Kitties Drama Si Primadona

Drama Si Primadona

Kali ini aku akan bawakan kisah si drama queen rumah kat rumah aku. A-oi nama dia.

Semalam aku balik kerja, nampak para kucing semua kat dalam banglo diorang. Aku ingatkan diorang kena denda sebab  buat nakal. So aku pun keluarkan la. Sekali masa A-oi melompat nak keluar, aku nampak belakang badan dia botak!

Wahhh ape kena la pulak kan. Haritu dah la cedera tercucuk mende tak tau. Mulalah berdebar. Ni bergaduh dengan kucing mana la pulak. Ke sebab dia bergaduh dekat luar, tu yang kena grounded tu. Ke ada budak nakal pegi cukur bulu dia? Cinabeng la kalau bebetul kena cukur, memang kalau aku jumpa budak tu, aku bagi pelempang. Jangan ko berani sentuh kucing aku ye.

aoi (2)

 tengok tu. BOTAK!

Geram betul aku tau. A-oi tu takkan jalan jauh punya laaa.. Si mangkuk hayun mana la pegi kidnap dia siap cukur kan. Punyalah aku susah hati. Siap check ada tak kesan luka ke, kena gigit ke. Takde. Tapi memang nampak macam A-oi banyak menjilat dekat area botak tu. Sebab nampak la kesan jilatan.

Padahal memang pun aku plan nak bawak depa ni pegi deworm lepas Maghrib tu. Tapi bila tengok keadaan A-oi macam tu, terus la aku bersiap nak bawak dia pegi klinik terus.

Sebelum tu aku intebiu mak mertua aku dulu. Tanya apakah yang dah berlaku dekat si A-oi ni. Mak kata rupanya diorang ni satu hari tak keluar dari banglo tu. Mak suruh Azri keluarkan diorang lepas balik sekolah, tapi Azri tertidur pulak. Tu yang sampai ke petang masih kat dalam. Mak syak dia bergaduh dengan Ichii atau Lilo. Tapi aku rasa tak mungkin. Sebab diorang tu rapat. Setakat bergomol biasa tu normal la, tapi tak mungkin sampai tercabut bulu camtu sekali.

Dalam kereta A-oi baik je tak berbunyi. Tapi Hime yang bising. Oh, aku bawak Hime sekali sebab nak bagi dia deworm jugak. Hime tu biasalah, masuk kereta je terus histeria.

Kat klinik A-oi mengamuk. Dia protes taknak keluar dari carrier dia. Duduk kat hujunggg sekali lepas tu beratkan badan dan bontot. Pandai kan budak ni buat perangai? Bila doktor check, dia marah. Tak bagi nurse pegang. Tak bagi doktor sentuh. Aku pegang je boleh. So doktor pun check dia sambil aku peluk si A-oi ni. Mulut dia tak berhenti membebel. Marah la sangat konon.

Rupanya si A-oi ni over grooming!!!!

Ya Allah kakak punya lah risau, siap dah fikir dah budak nakal mana la punya kerja pegi cukur bulu kau. Rupanya kau over grooming?! Doktor cakap ada banyak sebab kucing over grooming. Sama ada dia boring, stress, atau irritation. So doktor check la setiap pelosok bulu dia, kot ada flea ke lice ke. Tapi takde.

Apa pun doktor bagi dia injection untuk kurangkan irritation. Punya lah dia bengang kena cucuk. Haha. Agaknya si A-oi bosan duduk seharian dalam banglo semalam. Tu yang bila badan gatal sikit je, terus dia over groom. Hadui.

aoi (3)

 Merasa la ko pakai e-collar ni lagi ye

Memula aku tak bagi dia pakai benda ni, tapi aku tengok dia dok la jilat bahagian botak tu. Sampai terteleng teleng kepala. Ha amik ko, pakai la e-collar semula. Pastu aku letak antibacterial jelly tu. Bagi kurang gatal.

Doktor kata kulit A-oi macam kering. So dia bagi Royal Coat, makan satu hari sekali. Bau macam Scotts’ Emulsion. Hime pun kena makan. Bagi A-oi makan ubat, biasalah.. siap bersilat. Bagi Hime makan ubat, tak payah pegang. Letak je syringe tu tepi mulut dia, terus nyap nyap nyap telan. Sedap gamaknya.

Aku tanya kat doktor, apa kenalah perangai si A-oi ni macamkan budak bermasalah. Masuk klinik je terjerit-jerit. Doktor kata, bukan dia tak suka klinik. Tapi dia tak suka tempat yang dia tak kenal, orang yang dia tak kenal, kucing yang dia tak biasa. Pendek kata, si A-oi ni kucing yang tak sukakan pembaharuan. Dia cakap, kalau bawak A-oi pegi mana-mana selain dari rumah dia, konfem buat perangai. Kiranya toksah berangan la nak ada kucing baru. Doktor cakap A-oi suka bersendirian.

Memang betul pun. Kalau main kat luar rumah pun, dia lagi suka main sorang dia je. Haritu masa musim hujan, aku suruh diorang semua duduk dalam rumah je. Yelah hujan kan, apa ko nak demam? Dah la payah makan ubat kan. A-oi protes. Dia mogok makan, dia stress, dan badan dia susut masa tu. Aku tahulah kucing aku kan. Tak timbang pun aku tahu badan dia susut.

Habis musim hujan, aku cakap kat husband, cuba kita bagi A-oi keluar rumah, tengok mood dia boleh baik semula tak. Memang betul. Lepas tu dia makan secara normal dan berat badan pun naik semula. Doktor kata ikut ajelah kemahuan dia. Sebab kalau dia makin stress, boleh kena masalah mental.

Ko hingat manusia je boleh jadi gila?

aoi (4)

 Budak kuat stress

Kenapalah manja sangat awak ni A-oi? Siap pandai protes tu yang tak boleh blah. Hahaha. Perangai A-oi ni berubah sejak masuknya Sookie, Hime dan Hachiko. Yang junior junior ni dia memang tak suka. Pantang betul kena usik dengan diorang bertiga ni, siap la dia ngamuk.

aoi (1)

Kesian sayang kakak ni.

Harapkan Azri je lah tolong manjakan si A-oi ni. Semalam balik klinik, depa siap baring berpelukan depan tv. Kemain lagi. Dengan aku, payah la sikit. Sebab Hachiko memang ikut je bontot aku ke mana-mana. A-oi kan tak boleh blah dengan Hachiko. So better la aku tayah menambah hangin dia. Kang tetengah aku peluk A-oi kang, ada je si kenit tu meow meow. Time aku ajak A-oi main, mesti si kenit tu sibuk sekali. Haha. Sabar jelah.

Get well soon A-oi 🙂 Kakak loves you..

7 thoughts on “Drama Si Primadona”

  1. Adoi kesiannya Aoi. Macam-macam sifat rupanya kucing ni. Yang Musa dan Jusoh tu nanti apa ke hal la nanti dah besar sikit nanti. Anyway, get well soon Aoi!

  2. alahai siannyerrr si Diva nih..memacam hal si A-oi weh..kakak A-oi sila jgn kasi dia stress2 dah, same goes to adik Hachiko..kang mental budak tu karang, takde Tanjung Rambutan versi kucen nyer nk di anto..

    1. Ye la kan. Sampai doktor pun cakap kena ikutkan je kemahuan Aoi ni. Yelah yelah. Memang kena layan bak primadona la. Kalau cakap dengan dia pun kena bisik-bisik manja. Hahahahaha

  3. Pingback: Kami Rappers Yo!

Leave a Reply to Iz Yahya Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post