Kitties Jerry Merry

Jerry Merry

Selamat hari Isnin 🙂

Abang dengar biasanya kalo hari Isnin ni, ramai orang malas nak bekerja, malas nak gi sekolah, malas nak gi kelas. Betul ke? Ermm.. abang manalah tahu sebab bagi abang, setiap hari ialah hari yang indah. Setiap hari bermain, makan dan tidur.

Hey, ingat lagi tak kat abang ni? Penat je bagi mukadimah, haha.. Siapa yang lupa pada abang Jerry, memang la nak kena pelangkong tau. Kemunculan abang yang jarang-jarang di blog kakak ni bukan salah abang. Tapi ialah salah kakak. HAHA.. sape suruh lembab update blog kan? Takpe, bagi yang dah terlupa sape sebenarnya gerangan abang ni, boleh baca entry ni, Abang Jerry

C360_2013-06-16-19-05-25-769

Amacam, dah ingat dah? Handsome tak abang posing cenggini?

Kakak la kabo kalau petang petang duduk lepak atas kereta, mesti banyak makwe nak mintak otograp. Abang pun cubalah. Tapi yang datang mintak otograp abang, bukanlah makwe meow, tapi makwe lain.. yakni customer kakak yang datang ke Sookie’s Kiosk. Terus je dia dukung abang. Abang pun suka je lah, hik hik..

C360_2013-06-13-22-45-39-630

Abang tidur kat tangan customer kakak

Auntie tu baik sangat. Masa dia datang, abang memang tengah mamai mamai nak tido sebab waktu malam. Lepas tu dia usap badan abang, terus la abang tidur peluk tangan beliau, seperti dalam gambar di atas, hehe.. Siap gunakan tangan beliau sebagai bantal.

Kadang-kadang bila waktu petang, kakak bawak abang balik ke rumah untuk berkenal-kenalan dengan kucing dia. Kakak cakap, “Jerry jangan gaduh ye, kucing kakak memang garang sikit.. kena bagi diorang masa untuk berkawan dengan Jerry..”

Baiklah kakak.

Pada suatu hari..

20130616_154947

kakak ajak abang tinggal kat rumah dia omagaddddd…!!

Mula-mula abang speechless. Sebab memang pun abang speechless kan, meow mana boleh bercakap haha. Jadi adakah meowless? LOL. Kakak cakap dia nak bawak abang balik sebab dia risau abang sakit. Maklum la musim jerebu. Tapi kakak cakap kena pegi jumpa vet dulu. Kena amik vaksin. Abang setuju je, sebab tahu apa yang kakak buat semuanya untuk kebaikan abang.

20130626_134528

Bersama Sookie..

Sookie memang kena duduk dalam carrier. Sebab kakak cakap bahaya kalau lepaskan dia. Dia tu kan gergasi. Kang kalau panjat sana sini kang, orang ingat kakak bawak gergasi pulak dalam kereta hahaha.. Takdelah gurau je. Kakak risau Sookie tertonggeng kalau dia panjat panjat.. Abang ni lain lah. Abang kan boy. Memang suka panjat hehe..

Sookie pun kena pegi vet sebab nak buat vaksin tahunan untuk 4 in 1, FeLV (vaksin leukemia) dan FIP. Doktor Lean geleng kepala bila tengok mesin penimbang menunjukkan nombor 7.75kg. Macam biasa, Sookie tentulah tak mengaku salah dan bermati-matian cakap dia dah diet waktu malam. Grrr… Waktu malam tu waktu tidur, dia baru nak diet? Ish ish..

Abang pula ialah 4.3kg. Doktor Lean cakap syabas dekat abang. Kembang kempis hidung abang kena puji. Abang baru pertama kali divaksin. Doktor Lean cakap, kalau dah besar macam abang ni, tahun pertama vaksin dua kali je dah cukup. Tahun seterusnya, setahun sekali. Tu untuk basic vaksin yang 4 in 1 tu lah. Kalau vaksin yang optional macam FeLV dan FIP tu lain lah pulak.

DSCN0037

Blur kejap masa mula-mula tu. Tak tahu nak duduk ke, nak jalan atau berlari.

DSCN0039

Tetibe je Bobbi nak sergah abang

Kemain lagi Bobbi.. padahal dia sendiri pun belum mesra dengan kucing kakak, tetibe je dia nak sound abang, hoh.

DSCN9907 (Small)

DSCN0042

Terkesima kejap abang, bila Aoirolina lalu

Memang cun la dia. Tapi angkuh. Dia tak pandang pun abang. Jalan kemain lenggang lenggok lagi. Kakak memang ada warning, dia cakap Aoi tu kepala hangin, so jangan kaco dia. Dia tu paling lama perlukan masa. Maklum la diva kan. Takpe, abang paham..

Oh ya, nampak kan abang dalam cage? Kakak letak abang dalam cage supaya abang tak kena sergah dengan kucing dia yang lain. Kakak bagi abang bertenang dulu dalam cage. Dia taknak abang stress. So abang perhatikan permandangan sambil menenangkan pikiran.

Tanpa abang sedari, sewaktu abang tengah syok tengok Aoi jalan melenggang lenggok.. rupa-rupanya Lilo sedang perhatikan abang..

DSCN0049

sambil kembang kempis hidung dia menghidu abang..

DSCN0052

kemudian sempat memberikan amaran kepada abang

DSCN0056

Eh macam mana Hachiko boleh ada dalam cage juga?

Hehehehe.. rupanya kakak amik satu alas besi lagi dan tutup ruangan abang melompat ke bawah tu. Maka jadilah 2 cage. Hehe.. Kakak nak Hachiko familiar dengan bau abang..

DSCN0058

tengok tu, kemain lagi dia hidu hidu.

Tapi tak lama pun.. dalam 10 minit je Hachiko dalam cage. Kemudian tukar pula dengan Memey. Memey ni eksen. Asik hissing je. Fedap abang mendengarnya. Hari pertama di rumah kakak, abang tidur dalam cage je. Tapi kakak bawa abang bermain dalam bilik.

20130626_144753

Amaran dari Hachiko. Amboi kenapa la semua nak bagi amaran pada abang? *sobs*

20130626_144925

20130626_145208

Abang memang baik hati. Cuba nak bermesra dengan semua. Maklum la abang kan budak baru. Kena la merendah diri..

20130626_150003

20130626_150046

Tengoklah muka menyampah Memey. Kemain masam. Abang harap dia dapat terima abang satu hari nanti

Tapi kakak cakap abang baik. Sebab walaupun Memey dan Sookie suka hissing dekat abang, tapi abang buat derk je. Tak balas balik. So diorang pun senyap je lepas penat hissing. HAHAHA..

C360_2013-06-26-15-29-33-064

Abang cuba pujuk Memey

Abang dapati ada banyak toys dalam bilik kakak. Seronok abang bermain sengsorang. Lepas penat, abang pun tidur dalam ‘bilik’.

20130626_163753

inilah ‘bilik’ tersebut hehehe.. Bestnya ada tilam. Selama ni abang tidur atas lantai je *sobs*

Kakak bawak berbincang dengan Memey, Sookie dan Hachiko pasal nak bawa abang tinggal bersama mereka.. Lilo, Ichii, Aoi dan LJ tak tidur dalam rumah sebab diorang ada rumah sendiri. Diorang share share bayar sewa. Yang mana duduk dalam bilik kakak ni semua tak mampu nak bayar sewa la tu hahahahaha..

C360_2013-06-13-16-58-16-236

Ini jawapan Hachiko bila kakak mintak pendapat dia

Ini pula pendapat Sookie…

..

..

..

..

20130626_155426

Hopeless betul lah dia ni.. hishhhh..

Hari Khamis ialah malam pertama abang tidur di bilik kakak.. Mula-mula abang tidur atas lantai je.. tapi entah macam mana abang boleh pulak sleep walking dan tidur di sini..

20130628_023239tadaaaaa…!!~

Abang harap Hachiko tak marah sebab abang tidur atas tilam dia sampai ke pagi. Hachiko kat mana? Dia takpe, banyak je port dia nak tidur. Hehehe.. Abang harap kawan-kawan semua doakan abang gembira tinggal di rumah kakak dan moga abang diterima dan disayangi oleh adik beradik yang lain

14 thoughts on “Jerry Merry”

  1. wah wah. Jerry ni special betul la yek. Dapat tidur tempat Hachiko lagi, Hachiko kesayangan kakak tu. Eh patut amik gamba Sookie hissing, camne tah rupa. Haha. Memey pon kembang semacam.

    1. Dia pandai pilih port tidur. Atas sofa, atas katil, dalam bakul. Semua tempat empuk empuk je hahaha.. Tu la, aku try juga nak amik gambar, tapi tak sempat. Sebab Jerry bukan jenis melawan, so kalau diorang hissing pun tak lama.. Sebab takde respon..

    1. Tu la.. kita harap semuanya dapat terima kita. Tak sabar nak main sama-sama dengan diorang hehe

    1. Kita tak nakal pun.. good boy sangat 🙂 harapnya Memey tak eksyen la dengan kita nanti

  2. Comeynye jerry.. ade cetoking pulak tu… ^_^
    Take care tau kat rumah kakak.. kawan elok2 tau dgn yang lain.. 🙂

  3. wahhh….jerry pun dh mok2….. bagus2…. leh geng dgn sookie..haahah..ooopss…marah tokey besar sookie kalau tahu…

    encem arrr jerry……ooo..kenan dgn aoi yer…hehehe….. good luck jerry! ekekeke

  4. jerry masa memula aku jmp dulu, kurus je..aritu masa anto laksa, jerry dah gemukkkk tembun sihat! hehehe..

    1. kannnnn.. suka aku tgk dia membesar dan sihat 🙂 sekarang dah duduk rumah dah, macam bos. hehehe.. Tapi kalau pegi kedai, aku masih bawak dia teman

  5. amboiii Jerry hensemnya awakkk.. tahniah Iz tambah lagi ahli keluarga.. alhamdullilah..moga2 bertambah-tambah lagi rezeki awak sekeluarga.. in sha Allah ..aaminn.. *hugs ketat-ketat kat Jerry* hahah..

    1. Mekasih kak zaph.. hari2 dok feed jerry, dia pun pantang nampak kita asik nak manja je.. Tak boleh tahan. Bawak balik rumah. Sebab taknak anything bad jadi kat dia, kang kita yang nyesal 🙁

Comments are closed.

Related Post