Kitties Jerry vs Bella

Jerry vs Bella

Hai.. ni Jerry ni.. maaflah hari ni muka kita lagi yang update blog kakak ni. Tapi kalau kita tak update, memang bersarang la blog usang si kakak ni. Bukan setakat sarang labah-labah, sarang tebuan, sarang semut, entah sarang apa lagi semua ada agaknya.

Sebenarnya kita nak buat luahan perasaan. Kita tak berapa berpuas hati dengan performance kakak Bella selama dia menjadi gadis jurujual di Sookie’s Store.

Bukannya apa, beliau tu kan mengandung. Lepas tu kerjanya asik makan dan tidur. Kakak bagi dia makan RC Kitten, tapi dia suka nau curik RC Hair & Skin milik kita. Sudah la mencurik makanan kita, siap dia nak marah marah kita pulak setiap kali kita makan makanan kita sendiri. Apakah?

1

ini satu lagi yang kita tak puas hati

Oleh sebab Bella asik menidur je, maka kita selalu kena gantikan shift dia. Hello, kita ni perlukan tidur juga ye. Kalau tak cukup tidur macam mana nak ternak lemak? Nak ternak lemak ialah perlukan makan dan tidur yang cukup.

2

3

4

Eh tetibe kakak Aoi sentap

Kakak Aoi ni kaki sentap. Sikit-sikit nak sentap. pantang tersilap sikit, terus nak sentap sepanjang hari. Sebenarnya kita tak paham dengan perangai diva dia ni sebab kadang-kadang nak mendiva pada waktu yang tidak relevan contohnya waktu makan. Time makan tu makan je lah kan, tapi kakak Aoi ni kalau datang sentap dia tu, time makan pun nak membebel.

5

20130914_005001 (Custom)
Kita saje je bagi jawapan cenggitu kat kakak Aoi. Saja menambah sentap dia kahkahkah!!

7

Rupanya abang Lilo memerhatikan pertengkaran kita dengan kakak Bella

8

9

010

Dia pikir kita takut dengan perut dia

Alah setakat perut belon tu, kita pun ada, cuma tak berapa belon je. Kalau kakak Bella merasa penumbuk kita ni, memang lebam la bijik mata dia agaknya. Tapi sebenarnya kita acah je tu. Sebab kita ni gentleman. Kita mana pukul gegirl. Hik hik..

011

cuba berkelakuan kerek sambil menayang perut belon, cheh!!!

012

20130912_000635 (Custom)

014

Akhirnya abang Lilo cakap beliau terpaksa masuk campur jugak sebab tak mahu berlaku sebarang pertumpahan darah ataupun wrestling antara kita, Jerry Kacak Bergaya dan Bella Belon.

015

sesi tarbiyah ringkas dari abang Lilo

Hermm.. baiklah abang Lilo. Kita berdamai dengan kakak Bella demi kebaikan semua. Lagipun kita pun kesian kat beliau. Mungkin belon dah hampir meletop tu yang mood swings tu. Jadi kita dengan ikhlas hati telah memaafkan kakak Bella supaya beliau mudah bersalin nanti bila beliau tak ada dosa dengan kita. Eh?

HAHAHAHAHAHA.. fine fine.. kita gurau je lahh!

016

Tengok, mudah je kakak Bella maafkan kita. Feeling hari raya sangat siap ada sesi mohon ampun dan maaf. Mintak mak, kuih sepotong, saya mahu makan kerna perut kosong!

Cewah siap nyanyi.

Betul la, raya haji kan dah dekat?

10 thoughts on “Jerry vs Bella”

      1. I should dig more into your blog. It has so much information needed for fresh adopter like me! Thank you! Thank you! Nanti balik kuantan boleh la saya singgah kedai Pn Iz ya 🙂

  1. hamboi…meriah korang berborak sakan time keje ye…(pi sambung keje..kang kakak sookie potong gaji kang)…*btw..ni antara entry yg best sbb banyak gambo 🙂

Comments are closed.

Related Post