Kitties Cats Are Good Sleepers

Cats Are Good Sleepers

Tahukah anda, kucing tidur 14 hingga 16 jam sehari? Kalau kitten ataupun kucing yang dah veteran, lagilah lama. Dia celik utk makan je, main setengah jam lepas tu tidur semula. Itu pun kalau main lah. Kalau tidak, memang kerjanya makan tidur aje.

Kucing aku pun sama la. Diorang baru umur setahun. Tengah nakal. Tapi tidur tetap tidur. Especially kalau musim hujan, memang kerjanya bergulung je tidur.

Paling kelakar tengok gaya tidur diorang ni..

20120415_220959 [640x480]

 Lilo

Lilo ni sekarang ada habit baru. Suka tidur atas sofa bilik aku. Bermula lepas dia kena yearly vaccine bulan lepas. Dia macam monyok sikit. So aku suruh la dia tidur atas sofa. Sejak dari tu, dia memang rajin sangat masuk bilik aku untuk tidur.

Normally kucing aku masuk bilik bila aku atau husband ada kat dalam bilik je. Tapi Lilo selamba. Takde orang pun takpe, dia tetap layan tidur dia. Kadang-kadang dia tidur atas meja. Tapi mesti mengigau, turun dari meja, naik kat sofa, sambung tidur lagi. Atas sofa aku ada bantal kecik, dia pegi buat bantal pulak alas badan dia. Kemainnnn ko yek.

Aku sayang kat Lilo ni. Sebab dia manja, suka peluk peluk. Biarlah orang tak suka kucing hitam pun. Aku suka. Aku sayang semua kucing aku.

20120417_223909 [640x480]

 Memey

Si kecik ni sekarang ada mewarisi sikit-sikit perangai Aoi. Dia macam mula nak eksyen sikit. Tapi still manja. Cuma dah jarang nak tidur atas badan orang macam dulu-dulu. Aku tengok sekarang dia rajin tidur kat atas cat tree tu. Sebab dia je yang muat pun. Yang lain kalau duduk atas tu, mesti bontot terkeluar. Kalau Sookie, lagilah dasyat. Separuh badan je lepas.

20120423_204233 [640x480]

Vampire kecik

20120420_073138 [640x480]

 Tidur dalam bilik air pun boleh

Hachiko ni kan dia memang suka ikot bontot aku. So kalau aku masuk bilik air, memang kadang-kadang dia ikut sekali. Tapi dia duduk bawah sinki. Berangan ataupun tidur. Kalau time aku masuk bilik air tu, dia tak sempat kejar, makanya dia duduk la depan pintu bilik air tu sampai aku keluar.

20120423_214522 [640x480]

 mana-mana pun boleh

Dia ni kalau aku kat dalam bilik, selalunya dia pun dalam bilik lah. Kekadang bila aku lamaaaaa kat dalam bilik, dia pun terlelap camtu. Tetapi awassss!!! Kalau aku melangkah keluar bilik je, dia pun terus bangun. Kekadang aku kesian sebab dia baru je tidur, so terpaksa la jalan menjingkit-jingkit taknak bagi dia sedar. Dasyat tul budak ni. Obses sangat dengan kakak dia hahahaha.

Tapi kalau dia tidur pukul 9 malam ke, 10 ke, memang aku sengaja jalan atau bukak pintu kuat-kuat. Takmo bagi dia tidur awal sangat. Nanti kang time aku nak tidur, dia sibuk nak ajak main pulak. Tu yang malas tu hahaha.

Ichii sekarang pun ada port baru untuk tidur..

20120507_205945 [640x480]

 dalam gua!!

Masa mula-mula dulu, puas aku mencari satu rumah. Tak jumpa-jumpa. Risau dah. Rupanya dok membuta dalam gua ni. Aku memang selalu headcount kucing-kucing ni. Sebab kekadang tak sedar, ada je yang buat aktiviti sondol tingkap dan lari keluar. Takpun terkurung dalam bilik sesape ke.

Dulu gua tu Hachiko selalu lepak. Tapi sekarang dia dah besar, tak muat dah gua tu. Ichii still muat. Sebab Ichii badan kecik. Maklumlah anak gadis, memang berbadan genit ahahaha.

IMG_20120416_235217 [640x480]

 Lilo budak manja – kat kaki pun boleh lelap

20120507_172139 [640x480]

Queen of the house mestilah tidur atas katil, hahaha..

Masa tu aku baru je susah payah tukar cadar sorang-sorang. Selalu husband tolong. Berpeluh-peluh aku tolak tilam, tarik tilam. Bila dah siap, elok je mek ni duduk termenung atas katil. Terus lelap. Amboi amboiiiiii.. mengada gila..

Sookie biasalah, keje dia memang makan, tidur je. Main lari-lari sikit je dah tercungap-cungap. Aku rasa dia tu penat sebab badan debab sangat dan jugak sebab bulu tebal kot. Pastu Malaysia kan panas, memang rimas la.

tido pun terkangkangggg je nak bagi dapat udara, hahaha

Kalau dia masuk bilik aku, memang situ la tempat dia, bawah kipas lagi haaaaa.. Kekadang aku sengaja pasang extra kipas nak bagi dia sejuk hehe. Kesian Sookie ni. Kalau kat luar bilik, dia memang terlentang atas lantai je la, sejuk. Hehe.

6 thoughts on “Cats Are Good Sleepers”

  1. Banyak kucing banyak ragamnya, masing2 ada perangan masing-masing. Saya ada satu je kucing, tapi sekarang ni dah terlampau manja sangat. Mungkin sebab die forever alone, takde kawan nak ajak borak hahaha.

    Tapi kalau jumpa kucing lain, memang die nak gaduh je

    1. Dia gaduh bila jumpa kucing lain sebab jealous kot. Hehehe. Kalau ada sekor kucing tapi memang layan dia cukup-cukup, takpe. Kalau sekor, tapi tak layan, memang dia foreveralone. haha. kesian takde geng.

    1. OMG kelakarnya hahahaha. My cats kadang-kadang tidur ATAS mesin basuh. Kitorang tutup penutup mesin basuh tu. Agaknya kalau tak tutup pun maybe masuk mesin jugak hahaha

  2. Malam2 kucing2 Iz tidur kat mana? Kucing2 akak semua akak bawak tidur dalam bilik. Tak boleh caya diorang duduk luar takut bergurau tetengah malam tu. Tapi kalau dalam bilik, akak pulak susah nak tidur sebab sejak ada Micki ni, Moli suka ajak bergurau pukul 2, 3 pagi. Atuk Milo cam biasalah, bukan dia nak jaga anak2nya tu, sub kat bibik je. Akaklah tuuu…

    1. Malam-malam diorang tidur bersepah-sepah. Ichii selalunya dalam gua dia tu. Lilo selalunya dalam carrier yang saya bukakkan pagar dia tu & letak blanket dalam tu. Cam bilik dah jadiknya. Sebelah carrier dia, ada lagi satu carrier saya buat camtu gak tapi tatau la ada yg guna ke tidak. Aoi selalu tidur kat sofa kat dapur, depan tv lagi hahaha.. Sookie suka tidur depan sliding door. Sambil tidur, sambil tengok permandangan kot haha. Hime tidur kat atas kusyen. Hachiko je tidur dalam bilik dgn saya. Tu pun sebab kalau biar dia tidur kat luar, Aoi confirm takleh tidur. Kena kacau memanjang. Haha.

Leave a Reply to Iz Yahya Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post