Kitties,Pet Shop,Sadness Selamat Tinggal, Kakak Manja..

Selamat Tinggal, Kakak Manja..

Dah lama tak update blog.. cerita terakhir ialah pasal Kakak Manja.. yakni cerita dua tahun lepas.. dah lama kan?

Hari ni pun nak cerita pasal Kakak Manja..

Kakak Manja dah tiada lagi di dunia ni.. Dia dah tinggalkan kita semua untuk bersama dengan kawan-kawannya yang lain kat sana.

wp-1473920421451.jpg

Kakak Manja dah pergi 2 hari sebelum Hari Raya Aidilfitri baru-baru ni..

Kakak hadapi masalah sembelit dan didapati kurang makan dan kurang minum air. Jadi dia dibawa ke vet. Doktor berjaya keluarkan najis yang sembelit tu..

Blood test juga dibuat sebab doktor cakap kakak nampak lemah sangat. Hasilnya, doktor mendapati buah pinggang kakak tidak berfungsi dengan baik dan dia dehydrated.

Dulu lagi doktor ada cakap, condition kakak yang lumpuh mungkin akan merosakkan buah pinggangnya satu hari nanti.

Kakak tak sakit lama.. beberapa hari je. Tak sempat nak bawak balik, Kakak dah pergi dulu. Masa tu ngam-ngam je sampai klinik untuk bawak balik Kakak agar dia dapat habiskan sisa hidupnya dengan kami.. apakan daya Kakak dah tak tertanggung lagi sakitnya dan tinggalkan kami tanpa kita sempat ucapkan selamat tinggal.

Maafkan kami, Kakak Manja.. maafkan kami..

Kami doakan Kakak berbahagia di sana. Kakak dah boleh lari laju kat sana. Kakak tak lumpuh lagi.. Kakak dah boleh main kejar-kejar dengan kawan-kawan..

wp-1473921269520.jpg

Semoga suatu hari nanti kita berjumpa lagi. Jangan lupakan kami ye.. sebab kami tak akan lupakan Kakak. Pengalaman menjaga Kakak, kami akan kenang selama-lamanya..

 

Related Post