Kitties,Ramadhan Selamat Hari Raya!

Selamat Hari Raya!

Cerita dia macam gini.. masa tu abang baruuuu je masuk family kakak.. Abang tak pernah pun berpuasa selama ni. Ye la, takde geng nak puasa sama-sama, mana best puasa sorang ye dak? Lagipun abang kan dulu kucing jalanan. Takde sape didik abang pasal puasa nih.

Ehhh.. lupa pulak nak bagitahu. Ni abang Jerry ni. Kikiki.. Bukan main sedap mukadimah 50 patah perkataan, tapi tak kenalkan diri. Hahaha..

Sebenarnya selepas beberapa hari bergaul dengan adik-adik kakak yang lain, kakak dan abang long syak yang abang ni masih kanak-kanak riang, mungkin di bawah usia setahun. Sebab abang kuat main dan suka sangat menyakat kucing lain. Macam budak kecik. Memey cakap, abang ni annoying. Ecehh.. Memey tu poyo. Perasan lawa mementang ekor kipas.

Satu hari tu, abang nampak kekucing sekelian semuanya tengah berehat kat luar. Abang pun perati je la dari jauh..

C360_2013-05-21-18-16-19-010

Ohh.. rupanya Lilo dan Bobbi sedang bersembang.. hihih

C360_2013-05-21-18-14-35-619

 Amboi Bobbi, kemain lagi eksyen dengan Ichii.. cakap beso.. ahhaha

C360_2013-05-29-18-02-12-700

C360_2013-07-03-18-35-09-368

 booo Bobbi boooo… padan muka kalah dengan Makcik Jemah. Ops! Lady Jemah. Pelik betul Lady Jemah ni bulan puasa pun yoga ke? Abang ingat kelas yoga bulan Ramadhan ni dibuat waktu malam je lepas semayang Tarawih

20130703_182410

 Haaa… haaaa.. ni lah budak poyo perasan lawa. Dia suka jeling dekat abang sambil menjerit “Awak ni annoying la Jerry!! Suka sangat kacau kita ni pasal apa? Pegi duduk diam dekat hujung sana!!” Sambil dia tunjuk bilik air. Ada ke nak suruh abang duduk dekat bilik air?

C360_2013-05-15-17-48-20-647

 Padan muka Memey kena sound dengan kakak Aoi Diva-of-the-house-super-eksyen ni. Berani tuduh kakak Aoi tak puasa?

20130703_183654

 Ermm.. ermm.. no komen…

IMG_20130707_135728

 Inilah sebabnya abang no komen dekat gambar di atas

Sebenarnya bukan abang yang bersalah. Masa subuh tu, abang long dah kejut abang bangun sahur dah. Abang makan banyak dah masa sahur tu. Lepas tu abang aktif sangat main kejar-kejar dan bertinju dengan scratching post. Ya, abang memang bertinju dengan scratching post hihih.. Bila sampai pukul 1 je, abang dah rasa lapar macam gastrik. Aduhaii..

So abang pun tanya la dekat kakak Sookie.. “Berapa jam lagi nak berbuka ni eh?” Tiba-tiba kakak Sookie pimpin tangan abang dan bawak pegi dekat food bowl. Dia cakap dah azan Zohor tu, jom makan. Tu pasal la abang makan. Abang manalah tahuuuuuu.. kan abang first time puasaaaaaa.. huk huk

C360_2013-07-11-20-07-08-832

 Abang rasa guilty lepas kakak cakap sebenarnya berbuka puasa pada waktu azan Maghrib. Sampai hati kakak Sookie perdayakan abang 🙁 Kemudian barulah abang tahu yang bila bulan Ramadhan, ini je aktiviti yang kita perlu lakukan di waktu siang…….

C360_2013-05-29-16-40-06-294

Membuat taik mata…… supaya bila bangun tidur je, eh dah azan Maghrib? Jom makannnn.. ha macam tu. Hik hik

Oleh kerana Hari Raya Aidilfitri dah hampir tiba, kakak minta abang wakili seluruh keluarga iaitu kakak, abang long, abang Lilo, kakak Ichii, kakak Aoi, kakak Sookie, kakak Hime, abang Hachiko, auntie Jemah dan uncle Bobbi (agaknye diorang marah tak abang panggil diorang auntie dan uncle? hehe) mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kalau terkasar bahasa dan sebagainya kepada semua pembaca blog izyahya.com (dan juga di Facebook) para pelanggan Sookie’s Store dan seluruh muslimin dan muslimat di seluruh dunia. Poyo tak ucapan abang? Siap ucap pada seluruh dunia hahaha..

Okeylah, abang nak pergi main bunga api sekejap. Babai..

6 thoughts on “Selamat Hari Raya!”

    1. sookie kan suka ponteng puasa. Asik puasa sekerat hari je. Hehehe.. mekasih awak.. selamat hari raya jugak. Kalau datang Kuantan jangan lupa singgah tau 🙂

  1. Waa. Setelah sekian lama menunggu kak iz update blog. Haha. btw Selamat hari raya kak iz! Kirim salam raya kat sookie, hachiko, aoi , hime, lain lain jugak. hahaha. panjang sangat. HAhahaa. Asal jerry makin lama makin cantik? opss Hensemm? hahaha.

    1. terima kasih.. Selamat hari raya jugak 🙂 busy sikit semenjak dua menjak ni.. ni baru ada chance nak blog sekejap hehehe.. Jerry makin debab mesti la makin hensem hehe

    1. Lilo, Ichii, Aoi, Sookie, Hime, Hachiko, Jerry, Lady Jemah.

      Kalau yang adik angkat pulak: Bobbi, Isabella. Hehehehe

Comments are closed.

Related Post