Events,Kitties Seminggu Tanpa Hachiko

Seminggu Tanpa Hachiko

Sehari selepas pergi meminang tu, aku terus kena ke Kuala Lumpur mencari rezeki. Semua adik-adik terpaksa ditinggalkan. Paling sebak nak tinggalkan Hachiko. Dia tak pernah terpisah dari aku lebih dari 2 malam. Kiranya kali ni pecah rekod la sebab kami (aku dan Hachiko) terpaksa berpisah selama 5 hari.

Sebelum bertolak tu, aku dah pastikan air minuman dia cukup. Makanan semua dah refill. Litter box semua dah bersih. Toys diorang semua aku dah kumpul setempat. Padahal macam la aku tinggalkan dia sendirian kat rumah kan. Hahaha.

Masa husband hantarkan beg Akademi Fantasia aku ke kereta, aku dah sedih gila dah. Macamkan bebetul nak pergi Akademi Fantasia. Hahahahaha. Aku peluk si kenit Hachiko tu kuat-kuat. Macam-macam aku pesan kat dia. Jangan naughty, jangan degil, jangan suka kejar Sookie, jangan bergaduh, jangan memanjat, eh semua pesanan aku asik sebut jangannnnnn je. Hahaha.. muka dia seposen je tengok aku.

Itu baru pesan kat Hachiko. Kat mak mertua aku pun aku pesan memacam. Kat adik-adik ipar lagi. Haih risau betul aku nak tinggalkan diorang ni.

budak yang paling aku rindui selama 5 hari

Hachiko paling rapat dengan aku. Sebab tu dia yang paling aku teringat sesangat. Aoi geng dengan Azri. Sookie pulak geng dengan bebudak pompuan. Hime dia sape-sape pun boleh asalkan orang tu suka dukung dia. Ichii manja dengan mak mertua aku. Lilo pulak, lebih berdikari sebab dia kan abang long of the house.

Sampai ke KL, terus kena bekerja. Check in pun tak sempat lagi. Takpe, settle yang mana penting dulu. Malam tu, waktu hantar delegates pegi dinner kat restoran Jepun, aku ternampak ini..

Ichi + Hachiko = Iichiko

Aku tak tahulah Iichiko tu sejenis arak ke, todi ke, minuman keras ke.. tapi aku ambil gambar sebab bila tengok perkataan tu, aku terus nampak Ichii dan Hachiko, hehehe..

5 malam di Shangri La Hotel Kuala Lumpur

Walaupun tidur di katil empuk.. (ceceh macam la katil kat rumah tak empuk kan, heheh), kakak tetap teringat Hachiko. Sebab setiap malam Hachiko teman kakak tidur. Walaupun kadang-kadang abang long dan kakak dapat space sebesar katil single je. Dan Hachiko pula ambil space sebesar katil queen, tapi kakak tak kisah pun.

Walaupun Hachiko tidur lasak dan suka berpusing-pusing sampai habis satu katil semua, kakak tak kisah pun. Kakak rindu gila nak peluk Hachiko malam-malam.

Setiap malam husband call aku, tanya tengah buat apa, dah makan ke, penat ke.. Lepas berbual dengan husband, aku call Hachiko pulak. Memang la tak cakap direct dengan dia kan.. hahha.. aku tanya cousin, Hachiko naughty ke tak. Makan ke tak. Good boy ke tak. Hari-hari soalan yang sama. Sebelum bertolak ke KL kan aku pesan kat dia jangan suka kejar Sookie kan. Rupanya sepeninggalan aku, dia memang tak kejar Sookie, tapi dia kejar Aoi. Si Aoi tu dah la jenis menjerit-jerit kalau kena kejar, sama je macam Hime. Sebab tu Hime dengan Aoi boleh ngam. Perangai serupa

Itu baru ke Kolumpo. Kalau pegi obersi, melambung agaknye bil tepon sebab tepon kucing di kampung halaman, hahaha..

kucing saya yang setia

Hari Jumaat tu, aku drive penuh excited nak balik sebab dah rindu bebeno kat bebudak kucing ni. Husband balik Kuantan hari Khamis tu. Okeylah. Takde la diorang lonely sangat, keh keh.

Sampai Kuantan je, terus aku gomol budak ni..

10 thoughts on “Seminggu Tanpa Hachiko”

  1. Pandai betul Hachiko buat muka kesian. Kalau akak pun, menitik gak airmata. Itu pasal kalau pegi bercuti sekarang ni paling lama pun seminggu sebab dah rindu sangat kat kucing. Kalaulah kita boleh bawak kucing sama bercuti dan duduk hotel kan best.

  2. Samela kita.Kalau kucing ni takde kejap je pon da tercari-cari.Ni kan pulak nak kena tinggal-tinggalkan.Hari-hari call mak kucing buat apa.Bukan tanya dorang pon.Nasib dapat mak yang memahami..hehehe ;p

  3. aku paham ape ko rasa. kalo aku outsteseng, holiday @ ape2 aje lah yg buat aku tak tido kat rumah, habis la aku bergasak tanya mak aku kabor kuceng, bukan tanya kabor mak sendiri T__T

    1. Hahahah tu la pasal. Aku tetiap malam call tanya pasal kucing. Especially sbb haritu si kenit Hachiko tu pernah tetibe demam kan, tu yg buat aku bertambah risau

Leave a Reply to Iz Yahya Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post