Kitties,Video Dari Belakang Tabir

Dari Belakang Tabir

Oh ya, haritu ada jugak yang mintak aku cerita macam mana Ichii ngan Lilo boleh dapat berlakon iklan ni. Begini ceritanya.. Satu hari tu, aku tengok la Facebook. Macam biasa la, takde apa yang menarik sangat.. Tapi aku tertarik dengan status yang ditulis Kelab Kucing Malaysia. Lebih kurang macam ni la “Sebuah syarikat mencari model kucing seperti berikut (ada la gambar-gambar contoh). Kalau berminat, boleh hubungi terus syarikat berkenaan (no telefon dan email address)”

Aku tengok la gambar-gambar tu. Dia perlukan kucing Parsi, kucing tabby, kucing kaler oren, dan kucing kaler hitam. Ehhh aku pun ada kucing hitam. Nak cubalah. So aku pun email la gambar Lilo dan Ichii, kemudian aku sms nombor yang diberi tu. Then sms aku dijawab dengan ucapan terima kasih, nanti dia bagi bos dia tengok. Pastu aku reply balik dan bagitahu aku ada 6 ekor kucing, minat tak nak tengok.. kot-kot berkenan ke.. hehe.. Pastu dia reply dan suruh aku email semua gambar kucing aku. Ha maka dengan itu, terjadilah entry ini, dan ini..

Ok untuk episod hari ni, memandangkan aku satu-satunya cat owner yang bukan dari KL, maka production house telah bermurah hati membenarkan aku bermalam kat lokasi penggambaran.. Cantik benar tempatnya. Terpesona aku dibuatnya. Bilik tidur aku menghadap laut.. ke kuala? Emm.. aku tak pastilah laut ke kuala, tapi dia along port klang.. so kadang-kadang ada kapal lalu. Hehe.

DSCN9588 [640x480]

Pandangan dari bilik..

DSCN9652 [640x480]

kapal lalu!

Lawa kan? Ada balkoni kat situ. Tapi aku kunci je.. Maklumlah Ichii dan Lilo jangan dilupakan. Kang aku sibuk tengok permandangan, diorang sibuk terjun tiruk pulak kang. Eeee selisihhh malaikat. Makanya tengok dari dalam ajelah.

Aku dan dua ekor kucing ni, dilayan dengan sangat baik. Dalam bilik aku disediakan satu bekas yang penuh dengan makanan, supaya aku tak lapar. Terharu kan?

DSCN9586 [640x480]

Tada!

Sebuah peti air batu pun diberi jugak. Dalam tu ada air mineral, air kotak dan macam-macam jenis lagi, dikelilingi ais. Supaya aku tak dahaga. Terharu kan?

Actually rumah yang digunakan untuk shooting ni bukan ada penghuni pun. Macam homestay lah kiranya. That’s why diorang sediakan segalanya untuk aku sebab dekat dapur pun takde apa-apa untuk dimakan. Nak pergi kedai pun tak tahu. Lagipun takkan aku nak tinggalkan budak dua ekor tu kan. No way.

DSCN9596 [640x480]

Enggan berpisah

Dua ekor ni, memang macam lovebirds. Sayang sangat each other. Diorang taknak tidur atas katil dengan aku. So aku letakkan sofa kecik kat tepi tingkap and diorang tidur atas sofa tu, sambil menikmati permandangan la kononnya hahah. Kontrol macho la konon takmo tidur dengan kakak. Kalau Hachiko, konfem dah berkepit celah ketiak aku.

Petang tu, semua kucing yang terpilih datang untuk biasakan diri dengan lokasi. Semuanya dah besar belaka, semua 2 years and above. Kiranya Lilo ngan Ichii lah paling junior. Masa tu diorang baru setahun empat bulan.

Malamnya, lepas semua krew produksi balik, tinggallah aku, Lilo dan Ichii je. Since semuanya dah tersedia dalam bilik, aku pun memang tak keluar bilik langsung. Based on jadual, turn Lilo ngan Ichii ialah lepas lunch. Pagi tu, turn Tuffy sebab shooting outdoor.

Aku tidur dengan nyenyak sangat malam tu sebab keletihan. Pagi esoknya, aku terjaga dan nampak ini..

DSCN9612 [640x480]

Lilo menikmati saat matahari terbit. Poyo sangat. Hahahaha

Pagi-pagi ada orang jogging. Ada juga yang bawak anjing lari lari. Seronoknya la kalau rumah aku kat sini kan. Bilik aku tu pun, macam sebesar ruang tamu aku wei. Siap bertangga-tangga dalam bilik. Kemain selesa lagi. Siap aku pasang angan-angan, kalaulah aku dapat buat bilik macam ni kan best, hehe.

Lepas breakfast kat bawah, aku masuk semula bilik, temankan Lilo ngan Ichi.. kesian diorang, takde geng nak bermain.. Terpaksa geng dengan each other, hehe..

Oh ya, lepas grooming tu, aku tukarkan collar diorang. Lilo pakai merah, Ichii pakai biru. Aku pun tak tahu kenapa aku tukar collar tu. Hahaha. Mana-manalah kan, asalkan aku kenal diorang.

ig1

kembar. Sama tak muka?

Sementara tunggu Tuffy habis shooting, aku siap boleh layan tidur satu round. Same goes to the kitties. Dedua melayan perasaan sampai terlena. Mungkin jugak keboringan.

DSCN9622 [640x480]

bosannya.. tidur dulu ah

DSCN9624 [640x480]

Lilo yang kebosanan

DSCN9627 [640x480]

Tidur lagi. Hahahaha

Aku pulak menghabiskan masa dengan amik gambar diorang, layan Instagram dan Twitter. Boleh tahan bosan la jugak. Lepas lunch, baru la set untuk scene Lilo dan Ichii disediakan. Dalam rumah je scene diorang.

DSCN9633 [640x480]

posing sebelum mula berlakon, hehehe

DSCN9637 [640x480]

preparation

Sangat teliti ye, bayang-bayang pun kena betul. Macam mana pergerakan langsir yang ditiup angin pun kena menepati citarasa diorang. Aku dan sorang lagi kakak ni tukang jaga kucing dan agah-agah. Kawasan shoot, kena kepung. Dalam pada kepung tu pun, Lilo ngan Ichii cuba gak nak melompat keluar.

Susah sebenarnya nak suruh diorang ikut macam dalam skrip bila dah dikelilingi berpuluh orang macam ni. Dan paling penting tak boleh ada distraction. Hanphone semua kena off, satu bunyi pun tak boleh ada, walaupun bunyi kunci. Kalau tidak, kucing akan distracted.

Lepas Lilo shoot, Ichii pulak shoot benda yang sama. Both buat semua scene yang sama, Sebab satu tu backup kan. In case la Lilo mogok taknak bekerjasama ke, so ada la Ichii untuk backup.

DSCN9643 [640x480]

behind the scene

ig2

awww.. comelnya, kucing siapa niiii?

Hehehe.. siapa lagi nak puji kalau bukan kakaknya, ye dak? Puas juga la aku turun naik menukar watak diorang ni. Kejap depa nak Lilo. Kejap nak Ichii. Kejap nak Lilo balik. Sebab nak dapatkan yang terbaik.

photo 1 (9)

Ichii kepenatan..

Baring atas katil.. aku tahu diorang penat, mungkin juga stress.. sebab banyak orang tak kenal kan. Tapi aku pujuk-pujuk diorang, slow talk.. aku harap dia faham.. Bukan senang nak dapat peluang macam ni kan. So bila dah depan mata, marilah kita cuba yang terbaik. Wahh gitulah kononnya aku bagi kata-kata semangat kat diorang hahahaha

Siap je scene kat tingkat bawah, naik pulak ke tingkat atas untuk scene lain pulak.

DSCN9645 [640x480]

preparation kat atas pulak

Yang scenes kat atas ni agak sukar. Sebab Lilo dan Ichii kena hadap cahaya spot light. Diorang tak suka. So bila diorang tak suka, susah nak dia buat apa yang kita nak. Yang peliknya, bila dibawa masuk bilik, aku ajak-ajak diorang main-main macam ikut skrip tu, nak pulak dia buat. Bila depan ramai orang, dengan lampu, terus dia takmau.

Mungkin jugak dah kepenatan sangat. Mana taknya, scene dekat tingkat atas tu, sampai pukul 1 pagi. Masa letak Ichii dalam kotak untuk shoot, dia siap tidur dalam kotak tu ye, dengan penutup kotak elok atas kepala.. dia boleh pejam mata, hahahaha. keletihan sesangat. So director cakap dia nak tolong pegangkan Ichii sementara aku tolong siapkan Lilo pulak untuk buat scene kotak tu. Tetibe si Ichii tidur lena gila atas director. Hahahahaha. Amboi, kemain ko, tidur atas mat saleh.

friskies

Ichii / Lilo – macam Ninja tak? hehehe..

Kesian Ichii dan Lilo, malam tu dedua tidur pengsan.. termasuklah aku pun. Sebenarnya patut malam tu aku terus hantar diorang ke pet hotel dan aku pulak check-in kat human hotel, hahaha. Tapi sebab dah lewat sangat, production house suruh aku stay je kat rumah tu. Esok paginya baru check-out.

Ha, siapa yang belum tengok kemunculan 5 saat Lilo / Ichii? Nah tengok lagi, hahahahaha..

12 thoughts on “Dari Belakang Tabir”

  1. Akak sukeee baca n3 ni. Selalu tertanya2 camana diorang buat iklan. Iz, si lilo dan Ichii tu mahu pulak ikut cakap strangers tu. Kalau kucing2 akak memang taklah. Menyorok je macam tak de hidung. Kalau Milo tu tak pe. Dia dari kecik dah social sangat. Dgn sapa2 pun dia friendly. Kalau orang nak kidnap pun boleh. Janji makan cukup, tido cukup. Hihihi.
    Homestay ni apa namanya, Iz. Cantiklah tempatnya.

    1. Macam nak buat drama kak. Imagine la kemunculan yang 5 saat tu perlukan masa dari tengah hari sampai ke malam. Kalau manusia maybe tak sesusah ini la. Kucing ni, kena ikut mood dia jugak kak. Kadang sampai dia dah menderam dah. Marah. Heee jangan tak tahu, kucing saya pun semuanya pemalu dengan orang. Tapi takde choice sebab masa shoot tu takde tempat nak menyorok hahahahaha.

      Tempat shooting tu kat Glenmarie Cove kak, kat Port Klang sana. Memang cantik gila 🙂

  2. Rumah u berbau tak? I teringin nak bela kucing tapi sejak duduk apartment ni takut rumah berbau. Tambahan pulak skrg dah alergi. Mata jd gatal2 n bersin2 kalo main2 ngn kucing. Masa dok kg rumah landed dulu oke je. Tp rumah a bit berbau la. Cemana eh?

    1. Emm.. kami pakai scented sand. Lepas tu memang make sure hari-hari bersihkan litter boxes. Kipas memang sentiasa pasang supaya peredaran udara lancar. Kalau ada air purifier lagi bagus. Kalau allergi, payah gak nak bela kucing. Kang dah sayang gila2 kang, tetibe doctor cakap takleh bela kucing pulak. Kesian la nak kena bagi adoption pulak. Kalau duduk apartment memang leceh sikit la, lagipun kucing terperap dalam rumah je. Kalau dah biasa takpe.. Tapi kucing saya memang tetiap petang mesti nak berlari-lari kat luar rumah 🙂

  3. Amboi…..’kakak’ sekarang dh glamour kan….si Lilo & Ichii dh la jadi artis glam gitu….si Aoii kat Hot FM lak…..tu la tabik spring kat 2 ekor ni…..bole la berlakon…..tak lak melalak2 mcm dlm kete……yg tak bole tahan si Icii bole tido dlm kotak & atas riba…mat salleh pulak tu…..tp bulu they all cantik kan Iz….berkilat2….klu tak sbb collar tu mmg klu akak tak kenal sape…..congratulation Ninjas….si gedeabak Tuffy tu sape la tuan dia….mcm tu punya gangster pun bole jd artis…..:)

    1. Hahahaha kakak belakang tabir je.. penat kak, diorang pun sampai fed-up jugak asik kena suruh buat benda sama berulang kali.. tapi nampaknya bekerjasama lah, syukur alhamdulillah 🙂

      Tuffy tu kalau tak silap saya, umur dia 5 tahun, memang besar 🙂

  4. tiba2 aku rasa kucem aku pun ada harapan jd retis jugop. *taknakkalahhhhh* Lolsss 😛 mommy Linda mcm biasalah bangga dgn Ichii & Lilo okay 🙂

    1. Hahahahha aku ni rajin nak masukkan macam-macam kontes la, itu la, ini la. Biar la kalah pun takpe. Rezeki tuhan yang bagi kan. Kalau Allah nak bagi, kucing hitam pun dia bagi murah rezeki 🙂

  5. Fuhhh.. bersabarnye la kau layan kucing2 tu untuk dapat shot yang die orang nak. Aku tak rase kucing aku mendengar kata. Kenkadang kasik mainan buat bodo je. Suruh pergi kiri , ke kanan die orang nak lompat. Kira 1 full day je la commercial shoot? Kesian Lilo and Ichii. Balik mesti dapat makanan extra special kan. Haha.

    (Kucing2 aku ni bile dengar aku sebut ” nak makanan special takkk” which is wet food die orang tu… berlari masuk dapor).

    1. Lilo & Ichii okey sikit. Tapi kalau Hachiko lagi best sebab dia playful & cerdik lain macam sikit compared to others. Tapi kalau Hachiko, husband i kena follow la kot sebab husband i pandai layan dia. I pandai layan cuddle & manja-manja je hahaha. Shoot sampai 1 pagi weiii.. kesian..

      Kucing aku nampak aku pegang dulang je, yang tengah tidur pun boleh bangun!! hahahahaha

  6. Suka baca entri ni ni…details sungguh citenya…dah tak payah nak tanya apa2 dah..hahaha…sekarang ni saya pun dah join Kelab Kucing Malaysia…mana la tau kot2 ada lagi iklan nak kan kucing2 kampung pulak (verangan viar tinggi)….nak gak tumpang glams anak2 bulus…rezeki kucing siapa tau kan…yg penting tuan kucing kena konfiden…bravo Ichii n Lilo…giliran si Hachiko bila lagi kut?

    1. Hahahahah.. insyaAllah. Macam Lilo ngan Ichii ni pun kucing kampung la jugakkkk. Hitam lagi haaaa.. Orang buang buang tepi jalan je kucing hitam. Tapi kami kemain sayang kat si hitam legam ni 🙂 Hachiko tak tahu la, belum rezeki lagi hehehe

Leave a Reply to Iz Yahya Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post