Kitties Semua Nak Feeling Kecik

Semua Nak Feeling Kecik

Selepas mendiamkan diri lebih kurang berminggu-minggu, sekarang aku kembali, heheheh. Sebenarnya tidur aku sendiri pun tak tentu hala sejak kebelakangan ni. Sampaikan pakaian pun semua aku hantar laundry je hahahaha.

Sekarang ni aku tengah cuba nak adjust balik masa tidur dan masa-masa lain. Harapnya akan ada lebihan masa yang boleh aku peruntukkan untuk…… memasak, kui kui.

Haa, kalau ada yang dok tertanya-tanya apalah aktiviti para kucing aku sepanjang dua minggu ni, nah mempersembahkan…

Tuan Puteri Aoirolina

Dia ni memang obses dengan kotak. Kotak kek ke, kotak apa segala jenis kotak semua dia suka. Termasuklah kotak kasut yang cinonet ni. Punnnn dia nak try masuk jugak. Padahal bontot tu dah bulat bak buah pear dah.

Nak masuk kotak pun kena mengiring.

Gigih betul dia  cuba nak masukkan kaki dan tangan dia dalam kotak tu, nak bagi fit semua. Malangnya bontot terlepas keluar. Ekor apatah lagi. Kepala pun tak mampu nak masuk. Itu kalau tak silap aku, kotak kasut size 7 kot. Hahaha.

Buat malu dekat Hime je. Hime duduk belakang tu cium bontot Aoi sambil cakap dalam hati “Kakak Aoi ni dah kena rasuk apa ni, dari tadi cuba gak nak masuk dalam kotak ni. Dia ingat dia baby lagi ke apa? Dasar tak sedar diri!!”

Tapi cakap dalam hati je la. Hime ni kesayangan Aoi. Tidur berpeluk. Kalau Hime tengah tidur, kemain lagi Aoi jilatkan. Sayang sangat la tu. Hime je yang boleh ngam dengan Aoi. Paling tak boleh ngam dengan Aoi ialah Hachiko. Sampai sekarang. Bukanlah tak boleh ngam apa, cuma Aoi tak suka kalau Hachiko dekat dengan dia. Naik hangin sesajo.

Konon dah rasa selesa. Hahaha. Selesa sangat la duduk cenggitu?

Duta produk Fussie Cat

Yang ni pun satu hal lagi. Time aku tengah susun tin makanan tu, selamba rock je menghimpit dan masuk terus dalam tong biru tu. Lalu duduk tegak macam tugu. Apa motip entah. Sayang sangat ke makanan tu sampai nak kena duduk jaga? Hahaha.

Aku borong makanan Fussie Cat sampai RM300 masa kat KL haritu. RM200 untuk tin besar, RM100 untuk tin kecik. Borong terus sebab dekat Kuantan ni Fussie Cat mahal nak mampuihhhhh. Harga setin kecik tu kat Kuantan, kalahkan harga setin sardin cap tiga ayam yang kita boleh makan sekeluarga tu. Padahal setin kecik tu, sekor je boleh makan. Yang tin beso tu, boleh la 6 ekor makan. Tapi Fussie Cat ni memang nampak sangat menyelerakan. Sedap je nampak, macam boleh makan dengan roti. Tapi aku tak pernah cuba la hahaha.

Budak penyibuk

Penuh la tong biru tu dengan makanan depa. Hachiko ni cerdik. Setiap petang bila aku balik kerja je, dia mesti ulang alik ajak aku pergi kat tong biru tu. Nak suh aku bagi dia makan sedap la tu. Badan awak tu dah kemain beso sekarang ni. Lilo, Ichi ngan Aoi yang dah umur setahun lebih tu pun nampak kecik je nak dibandingkan dengan dia yang baru 10 bulan tu.

Hachiko memang champion kalau bab makan cat food cap Fussie Cat ni. So kalau Fussie Cat memerlukan duta produk, mai la amik si Hachiko ni. Dijamin puas hati. Sebab semua perasa dia dah try, dan dia suka semua. Haha. EH.

Ini model terlampau

Sampai rabakkkk kotak tu. Ini lagi tak sedar diri, hahahaha. Sookie ni pun obses kotak jugak. Selain obses kotak, dia juga obses pada karpet. Selalu cuba masuk bawah karpet padahal dia ingat dia mampu sorokkan badan gedabak dia tu di bawah karpet kotnya.

Pipi labuh, mata bulat!

10 thoughts on “Semua Nak Feeling Kecik”

  1. Lalalala…indahnya hidup dikelilingi kucing2 ni. Kucing2 Iz makan wet food je ke? Kat rumah akak, yang cerdik si atuk Milo ni. Selalu ajak ke dapur lepas tu gesel2 badan kat fridge suruh kita amik wetfood dia. Maklumlah atuk kan dah banyak pengalaman. Hehehe.

    1. Tak la kak.. diorang makan RC Kitten. Kekadang campur dgn RC Fit. Wet food tu kekadang je. Dalam seminggu, ada la 2-3 kali buat jamuan wet food. Mahal kak oiiii.. tak larat kalo nak bagi makan wet food saje. Lagipun kalo makan wet food je, lambat la nak membesar. Kena kibbles jugak

  2. comelnyaaaaaaa sookie !! sgt gebu rasa gerammmm sgt nak peluk2 dia..

    btw fussie cat tu ok ye? byk jeli tak? i now bg makan my cats Qiut (masa hari sabtu n ahad kira mcm weekend treat la heheh.. tp gaul dgn kibbles sekali).. Qiut best sbb takde jeli langsung (except perasa mackerel.. tu boleh tahan byk gak jeli.. ).. so ingt nak try Fussie cat ni nak tanya u ok ke tak..

    1. Fussie Cat yg tin kekecik tu memang takde jelly. Dan nampak sedappppppp sangat. Tapi yang tin besar, ada jelly. Tapi takde lah byk sangat. Takleh lawan dgn Qiut la sbb Qiut mmg takde jelly langsung kan. Tapi sebab dah lama diorang makan Qiut, so i tukar la pulak bagi Fussie Cat, and diorang nampaknya suka. Sekejap je licin. Plus Fussie Cat ada banyak flavour. Jelly memang ada, tapi boleh dimaafkan la, hehehe.

  3. Wah, hilang rindu bila tengok gambar kanak kanak ni especially si Tuan Puteri Aoi tu,
    Hehe, ada ada je kerenah diorang semua kan, panjang akal betul. =D

    1. MEmang macam-macam perangai. Sabo je la. Time depa bersayang-sayang tu, amboiii ngengada sangat. Kalau time bergasak, ishhh macam wrestling wwf. Geram!!

  4. Iz,nak tanye..kenapa my kitty dah tak suka makan brand Qiut tu ye?sekarang ni yang kibbles pon die dah x minat sangat. i bagi dia makan kibbles blackwood and kadang2 tukar kepada Go tu..memang sekarang dia kurang makan sangat2..Wet food brand Fussie Cat tu bagus ye?

    hehe…sorry banyak tanye sebab ur blog ni lah tempat reference i utk uruskan budak bulus kat rumah tu.. =)

    1. kalau asik makan yang sama je, mungkin dia boring kot. Saya pun dah stop Qiut tu. Bagi makan Fussie Cat pulak, sebab lebih banyak pilihan. So far dry food Royal Canin yang kitorang bagi ni, diorang tak pernah pulak tolak. Fussie Cat tu, rasanya kucing memang tak tolak sebab kita yang manusia ni tengok pun nampak macam sedap sangat, hehe. Tapi kitorang ada spare jugak Qiut.

Leave a Reply to Iz Yahya Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post