Kitties Kena Mandi

Kena Mandi

Dah lama tak mandikan kucing. Hime yang last aku mandikan, rasanya sebulan lepas. Tu pun sebab dia kotor sangat. Entah main apa sampai hitam hitam belakang badan dia. Geram betul.

Last weekend, aku dan cousin berganding bahu memandikan si kekenit ni semua. Of course la mandi sekor demi sekor kan. Haha. Kitorang mandikan dengan shampu tea tree untuk kucing. Medicated bath to get rid of fleas and lice. Tapi tak banyak buih sangat. Puas aku sental nak bagi berbuih banyak. Haha.

Sebelum mandikan, WAJIB potong kuku depa ni. Kalau tidak, tangan dan badan ko memang macam kena cakar setan. Nasib baik aku dah terer bab potong kuku kucing ni.

A-oi ialah mangsa pertama. Kononnya kamilah yang nak sental dia sepuasnya. Tapi nampaknya kitorang yang menjadi mangsa A-oi. Garang nak mampuih budak tu time mandi. Dia punya jerit dah pasti la menggegarkan bilik air kan. Dia siap gigit tangan aku sekuat hati ye. Sebab marah sangat aku mandikan dia. Hahaha. Eeeee sakit hati tul. Tapi macam kelakar pun ye jugak. Mesti A-oi cakap “Ha aku jerit ko buat tak layan ye, hamik ko kena gigit. padan muka”

Lepas bungkus badan dia dengan towel, terus diam. Sabor jelah. Tu pun nasib baik aku mandikan dalam bilik air. Memula husband suruh mandikan dekat luar. Huii memang takleh la, konfem minah tu cabut lari punya.

Next, hmm.. aku pun tak ingat mandikan siapa. Rasanya Hachiko. Dia ni paling bongsu, baru 8 bulan. Tapi tenaga dia yang paling kuat ye. Hahaha. Tapi memula je la. Dia cam terkejut bila air keluar dari shower head tu. So dia macam nak lari. Tapi bila dah kena air, dia okey je. Keringkan bulu dia paling senang. Sebab super short. Kejap je dah kering.

Sookie paling kelakar. Masa aku tengah mandikan kucing lain, dia sibuk meronda-ronda keliling kitorang. Konon bagi sokongan moral dekat yang kena mandi tu. Poyo gila Sookie.

Masa mandikan Sookie, ada konflik sikit masa memula tu. Sebab dia taknak mandi air suam. Kena mandikan dia dengan air sejuk okey!! Gila punya Sookie. Kucing lain takut dengan air sejuk. Engkau pulak takut dengan air panas. Masa keringkan pun sama. Masa keringkan kucing lain, kena pakai hair dryer je. Bila keringkan Sookie, kena pakai hairdryer dan pasang kipas speed nombor dua! Tapi nak mengeringkan Sookie ni memang mencabar la. Lama betul.

Lilo dan Ichii paling baik. Siap boleh shampu dua round. Thank you sayang. Baik betul korang ni.

Hime, nasib baik badan dia paling kecik. Senang je nak uruskan. Tapi mulut dia bisinglah. Hime memang gitu. Tapi puas juga aku sental dia. Geram dengan Hime ni sebab kebelakangan ni dia suka nak main dekat luar. Main dekat luar tu satu hal, balik rumah mesti comot.

photo (1)

 Hime sebelum mandi. Dia tengah tidur. Aku kejutkan

photo (a)

 Hime selepas mandi. Bulu dia fluffy!! Hehehe

photo

Sleepy cat

Masa aku amik gambar atas ni, Hime memang cam dah tak boleh nak bukak mata dah. Ngantuk gila dia. Lepas mandi, lepas grooming, memang normally diorang akan menghabiskan masa dengan tidur. Letih gamaknya bertarung dengan kakak. Pastu kena grooming lagi bagi bulu kering sepenuhnya.

6 thoughts on “Kena Mandi”

  1. Berpeluh nak mandikan 6 ekor kucing ya. Memang keje besar tu. Akak ni 2 ekor pun rasa tak larat. Terutama sikecik tu, aktif sangat. Kalau Milo yang boroi tu, tak pe. Badan dia berat maka terbaring je lah. Hahaha.

    1. Huiii.. nak mandikan tu satu hal kak, nak keringkan tu satu hal lagi. Keringkan si Sookie tu, sampai rasa fedap nak pegang hair dryer, sebab bulu banyak sangat hahaha. Baiknya la Milo. Senang la akak nak mandikan dia. Saya ni bersilat-silat nak mandikan diorang. Kena pantas dan tangkas, hahahah

  2. aku kalo mandikan kuceng, siap peluh jantan keluar. penat kauuuu. tp aku mandikan depa dlm cage, means susah la nk lari, tp mencabar nak mampuih, masa tu nk sental, masa tu nk kepung depa dari lari. hahahah

    1. Hahahaha.. tu la payah kan. Aku tak pernah mandikan dalam cage. Mandikan dalam bilik ayor je. Tu pun kena sorang lagi tolong pegang. Kalau aku sorang, memang pengsan la hahahaha..

Leave a Reply to Kak Aidah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post