Kitties,Video Operasi Menangkap Ayam

Operasi Menangkap Ayam

Selepas dua minggu silih berganti demam dan selsema, sekarang kekenit ni semua bolehlah dikatakan sihat. No more lemah longlai dan tidur je siang malam. Makan selera, terutamanya Aoi. Syukur lah kan. Walau bagaimanapun, aku masih lagi tak puas hati atas punca diorang demam dan selsema tu. Bila ingat je, rasa nak naik hangin.

20120910_183522 [640x480]

 Queen of the house kembali naik ke takhta

Masa Aoi lemah haritu, boleh la kita nak buli dia. Gomol gomol, peluk peluk. Sekarang kalau rasa nak makan penampar, sila la kacau dia. Siap dapat pakej penampar sekali jeritan. Lengkap. Muka je ayu, tapi garang yarabi.

Haritu adik ipar jemput kawan-kawan opis dia datang beraya kat rumah. Aku letak diorang ni dalam cage. Sebab kalau tak diletak dalam cage, memang takde chance la orang nak tengok depa ni. Pandai menyorok sana sini. Konon pemalu. Tapi duduk dalam cage pun nak eksyen. Dibaginya tetamu-tetamu tu hadap bontot dia je. Muka dia hadap dinding. Tak memasal la semua dapat tengok bontot Aoi je kan.

Ha bukan Aoi je, Hime pun sama. Bagi bontot. Aku syak, Aoi yang ajar. “Memey, I rasa kan, baik you bagi orang orang ni bontot you je. Kalau you tunjuk muka, mesti diorang nak dukung dukung.. trust me.. kita kena angkuh” – gituuuu.. Percakapan haruslah I-you. Baru diva.

20120910_183813 [640x480]

 ini pulak budak yang dah sihat

Muka pun berseri-seri je. Hime ni memang protege Aoi. Ikutttt je cakap si Aoi tu. Pagi tadi pergi kerja, macam biasa lah aku mesti nak carik diorang dulu. Kalau tak jumpa, memang kena jerit dulu. Sebab diorang ni dengan mak mertua aku, memang tak makan saman. Dengar suara kakak ni ha, baru dia mencicit datang.

So masa tu aku panggil Aoi.. si Hime ikut dari belakang. Asal aku panggil Aoi je, dia menyahut. Asal aku panggil Aoi je, dia menyahut. Eh budak ni dia feeling feeling Aoi ke hape? Nama awak tu Hime la, bukan Aoi, aku cakap.

Sekali ada yang komen kat Facebook, agaknye si Hime ni cover Aoi yang tengah buat mission impossible kot. Ha, logik jugak. Mungkin si Aoi pesan ke Hime, “Memey, kalau kakak cari I, you kena menyamar jadi I ok. I nak pergi panjat pagar tu sekejap. Nanti bila kakak panggil nama I je, you sahut. Konon-konon you tu, I.. faham tak budak kecik?!”

Kahkahkahkahkahkah. Tinggi betul imaginasi aku. Eh silap. Tinggi betul imaginasi Aoi. Ada hati suruh Hime menyamar jadi dia. Yang si Hime pun ikutttt je cakap Aoi.

Ermm.. sebenarnya dah menyimpang jauh dah cerita aku. Konon nak cerita pasal operasi tangkap ayam. Tetibe melencong entah ke mana-mana. Ok ni sebenarnya cerita masa Hime demam tu. Time tu konon dia tak larat sangat nak jalan-jalan kan..

20120830_184806 [640x480]

 dari pandangan Hime 🙂

Nampak tak apa yang dia tengok? Hmmm.. tak nampak sangat yek? Meh aku bagi dekat lagi, bior teranggggggg!!

20120830_184851 [640x480]

Haaa.. nampak? Ini makin terang pun sebab Memey makin ke depan. Dia tengok ayam!!

20120830_185016 [640x480]

jeng jeng jeng..

Masa ni, takde pulak dia bersin ke, sedut hingus ke, semput ke.. Molek je bernapas slow slow.. sebab nak aim si ayam tu. Dah le ayam pun sama kaler dengan dia. Hahaha.. Nah ni video dia.. Kena tengok sampai habis ye..

 

Aku rasa si ayam tu takde bersangka buruk kat Hime pada mulanya. Maybe dia ingat Hime tu kawan dia, yakni sejenis ayam jugak, hahahahahaha. Lawak pulak rasanya. Kemain dekat si ayam tu jalan depan Hime. Langsung tak takut. Yang Hime pulak pandai control jalan slow slow.

Nak tahu kenapa masa dia kejar ayam tu, rakaman pun mati? Sebab aku terkejut!!!! Hahahahaha. Ayam tu menjerit, aku terus tertekan stop! ishhhh bengang betul lahhhh.

Tapi akhirnya dia tak dapat pun ayam tu. Sebab menjerit-jerit ayam tu. Pastu dia pun tengah tak sihat kan. Lalu dia patah balik, sambung melembik. Hahaha..

Ha, itu je cerita dia. Kih kih kih.

Tags: , ,

7 thoughts on “Operasi Menangkap Ayam”

  1. Iz, ya Allah best betul la compound rumah awak, punyala besar….tp kira they all baik la….klu dh kelaur, awak panggil…reti balik wpun degil…..
    Akak baca ni bukan setakat kelakar tgk si Hime dgn ayam tu …dah la dua2 putih…..cantik la kat tgh2 padang rumput tu…..tp akak terpk….awak mesti beriya2 n senyap je diri dekat2 Hime nak capture gambar si Ayam tu…..ko mmg betul2 sewel la………si Iz, si Hime n si Ayam putih tu……mana lak ada ayam dtg kat area tu ….

    1. Hahaha akak boleh bayangkan tak macam mana saya punya menjerit hari-hari bila panggil diorang ni balik? Bukan slow slow punya jerit, sebab kalau slow, takdenye dia dengor. Hahahaha. Saya memang gigih la rakam masa tu, tu yang bila ayam tu menjerit, terus saya tertekan stop tu. Hahaha. TERKEJUT!

  2. Sape yang nak buat jamuan gulai ayam kampung nih? Kesian si Hime kena jadi tukang tangkap ayam. Ni mesti Datin Aoi punya arahan. Dah lah budak kecik tu belum sihat lagi. Agaknya Datin nak jamu orang Key Ell kot. Orang Key Ell kan susah nak makan ayam kampung. Hahaha.

    1. HAHAHAHAHAHA. Aoi kot nak buat kenduri doa selamat sebab dah baik demam. Sampai hati pulak suruh si Memey yang tangkap ayam kan. Dah la sama kaler dengan ayam pulak tu hehehe

    1. Kannn.. tak padan dengan sakit tu. Time dia mengendap, takde pulak nak bersin ke apa ke. Hahahaha. Tuan dia terperanjat beruk masa ayam tu bertempiaran lari, nasib baik tak terbaling henpon, hahaha

Leave a Reply to Amalina Ibrahim Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post