!!sookie gedikk!!
jaga-jaga sookie..kang jap lagi koyak hammock tu..hihihi..
melendut woihh awak duduk..hihihihi
Hahahaha.. hey kakak Ika, ingat kita berat sangat ke? Kita cuma 7.21kg je tau.. hikhik
oh sookie… kenapalah awak comel sangat.. xakap kat kakak awak kite nak pinjam awak satu hari boleh? oh gerammmmm!!!
Hehehe.. ala nanti kalau kakak kita rindu kita macam mana? Kita hari-hari tidur dalam bilik dia, hehe
alahai comeynye sookie tido dalam tue!!! sampai melendut kebawah…kalau letak kat atas mcm boleh terkoyak je hammock tue…bahaya2.. 🙂
Memang kan! nasib baik la hammock tu terus cecah cushion tu. Risau jugak kalau dawai cage tu melengkung hahaha
Habeh tue, memey nk nyorok kt mn..?
Memey terpaksa sambung lari dan lari lagi. Sorok bawah meja je. HAHAHAHAHA
hhahahahahah lawak sookie… hammock pon x muat sampai terjuntai sebelah kaki…. oit x lengoh ke…
nanti kalau saya gi kuantan ssaya nak jumpa awak boleh.??
Boleh je, marilah datang jumpa kita, hehehe.. 1 kaki terjuntai tu tanda relax sangat la duduk lepak dalam tu kot hahaha
mohon buat hammock dari dawai/besi supaya tak melendut pleaseeeeee…..
Hammock Sookie kena sangkut kat pokok baru lagi kukuh. HAHAHAHAHA
Sookie…awak kene diet sikit…sikiiiiiittttttt jeeee….baru boleh buai2 hammock tu…
Sikit je lagi kakak Yana? Okeylah nanti kita diet, turunkan 50 gram je cukup kan? pastu boleh buai buai dah kan? hihihih
Klw cite psl kucen, mmg x penah abis. Ada jer yg menarik tent. mereka, kan…..
Kan kak! hari hari ada je benda kelakar dia buat hahaha
hahahahhaha.. sampai melendut hammock tue dia kerjakan… kah kah kah
Kata kenderaan berat.. mana tak melendut hammock, nasib besi cage tak melendut sekali hahaha
baca sampai gelak tak ingat baca entry nihh tahu..kikiki..eeeiii sookiee ni..cecah alas terusss awk ni tahu..
hehehe dia feeling kecikk