Kitties Jalan Jalan Tengok Lampu

Jalan Jalan Tengok Lampu

Membawa Hachiko untuk temujanji dengan vet bukanlah perkara mudah. Sebab dia tak suka duduk dalam carrier seekor diri (seekor diri?). Rasanya paling lama dia duduk dalam carrier ialah masa kitorang ambil dia dari cattery tu je. Yakni lebih kurang enam jam. Masa tu dia baru lagi dengan kitorang kan, so dia malu-malu agaknya, maka tak banyak bunyik. Kalau dia ada teman, macam masa pergi Kuala Terengganu baru-baru ni, ha yang itu okay. Diam tak berbunyik pun.

Tapi kalau dia bersendirian, mampuih la ko dengar dia buat lontaran suara kalah Ning Baizura. Suara Bengal lain dari suara kucing biasa. Dia punya meow tu lebih garau dan kasar.

So ada satu kali tu, suami balik kerja lambat. Klinik tutup pukul 9 malam. Lepas maghrib tu, suami suruh aku dan Hachiko ke klinik. Nanti dia dari office, terus ke klinik jugak. Kiranya jumpa kat sana teruslah. Fine. Aku pun persiapkan carrier untuk si capang tu.

Lepas je aku masukkan dia dalam carrier..

IMG00271-20111109-1945 [640x480]

ย Hime lancarkan operasi menyelamat.

Beriya-iya sangat dia cuba capai Hachiko. Konon nak selamatkan Hachiko dari terkurung dalam tu lah. Masa tu si capang tu tak berbunyi lagi.. Diam je.. dia ingat aku tengah main hide and seek dengan dia ke apa?

Masuk je kereta, start je enjin, dia pun mulakan nyanyian dia. Memula okey lagi.. Lepas tu makin lama, makin kuat. Makin aku ajak dia bersembang, makin dia membebel tak henti-henti.

IMG00273-20111109-2005 [640x480]

ย Rupanya nak duduk macam ni

Nak tengok lampu gamaknye. Sebab biasanya aku yang jaga dia kalau suami driving. Memang atas dashboard tu la tempat dia. Tapi dia ni cepat besar. Bukan la besar apa, badan dia memanjang. Dulu masa baby, boleh la duduk atas dashboard. Sekarang tak muat dik oiiii.. Perhatian: Gambar ni semua aku ambil masa dah parking ye. Ko gila nak amik gambar kucing time driving?

IMG00275-20111109-2005 [640x480]

ย Budak yang dah besar dan penuh dengan kegembiraan

IMG00276-20111109-2005 [640x480]

ย Carrier cuma jadi tempat dia berpaut je. Amboi amboi

IMG00277-20111109-2005 [640x480]

Terjenguk-jenguk tunggu abang long dia

Bengal bukan jenis kucing yang perlu gemuk. Tak perlu ye. Bengal yang gemuk sangatlah hodoh. Bengal kena slim dan tough. Barulah corak kat badan dia tu nampak cantik. Aku tension kalau orang tengok gambar Hachiko and cakap “Eh kurusnya kucing you” – Hello sila cuba dukung. Tengok lepas tu ko lenguh ke tidak. Dia ni berat okeh walaupun nampak slim.

Cepat besar pulak tu. Dulu dia paling kecil. Sekarang dia dah sama size dengan Lilo ddan Ichii dah. Champion betul ๐Ÿ™‚ Naughty pun ye jugak. Nasib la ko kucing. Kakak sabar je la dengan kerenah ko. Tapi dalam pada sabar tu, terpekik-pekik jugak la aku membebel kat dia. Membebel yang tiada erti sebab bukannya dia faham pun. Hahaha.

Ok dah. Baii..

Tags:

15 thoughts on “Jalan Jalan Tengok Lampu”

  1. saya ni baru2 je nak blaja bela kucing..with zero knowledge & experience. kebetulan jumpa website u ni, it helped a lot! ๐Ÿ™‚ saya nak tanya, kucing2 u ni masuk sangkar tak? sebab saya rasa mcm kesian la pulak terkurung je..saya lepaskan lepas balik keje..then malam masa nak tido masuk sangkar balik. is it ok utk lepas kan je dia dlm rumah? pls advice… thank you ๐Ÿ™‚

    1. hi Az, thanks sbb baca blog ni ๐Ÿ™‚ a year ago pun I takde experience jaga kucing, hehe. Takpe, slowly belajar kan, hehe. Kucing i ada 6 ekor semuanya. Hachiko je yang tidur dgn i. Yang lain semua tidur dlm cage bila malam. 4 ekor tidur 1 cage, lagi sekor tu tidur separate cage sbb dia makan kitten formula cat food. Another 4 dah mkn adult food.

      Biasanya pagi, kekucing tu masuk rumah. Kekadang bagi main kat luar rumah jugak, tp tak lama la.. sekadar nak bg dia release tension je kononnya, haha. Dalam rumah i ada letak litterbox jugak, in case diorang nak buang air. Food & water pun ada. I memang biasakan diorang bila malam je, mesti tidur dalam cage, no matter what. Bukan apa, senang kalau bila balik kampung and hantar boarding, diorang tak rasa stress. Sbb bila boarding kan kena kurung jugak.

      Kalau you keje, takpe je kurung.. lagi elok. At least makan minum terjaga, berak pun kat tempat dia. And takde la kena kacau dgn kucing lain jugak. Kucing you bape ekor? Besar mana dah?

      1. hehe..memang..happy giler kalau dpt lepas. kalau u gi jenjalan @ balik kampung, mmg anta gi boarding eh? haritu kitorang balik kampung sehari, angkut dia sekali sebab tak konfiden nak tinggalkan kat umah. 4 jam dalam kete..nasib baik tak buat perangai. kena aircond, lelap terus. mengada! ๐Ÿ™‚

        1. since your cat ada sekor je, maybe you boleh belikan dia lebih toys. Kucing suka mainan yang sebatang plastik, ujung dia ada bulu-bulu colourful dan ada loceng.. Nanti dia kejar melompat-lompat. Hehe. Kelakar tau. Jangan lupa belikan scratching post supaya dia tak mencakar perabot u.. Actually i ada draft satu entry pasal what to prepare kalau ada new kitty (for those yang takde experience), tp belum post lagi, hehe. Nanti i siapkan & post entry tu.

          Ha’ah memang elok u ajar dia naik kereta supaya later tak takut naik kereta. Tp 3 hours before journey, jgn bg dia makan or minum. Kalau dia kenyang nanti takut berak or kencing or muntah dlm kereta. Kucing i boleh tahan 6 hours (the longest so far), tanpa makan or minum anything masa dia 3 bulan. If you letak dalam carrier, alaskan dengan towel tebal sikit supaya dia dpt tidur selesa dan tak tergelincir bila kita belok kiri kanan.

          1. tak sabar2 nak baca entry tu ๐Ÿ™‚ as a beginner, saya lebih suka dgr & baca pengalaman orang daripada try & error sendiri2..ye lah..benda bernyawa kan..takut pulak kalau sampai tahap menganiaya.

            FYI, setelah baca blog u dan tengok gambar2 yg ada kat dlm ni, saya start hunting for toys nak bagi dia main2. tapi kat melaka ni mcm tak byk pilihan..but i managed to buy tiang yang ada lilitan tali & ada loceng mcm yang saya nampak kat dlm gambar. ๐Ÿ™‚ mula2 dia tak main,dekat pun tak nak tapi lepas sehari..she started to enjoy the tiang. bukan main gumbira lagi. saya try carik scratching post tapi tak jumpa la pulak.

            and 1 more thing yang saya belajar dari blog ni, ialah kitten food mesti free-flow. sebelum ni hubby bagi makan 2 kali je sehari, pagi sblm gi keje & petang lepas balik dari keje. mcm kesian kan tak cukup makan. so lepas baca tu, terus food supply 24/7 ๐Ÿ˜‰ mesti budak kecik tu pun terkejut apesal la tetiba makanan jadi banyak ni. hehehe

          2. ha, tiang yang ada tali lilit tu scratching post la tu. Tempat dia main cakar-cakar untuk tajamkan kuku. Hehe.

            Vet la yang ajar i, first year ialah masa untuk dia membesar.. biar dia makan sendiri bila dia nak.. and once kenyang, dia stop sendiri. Tapi jgn letak banyak gila pulak dlm bekas makan dia.. takut masuk angin.. some kittens tak suka makanan masuk angin (macam Hachiko). As long as bekas makanan dia ada food, itu dah ok ๐Ÿ™‚ Some people, dia bagi makan 6 kali sehari, sebab taknak makanan masuk angin. Tapi kalau suri rumah, bolehlah layan 6 kali sehari kan.. cam kita yang kerja ni, mana mampu buat camtu.

            Kucing yang takde geng, kita kena layan lebih sikit la.. kalau ada kawan kucing yang lain, tak apa, sebab diorang boleh main wrestling wrestling sendiri.. hehe.

  2. ohh…gitu eh.. bukan apa, setiap kali tengok cage rasa mcm kesian sgt sebab dia sekor je. tu yang rasa ok ke tidak kalau lepaskan je..but then takut pulak kalau dia membuang merata2 nanti. so far dia mmg membuang kat dlm litterbox. saya baru bela sekor, sebab belum biasa lagi. dia baru 2 1/2 bulan. kecik lagi. saya go through blog u ni since jumaat lepas & dpt byk info pasal kucing. seriyes tak tahu apa2, bela pun sebab anak2 nak sangat ada pet.

    last week gi anta dia kat vet, deworming & deticking. doktor tak bagi buat vaccination lagi sebab baru bela..dia suruh dtg lagi 2 minggu. ada member kata, lepas vaksin, kucing dia demam. kucing2 u ok tak lepas vaksin?

    1. Kalau ada org yg pantau, takpe je lepaskan dlm rumah, tapi make sure dia tahu mana litterbox dia kat dalam rumah supaya dia tak membuang merata. Maybe u boleh ajar dia duduk dlm rumah during weekend.. so u ada untuk tengokkan dia.. Mcm i dulu, masa Sookie (the fluffy one) tu 2.5 months, my mom tengokkan bila i pergi kerja.. tapi still biar dia dlm cage, sbb takut anak buah i geram & picit dia, haha. Sebenarnya kalau dia kecik lagi macam besar 2.5 bulan tu, tak apa biarkan dalam cage.. sebab dia pun akan byk tidur je dari berjaga. And kalau dia tgh tidur, jangan kejutkan. Lagipun i assume dia masih baru dalam family you kan? Biar dia familiar dgn new family slowly. Bukan apa, anak kucing ni cepat fobia.. kalau contohnya u biarkan dia dalam rumah, and dia pun sekor je kan takde kwn kucing lain, then contohnya ada budak kecik sergah dia ke, picit dia ke, nanti dia jadi fobia and sampai besar nanti tak suka manusia and akan lari bila nampak kita.

      1. so far, tengok dia paling lena masa dalam kete on the way balik kmpg aritu. kalau kat rumah, jarang dapat tengok dia tido. kalau lepaskan, dia leka main2 then kalau penat dia lepak kejap pastu main balik. kalau masuk dlm cage, dia duduk pastu start la berdiri cakar2 mcm nak keluar. kalau dia tido pun mcm sekejap je, tak lena sgt. pasal fobia tu, betul lah..dia belum biasa lagi & tak manja sgt. kalau nampak, mcm nak lari.

        satu soalan, memang nafas dia kencang dan bunyi2 ke? is that normal?

        1. usually kalau dia nampak orang, memang dia mintak keluar dari cage, macam-macam trick diorang. Haha. Tapi kalau takde orang layan dia, memang dia akan senyap dan tidur, hehe. Kalau bela kucing and ada bebudak kecik dekat rumah, kena juga educate diorang, ajar cara pegang yang betul sebab kittens ni fragile, and kena pesan jgn kejar and jangan jerit dekat kucing. Kita nak kucing tu manja dengan kita kan.. bukannya takut dengan kita.. Agak cerewet juga kucing ni masa early stage macam ni..

          Nafas dia kencang is normal sebab dia excited dan banyak main ๐Ÿ™‚ My sookie sampai besar nafas kencang macam orang semput.. haha.. tapi doc kata takde itu normal je.. jangan lupa hantar for vaccination nanti okay.

          1. owh..occayy.. tu la, ada terfikir gak kesiannye dia sorang2, takde kawan sepermainan..cewah. tapi nak tambah sekor lagi belum konfiden plak. anyway tqvm utk semua info & advice. it really helps! ๐Ÿ™‚

Leave a Reply to az Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post