Kitties,Sookie's Store Perut Siapa Tu?

Perut Siapa Tu?

Hai. Nama kita Kakak Manja. Ya, kita lagi. Sebelum ni kita update dah. Hari ni kita rasa nak update lagi. So kita update lah. Kalau nak harapkan si kakak tu, entah bila la agaknye kannn…

Sebenarnya baru-baru ni kita telah menganjurkan satu pertandingan. Nak tahu pertandingan apa? Haaaa… jemput teruskan membaca 🙂

1

2

Murni tu sibok je menyampuk time kita carik Eva. Dah la budak kecik bantut, hehe.. Tapi sian Murni ni tau, dia ni tak minum susu ibu. Dia minum susu kambing. Sebab mak dia takde. Orang buang dia. Pastu aritu kakak dah bagi dia for adoption, tapi tak sampai bape hari entah, kakak jaga dia semula. Sebab orang yang adopt tu tak reti kot, baru jaga bape hari je dah selsema dan kurus kering si Murni, nasib tak mati. Kesian sangat.

Sekarang Murni dah bulat semula dah, yay!

3

4

Ni Murni yang terkini. Perut boroi bukan sebab bercacing ye. Dah tiga kali deworm dah dia ni. Dasar kuat makan punya budak! Anyway, kita tak jeles pun nama sebenar awak Murtabak Mini. Sebab nama kita Kakak Manja, lagi glamer taww… hihi

6.1

7

8

9

Ini Revalina. Nama manja, Eva. Nama glamer sikit, kereta viva. HAHAHA.

Eva ni pernah mempunyai tiga bayi comel. Bayi kucing semuanya comel kan? Masa dalam pantang, Eva ni macam monster dengan sumorang. Dengan kakak je dia baik. So rude. Dengan meow lain sumenye dia nak angryyyyy je memanjang. Emosi tak stabil, hoh. Dengan anak-anak dia, kemain lagi dia layankan macam anak raja. Anak lompat atas kepala ke, bergusti atas badan ke, langsung tak kena marah.

Tapi dengan kita? Padahal kita ni duk diam je lepak dalam rumah kita, tetibe je nak attack kita. Why you gotta be so rude? Don’t you know I’m a cat too? heheh nyanyi skit.

Eleh Eva tu ngade je, macam la kita nak kaco anak dia. Macam la kita tak pernah beranak masa jaman kegemilangan kita dulu.

Lepas anak-anak Eva diberi adoption, tetibe je Eva jadi sopan santun dan mesra alam. Baik nau sampai kita pun naik heran.

010

011

 Saja je kita “puji” Eva, hehehe.. Padahal Eva tu bulat seperti bola, sape la yang tak nampak beliau kan? Hahaha…

012

 Pastu kena sound dengan Supervisor Kelly hik hik

013

Eh tetibe hari tu kita rasa gembira je nak kaco sumorang. Kita panggil Kelly, Kellyphant. Yakni adik-beradik dengan elephant hahahahahah.. Tapi Kelly ni bahaya, bila marah, dia suka cakar, grrr.. Tapi dengan kakak, dia baik pulak. Kenapa sume nak baik dengan kakak? Haaa.. mesti sebab kakak cedok tahik dia kan? HAHA.. Eh chop, tapi haritu kakak kena cakar kat muka jugak kahkahkah! Takde la istimewa sangat kakak di mata Kelly ni :p

Haaa.. sape nak tengok gambo Kelly dulu, waktu kakak kenal dia, boleh klik sini.

014

015

 Ni lah pertandingan yang kita anjurkan

016

017

018

 Sebab kita nampak Mek Na dengan Mek Yam, lalu kita mintak pandangan diorang.. Tapi tetiba Mek Yam bikin panas pulak, hihi..

019

Mek Na ni dulu dijumpai dengan keadaan bayi tergantung tak boleh beranak. Kelam kabut kakak bawak beliau pegi vet. Kena C-sect untuk keluarkan bayi lagi 2 ekor. Bayi yang tersangkut tu tak dapat diselamatkan. Ni gambarnya. Pastu kebetulan lepas tu ada pulak 2 lagi bayi menumpang kasih sayang, dah la sama sebijik corak dengan anak beliau. Ke-empat mereka sudahpun di-adopt 🙂

Mak Yam pun tragis juga. Beliau dan 3 anaknya kena buang dalam kotak sempit tiada lubang udara. Kakak cakap, masa dia jumpa, diorang semua tercungap-cungap, entah dah berapa lama kat situ. Ish ish.. Anak-anak Mek Yam semua dah diberi adopt. Mek Yam je takde sape nak masa tu sebab dia kurus muka cengkung masa tu. Boleh klik kat sini untuk tengok gambo Mek Yam dulu. Oleh sebab takde sape nak adopt Mek Yam, last last kakak je yang jaga lepas tu dedua jadi montel macam pisang montel.

Sekarang kemain seksi dah makcik berdua nih, hehehe..

020

021

 Tengok tu kita tayang perut boroi kita. HAAAAAA.. cer lawan.. cer lawan.. hehehe..

022

Ceh budak Luna ketot ni, sibuk je nak masuk acara dewasa. Awak tu ketot dan kekanak yang baru lepas kena spay. Jangan sibuk nak join pertandingan, hihi.. Luna ni anak supervisor Kellyphant. Tapi Kelly ialah mak tiri yang garang. Dengan anak dia pun kemain garang lagi.

Mak yang baik ialah Bella Belon, yang masih lagi membenarkan anaknya mengopek hingga sekarang, sudah lebih satu tahun. Walaupun takde susu sebab dah berkurun dan kena spay. Syok sendiri je tuh, hehehe.. Dan Bella masih tolong cuci bontot anaknya, kikikiki..

023

 Haaa, dengar tu Luna? Juri Nano tak bagi awak join. Dah dah, bebudak sume pegi duduk ujung sana dendiam

024

025

Bella tengok dari jauh je pertandingan ni. Malu nak join la tu. Malu tapi mahu. Macam tak tau, kan Bella kan? HAHAHAHA..

Oleh kerana ini pertandingan pertama yang kita anjurkan, jadi kita telah menjemput tetamu khas untuk membuat pengumuman siapakan juara pertandingan perut peringkat kedai Sookie’s Store.

Tetamu khas itu ialah……………………….. JEYIIIIIIIIII.. *tepuk tangan*

026

 Terima kasih Jeyi, sila ke belakang pentas semula, hehe..

Dan seperti yang dijangka, pemenangnya ialah kitaaaaaa, yakni Kakak Manjaaaaa.. yahoooo.. Yelah tengok la perut kita. Bukankah mengkagumkan?
027

Sebenarnya kita rasa aneh juga macam mana kita boleh montel sangat padahal kita makan RC Light tau, yakni kibbles untuk berdiet. Low calorie tu. Kakak pun topap makanan kita sehari dua kali je, tak banyak pun. Kita syak kadar metabolisma kita rendah la, sebab tu laaa,, hihi, tetaplah diri sendiri yang kuat makan ni tak salah kannnnn..

Berat badan kita yang terkini ialah 4kg+. Dr Lean datang untuk vet visit setiap bulan dan check kita sekali. Yakni check bontot kita okey ke tak, kaki kita okey ke tak. Tapi setiap kali pun kena warning “Kakak! You kena diet laaa, mana boleh gemok sangat nanti tak boleh nak bawak badan..”

Baiklah dokter, esok kita diet :p

Bai

Related Post