Aku rasa macam lama je tak buat entry pasal Sookie, hehe.. Yang lain tu senang, diorang boleh taip sendiri. Macam Memey, rajin je dia tolong updatekan blog aku. HAHAHA.. Sookie ni, paham-pahamlah kan.. tangan dia bila letak kat keyboard je, tekan 4-5 huruf terus. Banyak typo la jadiknya. Tu yang dia fedap tu. Kata dia “Ahhh kita malaslah nak buat entry kat blog kakak.. kita ni selayaknya makan dan tidur je.. apa barang update update blog ni..” – cewah.. tu nama dia cubaan untuk sedapkan hati sendiri. Padahal sebab tangan engko tembam kan? Kahkah.
Aku pun kasik chance la kat dia. Takpe, biar kakak updatekan untuk Sookie ye..
ini ialah sebuah Sookie.
Ini ialah gambar latest ye.. Segar dari ladang. Diambil pada 7 Januari 2013 lebih kurang jam 6 petang, kih kih. Motep aku nak bagi details pasal gambar ni dah kenapa? Sookie, pada pandangan aku… makin debab.. dan check-up dia kat vet untuk deworming due in about one week! Kita harus gigih Sookie. Kena lebih bersenam. Berat badan awak harus turun at least 100 gram. Kalau tidak nanti Dr Lean bulatkan mata, macam mana?
Sebab nak suruh dia bersenam lah aku bawa dia keluar petang semalam. Paksa dia ke tengah laman. Kalau ikutkan dia…
atas kaki lima ni jeeeee..
Setakat berjoging kat kaki lima tu, bilanya nak kurus Sookie oiii? Oh ya, 16 Januari ni besday Sookie yang ke dua tahun tau. Nak bagi hadiah apa dekat Sookie ye? Hehhehe.. Insya Allah Sookie akan pakai baju masa besday dia nanti. Harapnya muatlah ye. Merata-rata kakak carikkan baju untuk Sookie.
Perut lagi seinci mencecah tanah.
Sebenarnya aku risau dengan Sookie ni.. Aku kesian dekat dia. Now tak pasal pasal Hachiko dan Hime pun makan ikat perut haha.. Satu hari aku top up kibbles 2 kali je. Pagi dan malam. Malangnya setiap kali aku top up, Sookie akan datang hadap dulu. Makanya dia lah yang dapat portion banyak.
Rasanya hampir setiap orang yang tengok Sookie secara live, akan cakap Sookie serupa biri-biri..
ini ialah biri-biri
ini ialah Sookie.. sama ke? Hehe
Bila Sookie jalan, lemak tepu kat perut dia, jalan sekali. Bergoyang-goyang, ehehe.. Perasaan bercampur baur bila kucing kau sebesar ini. Gembira sebab dia sangat fluffy dan besar macam teddy bear. At the same time, risau juga sebab obesity boleh meninggikan risiko penyakit jantung.. Cer bandingkan Sookie dengan kekenit aku yang lain..
Mak datin Aoi ni haruslah makhluk tuhan yang paling seksi kan.. idaman para jejaka kucing, hehehe.. slim je, bontot beso..
Tuan Puteri Hime, kalau jalan-jalan keje nak libas ekor je.. tahulah ekor kipas kan.. dia pun body anggun..
Lilo ni besar sebenarnya. Tapi sebab kita bandingkan dengan yang LEBIH BESAR, maka Lilo pun jadik kecik hahaha..
Ini paling comelll, di hatiku…
Kiko ni semua comel. Muka comel, badan comel, perut boroi pun comel. Ekor kontot comel. Kaki katik pun comel.. Pendek kata, serba comel. Even Dr Lean pun cakap Kiko ni too cute. Perangai dia cute, badan dia pun cute, hehehe..
buah hati kakak..
Ini malam-malam tidur peluk kakak, kan Hachiko kan? Cuba compare Kiko dan Hachiko. Hachiko panjang gila kan? Kemudian bandingkan Kiko dan Sookie. Kemudian Hachiko dan Sookie. HAHAHA. Puas jugak lah aku nak dapatkan pose yang sama kat diorang ni. Ichii je tak dapat. Tapi Ichii sama ngan Lilo. So tak apa, hehe..
Hoi kakak! Awak jeles ke isi kat badan kita lagi banyak dari kat badan kakak?
Amboi eksyen betul. Tau la kakak ni slim sekeping je. Tunggu korang belikan kakak Orijen dulu la baru kakak gemuk cam awak kot Sookie? HAHA. Semenjak makan Orijen, badan kucing aku memang naik la. Letih juga nak mendukung si Aoi sekarang ni. Lilo pun sama. Si Hachiko berat tulang. Nak beli Orijen? Boleh ke Izzy Pets ataupun contact kat 012-9379037. Amboi terus promote sekali. Kahkah. Sorry.
Nampak tak Sookie paling jelas kelihatan? Haha
Si Hime tengah kejar Lilo. Kiko nunnnn kat ujung nampak macam sebutir je. Sookie? Duduk. Biasalah dia. Aku suruh dia lari lari.. dia pegi lepak pulak. Sookie dengan Mak Jemah.. ops! Lady Jemah.. Haa, diorang boleh geng. Sama-sama pemalas. hehe.. Besarkan bontot je rajin. Satu cara aku buat untuk bagi dia lari ialah sergah dan kejar. Baru dia lari. Tapi dengan aku sekali lah kena berlari. Dah tu cemana kakak tak slim? Hahahaha.. Ke ada sesape sudi nak jadi personal trainer kat Sookie? hahaha.. Tapi dengan Mak Jemah, trick sergah dan kejar ni tak menjadi. Dia tak heran.
Baiklah, aku akhiri entry ini dengan gambar Sookie selepas penat bersenam serba sedikit di luar itu..
Tidur depan pintu bilik air.
Dia kan memang mana-mana pun boleh tidur. Tapi selalunya mesti kat tempat yang menjadi laluan orang ramai. Suka sangat buat traffic jam.
hahahahaha lawaklah sookie… muka selenge jer bila disuruh eksesais….
sookie dietlah… takut nanti musim aji org ingat awak bebiri. nanti diorang tag awak utk korban….
Hahahaha.. sekali Sookie jawab “Musim haji lambat lagi.. nanti dekat dekat seminggu nak raya haji tu kita dietlah..” kahkahkah
ya rabbi sookie , kakak yiying rasa nak hempap awk je la. sedappp ni dapat hempap-hempap ni. geramnyaaaaaaaa!
lawak woi dia taknak eksesais, tahu tidur je lepas tu org petama yg makan –“
Memang! Yang lain semua berlari berkejaran. Dia je yang berjalan. Kena kejar dia, baru dia lari, tapi kita pun sama naik la letihnya.. Tulah yang susahnya nak dietkan kucing bila ada kucing lain dalam rumah yang slim. Tiba-tiba yang slim pun kena diet sekali. Kadang-kadang bila Sookie tidur, kita slow slow keluarkan tuang food untuk Hachiko & Hime. Kadang-kadang berjaya, kadang-kadang dia sedar dari tidur!!! Dan jalan menuju ke mangkuk tersebut -_-
dalam gamba tu mana hachiko. Hachiko duk kepit dengan kakak je yekk.
Sian sookie. Aku pon macam kesian kenkadang tengok Kurap. Macam mengah je bile jalan. Tapi lari tip top je bile main kejar2 dengan Golly Wolly. Kenkadang lepaskan je kasik die lari2 sakan kejar anak2 kucing stray kat belakang rumah. Kurap gengster. Tapi die kejar kucing lagi kecik je la. Kaki buli.
Tapi geram Sookie. Comelll.
Hachiko kalau keluar, time kucing lain takde, especially Lilo ngan Ichii. 2 ekor tu kan kaki buli si hati tisu ni. Takut dia. Hahahaha
adoilaa..lowered giler aa Sookie ni..mcm pakai rim 16″! sila diet Sookie nanti lelama perot tu jadi mop lantai baru tau..
Tapi mop lantai ni berat kalau nak tolak atas lantai, HAHAHAHA
geram nye tgk sookie nih….hopefully kucing2 yg bakal saya jaga nanti pun akan membesar dgn sihat dan fluffy……minggu ni nk amik mereka……ah beng and hope….hehehe
sookie dh ade geng melepak la kak iz…mak jemah….. hahahahhah
Insya Allah. Amboi amboi kucing belum amik, nama sudah adaaaa.. ehehehe.. Harapnya diorang okey, hehe
Bagi herbal life
Hahahaha takut bagi Herbalife tiba2 makin gemuk. KAKAKAKA
kalau tidur depan pintu tu menyamar jadi kain lap kaki namanya
Cuba la lap kaki kat perut dia hahahaha
Sookie ni dah macam sekufu dgn tansri Wahau kat kampung je akak tengok. Debab betul. Akak tengok dia pun mengah. (melampau stetmen akak) Itulah kan. Bila kita nak dietkan sekor, tetiba yang lain pulak yang slim. Yang patut diet tu kasi perabih semua makanan. Nak buat camana Cik Sookie, demi kesihatan kenalah diet. Semalam akak google satelit image, nampak sookie kat tengah padang depan rumah Iz. (amboii3x…makin melampau stetmen akak) Maafkan auntie ya, Sookie, joke2 bring happiness.
“Amboi auntie ni siap teropong kita pakai google satelit ye. Kalau kita tahu, semalam kita mekap lebih sikit. HEHE.” – kata Sookie. Dia cakap je kak, saya tolong taip, hahaha.. Memang kita yg tengok ni yang letih rasanya. Bila dukung dia pulak, sekarang kemain susah. Sebab besar dan berat. Makanya pikul ajelah lagi sesuai dari dukung. Hahaha. Tu la si Hachiko dok maintain besar tu jugak. Si Sookie makin tebal lemak dia. Dah tu asal top up makanan, dia yang serang dulu. Bila lepas Hachiko ngan Hime makan, lagi sekali dia ke mangkuk tu, tolong habiskan pulak. Dia takut jadi syaiton, makan tak habis. Haahahahaha
adududu, sookie sangat tomel
mekasih kakak Kira Kekuri, hehe 🙂
hamboiii mak aiii.. gebunya Sookie.. dah macam ambal bulu bebiri pun ada gak.. apa2 pun tetap jelita.. Kiko , montot adoiii geramnya
Hahaha tiap kali tengok dia jalan, rasa macam nak tunggang je bontot gebu dia tu kan!
Sookie!hahah motip menjerit panggil name sookie dah kenapa kan?kiki
bertuahnya..dorang boleh makan orijen..budak2 bulus kat rumah tu jangan lah harapnya nak menelan..tak tahu lah kenapa..ke kalau dah lapar sangat dorang makan jugak kan?hihi..sebenarnye kan rasa teringin sangat nak berjumpa secara live dorang2 ni semua…kalau turun Kuantan boleh kah hamba bersemuka dngan putera & puteri ini semua?
*harus lah berbangsawan untuk membodek kan kau lara hoii..* =P
Eksyen anak2 you taknak makan Orijen, hahaha.. boleh je kalau datang Kuantan bagitahulah hehehe..