Kitties Nestum Untuk Kekenit

Nestum Untuk Kekenit

Sekarang ni musim hujan dan panas tak menentu di Kuantan. Tempat lain aku tak pasti. Tapi dengarnya KL pun macam selalu hujan jugak. Bila hujan panas tak menentu ni yang kita kena jaga kucing lebih sikit. Seeloknya biar dia dalam rumah je, tak keluar.

Dalam pada tak keluar tu pun, kekenit yang aku foster dilanda selsema bulan lepas. Macam biasa, cerita zaman purba yang aku sajikan. HAHAHAHAHA… Kesian betul. Kesian pada korang sebab baca cerita basi. Tapi kesian jugak pada kucing aku yang selsema masa tu. Paling kesian ialah sebab diorang masih belum divaksin, jadi bila selsema tu, immune system tak cukup gagah nak lawan. Yang kena virus ni semua rescued cats, tak sempat vaksin lagi. Nasib baik Muez tak kena. Mungkin sebab masa tu dia baru bebas dari virus tu, so dah tak kena lagi.

20131016_210844

Ini ialah Bella yang demam

Kesian sangat. Masa Bella demam dan selsema, anak dia baru nak masuk usia 4 minggu (sekarang dah masuk 3 bulan, kan dah cakap ni cerita basi?) kakaka.. masa tu diorang memang masih menyusu, makan belum pandai lagi. Gigi pun halus sangat. Tahu melalak je pun mintak susu. Bella sangat stress waktu tu. Dia nak susukan anak, tapi bila dia baring, hidung dia tersumbat. Akhirnya dia selalu menjerit meroyan minta keluar dari cage sebab dia perlukan ketenangan hihi..

Macam tulah gaya Bella tidur waktu selsema. Padahal selama ni tidur terlentang, tekangkang. Waktu Bella mula bersin, aku dah start bagi dia ubat selsema. Tapi tak bagi antibiotik sebab Dr Lean cakap tak elok untuk ibu yang sedang menyusukan anak. Boleh membantutkan pertumbuhan anak tu.

Tapi bila dia tak makan antibiotik, selsema dia lambat betul baik, sebaliknya makin teruk pulak. Sampaikan anak-anak dia pun naik kurus sebab kurang menyusu. Aku pulak yang kena susukan pakai syringe every few hours.

20131017_211056

Bella pakai baju sebab sejuk, ni konon nak bagi demam kebah la ni hehe

Kesian betul Bella dan anak-anak dia. Aku puas tanya ramai orang, macam mana nak ubati diorang ni. Pegi klinik pun dah banyak kali dok amik ubat. Sebab bukan Bella je yang selsema, tapi ada juga my other fostered kittens yang jangkit selsema. Sorry belum berkesempatan cerita pasal kitten lain yang aku foster. Banyaknya cerita zaman purba hahaha..

Last-last Doc Lean cakap, ish tak boleh jadi ni. Kena jugak bagi emaknya makan antibiotic sebelum selsema berjangkit pada anak-anak. Pada masa ni, dua ekor anak Bella pun dah start sakit mata dan bersin. Doc Lean kata, kita mesti ajar anak dia makan. Kena wean off. Stop menyusu supaya maknya boleh makan antibiotik. Bella tak selera makan, minum pun taknak. Kalau tak makan dan minum, bila nak sembuh kan. Even wet food yang sebelum ni jadi kegilaan dia pun, tetap taknak. Dia tahu nak tidur je release tension.

So hari ni aku nak kongsi resepi mudah untuk ajar anak kucing (yang tak berapa sihat) makan, at the same time maknye yang tak sihat pun makan jugak, tak payah susah payah masak segala bagai. Maklumlah tak cukup kelengkapan kat kedai ni haa.. yang ada sudu, garpu, megi, biskut. Hehehe.. Resepi ni ialah untuk 7 ekor kucing (2 ekor dewasa, 5 ekor kittens). Anak-anak Bella aku kira 1 portion sebab share dengan maknye. Nampak macam sikit, tapi bila dah siap, banyak.. memang kenyang perut masing-masing.

20131024_182720

1 bekas Royal Canin Kitten 36 – ni bekas jelly atau cupcake yang selalu dapat kat kenduri kawin

20131024_182806

Rendamkan kibbles tu dalam mangkuk dengan air panas sampai tenggelam. Selalunya aku tutup mangkuk tu supaya cepat kembang. Biarkan dalam 15 minit

20131024_182912

Ini ialah A/D Hills Prescription. Boleh didapati di klinik veterinar. Some pet shops pun ada jual. Harga antara RM8-RM10 bergantung pada kedai/klinik

20131024_191743

A/D ni ialah makanan dengan protein tinggi dan high calorie dan lengkap nutrisinya untuk penyembuhan cepat pada haiwan. Sebab kucing/anjing yang tak sihat selalu takde selera. A/D ni baunya kuat.

20131024_191754

ini ialah RC Kitten yang sudah dipenyekkan. Bukan setakat dibiar kembang ye, tapi kena penyekkan jugak biar jadi macam nestum

20131024_192057

 letakkan 50% “nestum” RC dan 50% lagi A/D ke dalam pinggan atau mangkuk, ikut suka hati. Kemudian gaul rata

20131024_192701

 Tada… dah siap

20131024_193155

Bella akhirnya makan! Penuh berselera pulak tu walau hidung masih tersumbat sikit. Anak-anak bergantungan di bawah perut, masih sibuk mencari susu.

Tapi bila tengok mak dia makan, anak-anak dia slowly pandai makan. Aku layankan diorang dengan nestum ni, sehari dua kali. 1 tin sekali meal. Masa tu semua foster kittens and cats diserang selsema. Sedih sangat aku, susah hati bila semua monyok, bersin, mata berair, hidung tersumbat. Total A/D aku beli masa diorang sakit ni, 24 tin.

vetridmg

at the same time, bagi each of them Vetri-DMG untuk boost immunity.

Yang membuatkan selsema mereka lebih mudah berjangkit dan lambat baik ialah sebab diorang ni belum divaksin. Yelah semuanya rescue cats kan. Setiap sekor yang direscue, ada masalah masing-masing pulak tu. Kenalah rawat yang penting dulu sebelum divaksin. Tak sempat nak vaksin, selsema pulak 🙁

Kalau dah vaksin pun tak bermaksud kucing kita tu immortal ye. Tidak juga kebal dari penyakit merbahaya. Cuma kalau macam dijangkiti selsema atau demam, lebih cepat sembuh berbanding yang tak divaksin. Risiko nak mudah berjangkit pun kuranglah sikit.

20131113_173001

 Untuk Bella, selain bagi Vetri-DMG, aku bagi juga dia makan Petdiatric CordyPlus

Cordy Plus ni salah satu function dia ialah untuk melegakan saluran pernafasan. Bella bernafas cukup teruk masa dia selsema tu. Menganga je. Dia tidur pun duduk. Langsung tak boleh terlentang. Seminggu bagi CordyPlus dan Vetri-DMG di samping ubat-ubatan dari klinik, mereka semua beransur pulih. Tapi CordyPlus bukan ubat ye. Dia ialah supplement. Kalau kucing selsema dan kita cuma bagi CordyPlus je, tak cukup. Mesti nak kena pegi vet jugak untuk rawatan. CordyPlus bantu melegakan saluran pernafasan.

Kalau kucing mata dah berair dan mula bersin berkali-kali, haa tu tandanya nak selsema la tu. Sebelum melarat, elok benar la ke vet untuk rawatan. Sebab nanti sekelip mata je kucing lain semuaaaaa berjangkit. Terutama yang masih belum divaksin tu. Selsema kronik yang tidak dirawat boleh menyebabkan buta. Jangan amik ringan ye. Boleh baca cerita pasal Muez, yang buta akibat selsema yang kronik.

Aku memang tak boleh tahan kalau kucing tak sihat. Susah macam mana pun, takde masa macam mana pun, carik jugak masa bawak diorang pegi vet. Sebab kalau dah parah baru nak pegi vet, memang sempat la kucing tu kurus kering. Poket pun sedia ajelah.

Dalam pada aku cepat bertindak ni pun, anak Bella sekor tu sempat la kurus. First sebab dia tak dapat nenen. Lepas tu sebab dia pun selsema. Sedihhhhhh..

Tapi alhamdulillah, semuanya beransur pulih lepas makan ubat dan supplements ni. Lega lah. So lepas ni sape-sape yang nak cuba resepi simple ni, boleh la cuba hahaha..

Oh ya, aku tahu kalau aku tak masukkan perenggan ini dalam entry, mesti ada yang akan tanya “A/D tu kan ada unsur babi di dalamnya, boleh ke bagi kucing makan?” Aku sendiri pernah dengar orang cakap “Kucing saya sakit, takde selera makan tapi saya tak mahu bagi makan A/D sebab ada babi di dalamnya” – pesen sanggup biar kucing kurus keding 🙁 So saddddd…

Ustaz Azhar Idrus cakap,

“Sekiranya makanan kucing yang ada kandungan daging / gelatin / lendir babi yang dicampur adukkan di dalam mesin, kemudian kita bubuh di atas lantai rumah kita nak bagi kucing makan….Kemudian kucing itu pula makan tidak habis…Kalau dibubuh makanan tersebut di dalam pinggan kita, adakah kita wajib basuh dengan air tanah..???

Jawapannya adalah :

 “TIDAK WAJIB”

Yang wajib kita basuh dengan air tanah 7 kali adalah babi, lemak babi, tulang babi, daging babi, kulit babi yang masih berjisim. Yang masih ada bentuk. Kalau takde bentuk, basuh dengan air biasa.

Tu ye jawapannya. Boleh tengok video Ustaz Azhar Idrus dan penerangan beliau tentang isu ini. Siap tepek ni ha, cuma tekan butang “Play” je, kikiki..

Sekian, terima kasih 🙂

6 thoughts on “Nestum Untuk Kekenit”

  1. izz, thanks alot.kucing kat umah tengah selesema,hilang selera makan..kesian pulak.thank resepi ni.terima kasih yer share.

    1. semoga cepat sembuh. Musim hujan panas tak menentu ni, kucing memang mudah kena penyakit 🙁

  2. sekarang saya gantikan A/D dgn Avoderm..harga lbh kurang RM8 satu tin..
    tapi kalau takde Avoderm, terpaksa bagi A/D jugak, nyawa kucing lbh utama..tersentuh b@b! blh samak ape

Comments are closed.

Related Post