Kitties Kawan Baru Saya

Kawan Baru Saya

Kat office aku, memang ada cat food. Aku beli satu pack besar yang kitten punya. Sebab kalau ada anak kucing ke, boleh la dia makan sekali. Yang mak bapak kucing ni, memang takde hal la makan kitten food pun. Lagi depa suka sebab lebih mengenyangkan.

Aku tak beli cat food yang mahal pun. Cuma yang biasa. Tapi better la dari takde langsung kan. Dulu masa takde kucing, aku tak hirau pun kucing yang lalu lalang. Sekarang ni, aku rasa macam nak bagi makan semua kucing yang aku jumpa. Sebab tu dalam kereta pun ada spare cat food yang paket kecik tu. Bukan setakat dalam kereta aku je, kereta husband pun ada jugak.

Macam biasa, aku letakkan sepinggan cat food kat depan office. Masa tu, terpaksa letak dalam paper plate, sebab mangkuk aku telah dipinjamkan kepada cousin aku yang memerlukan mangkuk tu sewaktu misi menyelamat kucing kat rumah dia. Tak kisah la, paper plate pun, paper plate lah. Asal ada.

Tetibe aku nampak ada sekor kucing datang bertandang..

jeng jeng jeng…

AKu ambik gambar dia dari dalam office dulu. Sebab stray cats ni kadang-kadang takut dengan manusia. Dari dalam office, aku ketuk ketuk pintu kaca tu. Dia nampak aku. Dia tengok aku. Lepas tu dia sambung makan.

Maka aku pun slowly keluar dari office dan pergi dekat dia. Memula dia macam takut, tapi aku usap kepala dia. Terus dia sambung makan. Kucing tu tersangatlah comelnya. Tak tahu ada bertuan ke tidak. Kenapalah ada orang yang sanggup biarkan kucing dia berkeliaran macam ni? Atau lebih kejam lagi, kenapa kau buang kucing kau ni? Comel siot.

 Tengok tu, cantik kan warna dia

Dia makan lahap sangat. Macamkan berhari-hari tak makan. Tapi badan dia pun takdelah keding sangat. Bila tengok makanan tu makin surut, aku masuk dalam office sambil pesan kat dia “Kakak masuk amikkan awak food lagi ok. Tunggu tau..”

Aku tambah food dia. Makin laju dia makan. Senang hati aku. Siap pesan, “Kalau awak tak bertuan, nanti datang sini lagi okay? Kakak bagi food lagi..”

Entahlah dia faham ke tidak. Tapi lantaklah. Aku assume kucing faham semua jenis bahasa. Hehehehe. Lepas kenyang, dia cuci muka dia sambil jilat jilat. Lepas tu dia duduk bebetul depan pintu opis aku.

Macam ni. Bebetul depan pintu opis aku.

Tengoklah mata dia warna biru. Cantik kan? Kaki tangan dia ada belang belang sikit. Aduiiii comel sangat. Warna dia macam Snow Bengal. Cantik gila..

this is Snow Bengal, sama tak?

Mengantuk selepas makan.

Kitty ni teman aku berbual-bual sampai la mata dia terlelap. Vocal sangat dia ni. Pandai menyahut bila orang berbual dengan dia. Yelah aku kat office kan ada sorang je colleague. Tu pun dia selalu keluar. So berkawanlah aku dengan kucing. Hahaha.

Bila aku tengok dia dah terlelap sambil berbual tu, aku pun masuk la opis. Sekali bila dia tengok aku takde depan dia, dia pandang aku dalam opis sambil meow meow ajak aku keluar.

Amboi, attention seeker sangat kau kannn.. Nasib baik comel. Lalu aku keluar balik sambung berbual dengan dia.

14 thoughts on “Kawan Baru Saya”

  1. Ha ahlah cantik kucing tu. Akak ni, kalau tak sebab dah cukup kuota, memang akak kutip segala kucing di tepi jalan. Kesian. Hari tu vet Milo, Dr Yasser Arafat tu buat pemandulan besar2 an kat kucing jalanan di Johor. Dia kata satu hari sampai 40 ekor kucing dia buat. Semua sukarela je sebab tak nak makin banyak kucing dibuang dan dizalimi lagi. Akak tabiklah dgn Iz yang sentiasa simpat cat food utk strays ni dan Dr Yasser tu. Terharu.

    1. Akak duduk apartment kan, lagi la payah nak bela kucing byk2. Saya ni dah ada enam, cukup la kot. Kucing ni kalau dia sihat memanjang, memang senang jaga. Tapi kalau dia sakit tu, amboi vet bill dia macamkan bill beli barang-barang dapur kat Giant. Beratus ratus! So mmg dah decide dgn husband, 6 cukup. Hehehe

  2. comel. Macam kucing aku nama Puteh yang mati tahun lepas. Die pon stray gak, selalu datang depan rumah mintak makan last2 aku adopt terus. Tak sempat bwk vaccine, mati sebab kena Feline virus yg menjadi2 merebak2 tahun lepas.

    Sedih woo. Kalau aku nampak aku dah cekup ganti Puteh . hehe

  3. pernah jugak bagi makan kat stray kitten yang kitorang bawak balik umah. 2-3 kali top-up feeding bowl dgn rc 34 (itu je yg ada masa tu) sebab laju betul dia makan. habis licin. ntah berapa lama la agaknya dia tak makan…kesian sangat..

    1. Kat rumah, kitorang bagi stray cats ni makan Whiskas atau Friskies je, Tak kisah la yang mana ada. Tapi kena beli pack besar. Sebab diorang macam tak kenyang makan sikit. Satu hari entah berapa kali kitorang penuhkan mangkuk dia entah. Setiap kali isi food dlm mangkuk, setiap kali pesan kat dia, jangan kacau kucing kakak, jangan garang dgn kucing kakak, jangan bergaduh.. paling penting jangan kencing dan berak merata. Alhamdulillah elok perangai depa walaupun stray

  4. stray kitten yang kitorang slalu bagi makan tu dah naik taraf jadik adik angkat kat rumah. sebulan jugaklah isolate dia (duk dlm cage) dari kucing rumah sebab belum divaksinkan. once dah vaksin, sekali sekala bagi dia masuk & kenalkan bau dia kat tomey & akhirnya memang jadik indoor cat terus. yang masalahnya, pantang jumpa, asyik bergaduh je. dah dekat sebulan ni, tak nampak sign nak berkawan baik. adoiiii… ada tips tak?

    1. Tomey rasa tercabar la tu ada kucing lain. Jealous tu.. hehe.. Biasanya dalam seminggu dua, patut dah okey. Kalau dah sebulan ni petanda kucing tu macam perangai Aoi la nampaknya. Kuat jealous dan tak suka kucing baru. Hahaha. Dia boleh duduk serumah. Cuma tak boleh bertemu. Macam Hachiko kan playful. Dia try ajak Aoi main, tp selalu kena marah dgn Aoi. Dah dekat setahun ni! Lagi dasyat. Haha. Tomet tu, tiga warna ke? Sbb doc kata, kucing yg tiga warna ni, mmg nature dia camtu. kuat jealous dan tak suka pembaharuan, hehehe

  5. Aku pun start simpan cat food dalam kereta. Sebab kat kawasan opis aku ada seekor kucing yang lepak kat tempat buang sampah. Setiap kali aku nak ke kereta, dia mesti ada. Tapi pemalu. Aku nak try buat kawan…

Leave a Reply to Aujinz Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post