Kitties American Curl? Scottish Fold?

American Curl? Scottish Fold?

Korang pernah tengok kucing baka American Curl? Kucing tu pada pandangan aku, nampak macam kucing biasa, cuma telinga dia cacat. Hahahahaha. Bukan cacat apa, telinga dia berlipat ke belakang. Dan sebab keunikan telinga inilah yang buatkan kucing ni famous dan berharga mahal.

American Curl5

 inilah American Curl – Googled

Suka ke? Comel, tapi aku tak minat. Kalau nak kucing bertelinga pelik, aku lagi prefer Scottish Fold, yang mana telinganya berlipat juga, tapi dia terlipat ke dalam pulak, hikhik.

Scottish Fold – Googled

Comel gila kan, dah la muka bulat chubby. Scottish Fold memang muka bulat. Rasa nak penyetkan je. Aku rasa inilah antara baka paling comel selepas apa saja kucing yang shorthair. Hehehe. Eh aku suka ok kucing berbulu pendek. Sebab kurang shedding dan tak payah sikat selalu. Ada jugak kucing yang hairless, tapi aku cam simpati pulak kucing yang hairless ni. Cam mutant. Cubalah Google ‘Bambino Cat’. Kucing ni kacukan Sphinx dan Munchkin. Lalu dia, erm… bogel dan katik, hehe. Kesian. Nak letak gambar kat sini pun tak sampai hati. Bambino means ‘baby’ in Italian. Nama Bambino cam comel kan, ha cuba tengok. Kot la korang suka, hehehe. Persian aku tak minat. Sebab kuat menangis. Sampai hitam hitam mata dok nangis je. Hahaha.

Kat Facebook, ada la a few page yang offer free cat adoption, pastu ada jugak la nampak orang tulis kat wall diorang, tanya kalau-kalau ada kucing, diorang nak adopt. Tapi nak yang comel, yang gemuk. Siap ada yang tanya kalau ada kucing baka best best macam Scottish Fold, Americal Curl for adoption. Menyirap terus aku.

Tak faham ke page tu dah la offer free adoption untuk kucing yang biasanya kucing jalanan, ataupun yang orang taknak bela sebab dah terlampau banyak kucing (kes tak mandulkan kucing, ciss!!)  Macam mana kau tergamak request kucing yang comel, yang gemuk? Kalau kau nak kucing tu gemuk dan sihat, itu tugas kau la untuk jaga dia sampai dia gemuk dan sihat. Nak kucing comel? Oii, kucing semuanya comel lah, kalau dia sihat. A-oi, Hime, Ichii dan Lilo tu, kau ingat diorang comel terus ke masa kitorang mula jaga? Hodoh ok.

Gunalah akal. Takdenye orang nak letak American Curl for adoption. Kau nak, pergi la cari dekat breeder. Kau ingat dulu aku jumpa Hachiko dan Sookie kat SPCA ke? Dalam longkang? Kat restoran?

Okaylah, kepada mereka yang tinggal di Kuantan dan berminat nak American Curl, bagitahulah ye. Ada 3 ekor American Curl untuk dijual. RM2000 setiap satu, pure breed. Mungkin boleh nego, tapi nego lah sendiri hahaha. Kalau tak silap aku, dah complete vaccine. Bukan aku la jual. Orang lain. Kucing aku bukan untuk dipinjam, apatah lagi untuk dijual. Heheh.

Oh ye, sebelum berpisah, terimalah gambar American Curl rumah kami.

DSCN8022 [640x480]

 A-oi Curl. Hahahahahahaha.. telinga terlipat selepas mencuci muka

DSCN7647 [640x480]

si gemuk yang dulunya hodoh

11 thoughts on “American Curl? Scottish Fold?”

  1. samalah. Aku memang menyirap kalau dengar orang nak baka yang mahal2 je for free. Tapi usually tak reti jaga. Kucing jalanan cakap geli2 tapi ade hati nak bela kucing mahal2. Berak die org tu sama je busuk nye die orang kena angkat nanti 😀

    1. kan.. lagi tension kalau org tu takde experience bela kucing, tapi kemain lagi ko punya demand. Kucing aku si Hime yang putih tu, jumpa dalam longkang je. Seakrang elok pun kemain comel, putih melepak. Betul cakap ko, berak sama je busuknya.

  2. aku tak kisah baka apa..janji muka dia bolat! gendut or not, tu tugas aku aa lepas tu..janji frame dah ada..isinyer, pepandai sndri aa kan sumbatkan..

    1. kan, macam ini la bagus. Memang tugas tuannya pun nak bagi gemuk dan comel. Aku rasa memang patut ko culik kucing oren yang suka dtg opis ko tu, hehe. Tak pun jadikan dia kucing office. Hehe.. so semua orang dapat gomol dia hari-hari..

    1. Ha’ah Hello Kitty, tapi handmade punya je Oleen. Murah je. Sebab nak test tengok diorang selesa ke tak pakai benda tu. Husband i tak setuju sangat, sebab bila makan wet food, tag tu masuk sekali dalam mangkuk -_-

Leave a Reply to dils Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post