Kitties Demam Tanpa Sedar

Demam Tanpa Sedar

Haritu tetibe aku teringat, “Eh macam belum pegi second vaccine Kiko lah..” Lalu aku pun menggelupur check medical card dia. The next day, lepas bagi diorang makan, aku pun bawak Kiko pegi klinik.

20130102_112458 (Custom)si kenit paling baik bila bawak berjalan

Kiko dalam kereta memang sangat behave. Dia akan duduk atas pangku aku dendiam je, melayan perasaan. Bila sampai kat klinik, aku masukkan dia dalam carrier, pun dia baik jugak. Molek benar perangai dia. Sesuai dibuat menantu, hehehe..

Oh, dua tiga hari sebelum tu, aku perasan Kiko takde suara. Dia bukak mulut macam nak meow, tapi takde suara yang keluar. Pastu elok sikit tapi serak. Tapi aku tak syak apa-apa sebab dia takde masalah pemakanan. Selera je aku tengok dia makan. Kibbles pun dia hadap, wet food pun dia paling last menginggalkan dulang. Badan dia memang ada sikit suam.. tapi aku ingat macam body heat biasa je sebab musim hujan kan, so maybe perasaan aku je.

Tapi sebelum cucuk, aku cerita lah kat doktor yang Kiko suara serak. Doktor check temperature dia. 39.8. Kiko demam, quite high.. tapi berat badan meningkat. Last check, 3.3kg. Hari tu timbang, 3.8kg. Maka tak boleh la vaccine. Doktor bagi 2 suntikan. Untuk turunkan suhu dan antibiotik. Kesian Kiko..

20130101_173319 (Custom)

budak demam tengah grooming.

Orang suruh dia main, dia pegi grooming pulak. Pandai pulak tu cari port, duduk atas kayu. Hahaha.. Balik dari klinik, dia dah okey. Aku teruskan hari berikutnya, bagi makan antibiotik. Tapi petang Sabtu, aku tengok hidung Kiko berair dan dia susah bernafas. Oh no no, selsema pulak! Padahal aku takde pun dengar dia bersin ke apa, dan dia masih lagi makan antibiotik. Adohai, kesian sangat.. Dan pagi tu dia masih sihat.

So aku bagi dia ubat demam, ubat selsema dan force feed air masak. Tapi still takde bersin ke apa, berair je hidung. Petang tu during playtime, aku tengok Kiko a bit passive. Dia takde berlari-lari macam selalu. Wuuuu.. sedih aku..

20130101_173453 (Custom)

Kita tak larat nak lari-lari la kakak, pening kepala..

Aku syak sebab cuaca tak menentu. Kadang-kadang aku bagi diorang keluar main, tak sampai 10 minit, tiba-tiba hujan. Berlari la diorang dari tengah padang tu balik ke rumah. Pastu ada hari yang panas terik la pulak. Tu yang demam kot. Kucing pun sama macam manusia.Walaupun dia ada bulu, dia pun rasa sejuk. Dia pun boleh demam, dia pun sakit tekak, hilang suara..

20130105_182904 (Custom)

Muka sedih budak demam

20130105_184835 (Custom)

Kiko melepak dengan Mak Jemah

Nampak lopak tu? Tu baru nak kering sebab hari ni cuaca panas. Geram jugak aku kalau kekenit ni duduk atas pasir. Dah satu keje pulak aku nak keba kibas-kibas bulu diorang pulak bila nak dukung. Kalau si Mak Jemah tu lagi hebat, siap berguling. Nasib engko tak guling atas tanah lembap tu. Kalau tidak, memang nak kena la. Haahaha..

Bila bawak dia masuk, terus dia makan. Selera. Lega aku. Aku paling susah hati kalau kucing tak sihat dan tak mahu makan. Rasa stress.

20130105_185426 (Custom)

Melepek aje

Kiko cakap, dia harap kawan-kawan kakaknya dapat doakan supaya Kiko cepat sembuh dari demam, selsema, dan dapat main-main semula macam selalu. Kiko sayang semua 🙂

13 thoughts on “Demam Tanpa Sedar”

  1. alolololo, aku ade berita sedih, kaum saudara kekenit nih, iaitu si Tom kucing kesayangan adik aku kena langgar lari, dah la langgar lari pehtu campak kan dlm longkang..adik aku bantai nangis dlm toilet..

  2. Alahaiii. Kesiannye . Tapi aku pon indicator kucing sakit kalau die taknak makan. Kalau mkn selera jeee aku assume ok. Huhu.

    Semoga cepat sembuh ok Kiko.

  3. Saspen betul akak baca entri ni. Cukup takut nak scroll ke bawah sebab takut pulak kot ending macam sedih pulak. Nauzubillah. Semoga kiko sihat balik ya.
    Akak masih tensi dgn Milo lah iz. Susah beno nak pujuk dia makan. Sekarang ni dia makan ayam rebus. Tapi kalau silap sikit akak carik2kan daging ayam tu, dia akan sentap seminggu. Makan pun sambil jeling2 kat akak. Adooiii.

    1. Kesiannya Milo.. sakit gusi dia tak habis lagi? Dia sakit gigi ke sakit gusi? Sian Milo.. slimlah dia sekarang. Harap perut jangan menggeleber sudah. Kurus gaya tak sihat ni Milo.. Patutnya kena pegi gym bagi lemak tu jadi muscle hhehe..

  4. sorrylah Kiko, aunty Zaph lambat nak wish you get well soon.. tgh busy buat appraisal..uwaaa.. Kiko cepat sihat ya..jgn culas makan ubat..

    Iz, rasa2nya macam ada chance je k. zaph nak dapat hak penjagaan the new kittens..hehehe..doakan ya..hahah..

    1. Mekasih auntie. Sian Kiko semasema pulak. Sibaik lobang idung besar. Tapi payah gak nak bernapas tu. Yay, moga akak dapat la jaga kittens tu. Aminnn.. 🙂

  5. Moga cepat sembuh sayang…makan ubat yg kakak bagi tau!sorry lambat nak komen..huhuhu..

    eh rase macam nak buat menantu je si kiko ni..ade anak dara dua ekor kat umah tu yg sedang ke arah in heat..kah kah..*kidding* =)

  6. Assalammualaikum,

    Terima kasih sebab ada enteri ni.. kucing saya pon tibe2 hilang suare.. tapi selera makan tak berkurang pon.. dah tu warna dan bentuk badan kucen sy sama mcm Kiko (american bob tail).. cian Demok sy..

    1. Sama laa.. Tgk si itam ni sihat je.. Mkn bnyk.. Pnjat2.. Tp suara x ada.. Pelik btol.. Assume sihat je.. Mungkin bnyk mengeow..heee

Leave a Reply to Kak Aidah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post