Kitties,Review,Video Furminator Review

Furminator Review

Pada suatu hari, aku tiba-tiba rasa nak beli Furminator untuk kucing aku lepas tengok kat Facebook, Cats Garden promote Furminator. So aku pun pegilah website dia untuk tengok apa kejadahnya Furminator ni. Aku tahu la dia macam brush untuk kucing, tapi apalah yang best sangat tu kan.

Apakah Furminator tu? Macam Terminator je bunyiknya. Mula-mula aku ingat mesin ke apa.. Haha..

furminatorLargeCatShortHair

inilah ropanya Furminator

Furminator ni tool untuk remove loose hair dari badan kucing. Slicker brush pun boleh guna tapi tahap keberkesanan dia kurang kalau dibandingkan dengan Furminator sebab slicker brush cuma remove loose hair pada luaran je. Kat celah-celah bulu kucing tu dia tak dapat keluarkan. Sebab tulah kadang-kadang even lepas kita sikat bulu kucing tu, masih banyak lagi bulu melekat dekat baju dan merata-rata. Ha, faham tak maksud aku? Aku nak explain pun rasa berbelit-belit haha.

Dalam masa yang sama, Furminator ni dapat mengelakkan masalah hairball jugak sebab bila kucing grooming, dia kurang menelan bulu. Bulu yang berguguran dalam rumah, especially atas carpet pun berkurang. Kat rumah ni setiap kali aku vacum karpet, amboi punya banyak la bulu, kalau dikumpul boleh buat rambut palsu agaknya hahaha.

So selepas mensaikokan diri tengok review kat Youtube, baca review sana sini pasal Furminator ni, maka dapatlah aku simpulkan bahawa Furminator ni dikatakan sebagai the best tool for deshedding.

Balik kerja, aku pun saiko suami pulak, hahaha. Kena mintak approval sebab harga Furminator ni ialah RM104, postage RM10. Kalau RM14 je, aku beli lama dah tayah approval, hahaha. Aku dah check dekat Kuantan, harga dia RM150 tapi size kecik, untuk small cat. Tak ke gila harganya? Yang aku nak beli ni, Untuk large cat. Kan banyak beza harga tu?

Malam tu terus order, hihih. Selang sehari, sampailah benda yang dinanti-nanti itu. Haha. Nah tengok video aku menyikat bulu Datin Aoi. Video bisu. Kalau dengar pun suara Aoi. Oh ye, memang gitulah suara dia ye. Dia tak mengiau. Dia ekkk ekkk ekk. Lebih kepada menjerit. Hahaha.

 

best tak? Hahaha

Sebenarnya dua kali sebelum tu, aku amik video Sookie. Cobaan pertama, tengah record tak sampai seminit, husband pulak call. Kaco dah recording haha. Maklum la record pakai telepon bimbit je kan. Cobaan kedua, tengah-tengah sikat, dia lari masuk bilik sebab nak aircond. Kat luar panas. Hahaha. Hampeh punya Sookie. Bilik aku tu pencahayaan kurang sebab semua lampu romantik je, hahaha. Last-last guna Datin Aoi je.

Tips atau cara nak sikat bulu kucing guna Furminator (atau sikat atau slicker brush):

1) Ajar kucing tu sikat bulu sejak dia kecik. So takdelah meroyan sangat bila disikat. Kucing aku disikat dari kecik pun, sampai sekarang kadang-kadang meloncat jugak. Sebab sibuk nak main.

2) Make sure sikat bulu masa dia kering. Bukannya lepas mandi terus sikat rambut ye. LOL. Sikat rambut katanya hahaha.

3) Check badan kucing dulu sebelum mula sikat. Tengok ada luka ke, apa ke. Sebab kalau terkena sikat nanti pedihlah. Jikalau korang nak guna furminator, pastikan takde bendasing terlekat pada bulu kucing korang. Kalau ada, sila la remove dulu bendasing tersebut. Kalau confirm tak ada luka dan bendasing, bolehlah pegang sikat/slicker brush/furminator anda sekarang..

4) Sikat ikut arah bulu itu tumbuh. Maksudnya, ke bawah. Samalah macam kau sikat rambut. Ada ko sikat rambut melawan arah? Unless la ko nak stylekan rambut kannnn..

5) Seeloknya jangan sikat kat bahagian yang sama terlalu banyak kali pada satu masa. Kena gerak-gerak ke bahagian lain la kiranya. Kat perut, leher, atas kepala, semua kena sikat ye.

6) Sikat dalam 10 atau 20 minit setiap sesi, 1 atau 2 kali seminggu. Bergantunglah pada jenis kucing. Kalau long hair, lagi elok kalau rajin sikat.

Sebagai kesimpulan, aku rasa berbaloi la beli Furminator ni. Haritu aku try sikat Aoi pakai slicker brush, banyak bulu. Tapi pakai Furminator, lagi banyak bulu. Tapi Furminator ni dia tak tarik atau potong bulu kucing kau. So jangan risau la kucing kau botak. Haha.

Oklah, tamat sesi review kali ni. Aku nak pegi jalan-jalan carik kain cotton sekejap, hehe.

16 thoughts on “Furminator Review”

  1. Ya ampun, punye la sopan anak kau. Kalo kene kat Ct, first trial dah gigit tangan aku dah. Aku tak biasa la groom vulu dia..Sobsss

    1. Kalau aku tak sikat bulu Sookie, mau la kusut masai rambut dia macam pompuan gila wei hahaha. Dah la bila kusut, terus bersimpul. Kena gunting sbb sikat pun dah tak lut.

  2. Wah! Bestlah menatang furminator tu. Nampak mcm best je datin tu dibelai. Suara pun kiuuuut sgt. Mmg suara original dia ke tu. Lebih kurang macam suara puteri peah pulak. Akak belum pernah buat sesi suai kenal antara sikat dgn kucing2 akak ni. Takut meroyan pulak nanti. Terutama puteri peah yang mental tu. Cepat panik dia tu. Kihkihkih.

    1. Hahaha kenapa ramai cakap suara Aoi kiut ni.. Hahaha. Memang suara original dia la tu kak. Cenggitu la suara dia. Cuma kalau dia marah, volume dia tinggi lagi, haha, Cer nanti akak record aksi Puteri Peah pulak. Hehehe. Saya tak boleh tahan la kak, bulu banyak sangat gugur. Rupanya bila sikat, ha amik tu. Yang short hair pun penuh kat sikat tu. Kalau Sookie lagi la, sekali sikat je, dah penuhhhhh bulu.. Kadang2 molek pulak tak banyak shedding diorang ni. Kadang bila seko shedding, seme pun shedding. Gugur bulu pun nak berombongan, hahaha

  3. comel tul suara Aoi tu. Lembut je mengiau.

    Banyak tu bulu dapat dari Aoi yg bulu pendek. Kalo kena kat Sookie lagi la kan. Menarik.. tapi bile aku bukak site catgarden tu aku teruja tgk frontline RM19. Gile murahhhhhh. Slalu RM55.

    Kurap suke orang sikat belakang je. Tummy, no-no.

    1. Lembut sangat la kan.. padahal dia la kucing aku yang tak mengiau seperti kucing. Suara dia lain kan. Macam merengek pun ada.

      Jangan terpedaya, RM19 tu satu batang je. RM55 tu sekotak, ada 3 batang. Maknanya beli yg RM55 tu lagi untung 🙂

      1. Oh ye? Cilakak tul. Hahaha. Mcm tu pon ade.

        Aku bukak youtube tu pasang speaker kuat. Bile Aoi mengiau, die tak keruan, berlari2 tgk tingkap atas, pastu lari turun bawah gi sliding door cari kucing mana mengiau.

  4. Im your silent reader hehehehe maklumle pemalu… so tak pernah la tinggal komen2 tp slalu stalked your blog hahahha *nyorok belakang tiang*
    Nak tanye… yg furminator tuh you beli yg short hair ke long hair? Small ke large? I pun ade kucing tp my cats pun campur2.. ade sekor long hair mcm sookie mok tu… 3 ekor mcm medium short hair… lagi sekor lak mmg short hair … kalau beli yg long hair furminator (small cat) kire ok ke? kalau nak beli each type alamatnye my cats sume kene catu makan royal canin heheehehe

    1. Hi Nz, nape la nak malu-malu.. hehe. Thanks la ye sudi stalk blog ni, hehe..

      Anyway, pasal Furminator tu.. I beli Large Cat Short Hair. Sbb kucing i semua dah besar pun. So far Sookie pakai pun okay je. Cuma bila sikat tu banyak bulu cepat melekat kan, so kena selalu kena keluarkan rambut yg terlekat kat Furminator tu. Letih jugak la, haha. If budget kurang, nak beli yang small pun boleh, rasanya takde beza, cuma lama sikit la nak kena sikat sebab dia cover area tu sikit-sikit la. Kalau ada budget, beli je terus yang besar. Sebab lama-lama nanti pun kucing tu makin besar kan 🙂

      1. What pretty liltte kitters you have I run into this same problem. I get in the car, look down and its like ARRGG!!! I JUST used like 5 lint sheets.. wtf! LOL.

  5. !!!!! I have two cats(Lili and Lola) and they shed like it’s no ones business! We just got a new duvet cover a few weeks ago and by the snoecd day it was covered with their hair! Ugh but you gotta’ love them! Anyway, cool post, your cats are adorable! I posted some of mine a few days ago

    1. Saya beli yang short hair punya 🙂 sekarang dah ada lagi satu yang long hair punya. Sama je sebenarnya, beza kelebaran dia je

Leave a Reply to Kak Aidah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post