Kuantan,Pet Shop,Sookie's Store Sookie’s Store

Sookie’s Store

Alhamdulillah..

Tu yang aku nak cakap mula-mula.. Alhamdulillah sebab kita semua dah selamat menjalani ibadah puasa dan meraikan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ni. Dah puas makan rendang? Raya tahun ni aku demam. Jadi tak berapa nak happening sangat. Sebab mulut ulser, tekak sakit dan sekarang tengah batuk teruk dan selsema. Kesian aku..

Ada satu lagi..

Alhamdullillah sebab Sookie’s Store, The Pet Boutique sudah pun dibuka seminggu sebelum raya haritu..

20130801_232535

Oh Tuhan.. syukur sangat..

Finally kan. Daripada sebuah kiosk kecil. Kepada sebuah kedai yang lebih selesa. Selesa untuk para pelanggan, terutamanya πŸ™‚ Kami bermula secara susah payah dari bawah. Harungi macam-macam rintangan dan cabaran. Sesungguhnya aku sendiri tak percaya yang cita-cita aku nak buka sebuah pet shop kini dah jadi kenyataan. Hehehe..

Jom kita tengok gambar. Visual bagi mereka yang berada di luar Kuantan yang masih belum ada peluang nak ke Sookie’s Store πŸ™‚

20130728_014959

Serba sederhana

Sookie’s Store masih baru. Barang pun nak cakap banyak tu, tidaklah. Tapi kami cuba sedaya upaya bawakan cat food dan aksesori yang berkualiti dan mampu dibeli untuk mereka yang berada di sekitar Kuantan.

20130801_122216

Hime’s Fashion Department

Memang aku namakan macam tu. Nanti nak letak signboard kecik tulis “Hime’s Fashion Department” kat area ni. Hehehe.. Butik mini yang menyediakan baju-baju comel untuk kucing kesayangan korang. Eh bukan kucing je tau, anjing pun boleh muat baju-baju ni semua. Sekarang ni pun kucing lagi besar dari anjing hehehe..

20130801_232340

Β Nah! pilih lah sampai juling.. hehehe.. Tu pun aku letak serba sedikit je ni.. Sebab dah tak muat space!

20130801_122426

Kat area ni ada Blackwood dan Nature’s Protection

Haa.. sekarang tengah promosi hebat untuk barangan Nature’s Protection sempena pembukaan kedai nih. Diskaun 30% untuk Nature’s Protection Kitten 2kg, Indoor 2kg dan Sensitive Digestion 2kg. Contohnya harga asal Nature’s Protection Kitten 2kg sebelum ni ialah RM49.90, lepas diskaun cuma RM35 je. Jadi marilah datang ke Sookie’s Store. Atau kalau nak beli online pun takde masalah, boleh hubungi kami kat Facebook Sookie’s Store.

20130801_181722

Ini tak perlu diperkenalkan lagi, Royal Canin

Kami bawa masuk semua range Royal Canin yang terdapat dalam pasaran Malaysia hehehe. Jadi pelanggan lebih banyak pilihan πŸ™‚

20130726_195738

Natural Balance dan Matisse

Matisse ni ialah makanan yang baru masuk Malaysia, tapi memang hot stuff. Most customer yang beli Matisse cakap kucing diorang suka. Harga pun berpatutan, lebih kurang Blackwood. Nutrisi pun hampir sama.

Natural Balance pulak sesuai untuk mereka yang ada kittens dan adult cats dalam rumah. Sebab dia suitable for all life stages πŸ™‚ Ada beberapa jenis dry food lagi yang ada kat Sookie’s Store macam Pronature Original, Pronature Holistic, 1st Choice, Taste of the Wild, Cat’s Eye, Star Pro dan KisKis.

20130726_195752

Cat Litter Department

Setakat ni pasir jenis Fussie Cat je yang ada. Tapi ada semua bau. Apple, Lemon, Rose, Peach, Jasmine. Lepas tu ada yang jenis recycle paper, paper, soybean. Crystal cat litter pun ada. Slowly lah kita tambah lagi jenis-jenis lain ya. Hehe..

20130801_234058

Ini ialah staff baru di Sookie’s Store

Nama dia Bella. Nama sebenar dia Isabella Cullen. Panggil Bella je. Bella ni bunting. Maaf lah staff aku memang manjang je bunting. Dulu si Seri. Seri sekarang dah bahagia dengan keluarga baru.

Tapi Jerry tetap la pegang jawatan penting ya, iaitu Chief Cashier.

IMG-20130725-00065

Ya, ada apa-apa yang saya boleh bantu?

Jerry tengah bercuti sekarang. Kakak Sookie beliau, selaku tauke di Sookie’s Store bagi beliau bercuti dulu sementara para pencacai beliau (aku) boleh mengemas. Jadi sekarang Tuan Ahmad Jerry sedang duduk melepak di rumah, membesarkan bontot.

IMG-20130802-00073

Β Salesgirl baru – Isabella

Apa nak buat, dia ni asal dapat port je nak tidur. Dulu masa mula-mula waktu perut kecik lagi, ada jugak dia berjaga. Sekarang ni bangun untuk makan je. lepas tu sambung tidur. Sampai kena kejut okey, baru dia bangun. Sabar jelah.

20130801_234358

Β Pandangan hadapan

Laluan khas buat pelanggan Sookie’s Store. VIP tau. HAHAHA.. Walaupun entry ni nampak macam advertisement untuk kedai sendiri (hihihi) tapi sebenarnya niat aku nak bagitahu bahawa inilah sebabnya aku lama tak update blog. Sebab sibuk menguruskan itu ini. Letih toksah cakap la, sebab pindah masa bulan puasa kan. Fuyoh.. Kalau betul-betul all out pun, waktu malam lepas berbuka. Kadang-kadang tak tidur sampai jam 7 pagi sebab sibuk mengemas, mengemop, menyusun dan tah apa-apa lagi.

Raya hari tu pun cuma beraya kat kampung je. Sampai Kuantan je, memang takde beraya rumah sape-sape pun lagi. Jadi harap maaf la kawan-kawan, tahun ni tak dapat beraya rumah korang. Cewah macam la tahun lepas pegi beraya pun kan kih kih..

Oh ya, kepada mereka yang masih belum cekidaut FB baru Sookie’s Store, boleh la pegi LIKE sekarang hehe.. Manalah tahu kot ada benda yang berkenan kan.. Online sales? Takde masalah. Kami boleh poskan. FB Izzy Pets dulu, selepas ni takkan diupdate lagi. Bukan aku sengaja mengada-ngada nak banyak page ye, tapi Facebook ni keji sikit. Bila dah sampai 1000 likes, dia dah tak bagi tukar nama profile. So aku tak boleh nak tukar Izzy Pets tu kepada Sookie’s Store. Pening pulak orang kalau page nama lain, kedai nama lain kan. Ala sorry la.. dulu tak terfikir pun nak buka kiosk atau store :p

Anyway, kalau nak datang ke Sookie’s Store.. ni ialah alamat kami πŸ™‚

Sookie’s Store
B10, Ground Floor
Jalan Teluk Baharu 5
Tanjung Lumpur
26060 Kuantan
Pahang

FB: http://www.facebook.com/Sookies.Store
Contact: 012-9379037 (boleh call, sms atau Whatsapp)

Raya

Haa.. budak-budak ni semua kirim salam sayang. Kalau rindu, tataplah gambar ni. HAHAHAHA..

Babai πŸ˜€

26 thoughts on “Sookie’s Store”

  1. Congrat Iz sbb berjaya upgrade dari kiosk ke kedai yg beso…ni ciri2 usahawan berjaya dan saya doakan perniagaan Iz terus berkembang maju sekembang badan si Sookie..hehehe..Insya’Allah jika sampai di sana saya akan ke Sookie’s Store…(boleh bagi address Sookie’s Store tak?)

    1. Mekasih awak. Mekasih doakan kami berkembang maju sekembang badan Sookie hehehe.. Kita dah update entry dengan alamat Sookie’s Store dan contact number sekali πŸ™‚

  2. PIWITTTT!!!
    Tahniah! Tahniah! Dan terima kasih kerana menjadi sumber inspirasi kita nak manjakan kucing2 ternakan… Bila nak buat opening makan2 ni? hahaha.. Selamat Maju Jaya!!

    1. hahaha terima kasih!!.. official launching, SOON.. kita tgh nak restock barang dulu sebab banyak dah habis sempena raya haritu. Nanti mesti kita invite datang punya πŸ™‚

  3. wahhhhhhh. sookie dh semakin hebat skrg! *padahal kakak dia yg buat keje kan.hihi*

    congrats kakak. kecik2 lama lama jadik besar kan?

    insyaAllah ada rezeki sy dtg kuantan nk jenguk kedai kakak. kalau ada rezeki πŸ™‚

    1. Sookie pantau dari jauh je hahaha.. Tu la kalau datang kuantan, singgah ye.. boleh berkenalan hehe

  4. Tahniah Izz, In Shaa Allah, kalau saya gi kuantan..sure akan singgah..selalulah update..dah jadi tauke(pencacai si sookie) hahaaha..Semoga Izz berjaya dan caiyok2;;

    pssst : tumpang bangga dengan kejayaan anda izz

    1. Insya Allah.. sekarang ni dah buat full time, harap-harapnya ada la masa untuk update blog selalu. Rindu kat blog sendiri hehehehe.. Terima kasih πŸ™‚

  5. congrat’s babe!kenal u pun dari blog and fb saje.jumpa baru sekali.menjadi customer antara satu sama lain. hehe..and now u dah bukak sebuah kedai lagi..bangga dan suka sangat!ada rezeki i menyinggah sana dan pasti akan singgah..kiosk dulu tak sempat nak jumpa.. sobss..ape pun semoga berjaya dan keep it up! :))

    1. Hehe kan.. takpe, ada rezeki nanti kita jumpa lagi kat Sookie’s Store pulak πŸ™‚

  6. Tahniah beb, aku suka kalau memember berjaya dalam bisnes lelebih lagi pet store… .. semoga terus maju dalam bisnes..
    InsyaAllah kalau aku sampai sana, aku singgah.. kakakkaka…

    1. Hahahah terima kasih kat ko jugak sebab sudi luangkan masa tolong lukis gambar Sookie lagi sekali kahkah.. Thank you sesangat. Mesti singgah sini kalau datang Kuantan okey!!

  7. weeeeee akhirnya ada entry pasal sookiee store.. arini baru sempat baca la… bz beraya.. tgh duk pujuk cik hubby g kuantan ni.. nak singgah sana n rembat brg2 utk cik bulus kat umah…. hehehe… congrat yer.. best sgt tgk pet store awk… kemas n cantik je…

    1. Memang sakan awak tu berayaaaa.. mencikk.. kita tak beraya pun tahun ni. Ni pun baru baik demam, batuk tak sudah lagi. Hehehe.. Okey kalau datang Kuantan marilah mari hehe

  8. Tahniah Iz..Akak doakan moga2 business venture Iz akan maju & terus maju. Teringin sangat nk pergi ke kedai Iz. Mudah2an satu hari nanti tercapai juga.. πŸ™‚

    1. Mekasih Kak Nor.. Kalau datang Kuantan mesti singgah tau. Insya Allah kot masa tu Sookie tengah jaga kaunter ke.. hahaha

  9. Salam Iz..
    Lama betul tak jengok sini.. congrats sbb dah bukak kedai. Cantik sgt kedai tu tak nampak cam kedai haiwan. Rindu sgt nak baca updates pasal anak2 Iz ni.. tak sangka jerry kemain membesar bagai johan kan? Seri mana? Sape adopt die.. sempat tak amek gamba anak2 die? Ade masa nanti updatela pasql smua ye..

    1. Tak kenal sape yang adopt Seri. Tapi Seri beranak dekat rumah salah sorang customer saya hehehe.. Lepas tu diorang sekeluarga ada kwn kepada fosterer tu nak adopt so dia bagi je.. Takpelah semoga seri bahagia. Kali ni ada Bella pulak hehehe.. Jerry duk rumah sekarang. Saya dah adopt dia.. Ingat nanti nak bawak dia datang kedai sini jugak. Tapi sekarang tak ready lagi tempat untuk diorang. Insya Allah soon πŸ˜€

  10. Wah…wah..wah…wah…Congrats Izzy! Baru tau u dah bukak kedai πŸ™‚ I pun dah lama meninggalkan dunia blog ni (ecececeh…)

    I’m so happy & admire you! Hopefully Sookie’s Store berkembang maju, good job Izzy!

    1. Tu lah sedar-sedar je anak u dah besar! hahahaha.. thanks for your kind wishes. Kalau datang Kuantan, meh singgah oke πŸ™‚

Comments are closed.

Related Post