Hari itu, hari Isnin.. Para kekenit sedang asyik bermain-main di halaman rumah. Maklum la dah beberapa hari tak keluar akibat jerebu. Bila cuaca macam okey sikit, kasik chance la mereka berlari larian dan berkejar kejaran. Bergaduh gaduhan je yang dilarang keras. Hehe..
Amboi mereka berdua ni dah start nyanyi lagu raya nampaknya..
Memey masih eksyen dengan Bobbi yang tidak jemu-jemu cuba mengambil hati
Aoi pula gigih berlatih yoga sebab malamnya ada test dan beliau nak kelihatan anggun dan seksi menjelang hari raya nanti. Dah siap request nak pakai kebaya ketat ala Rozita Che Wan kata dia. Manalah kakak nak tempah nanti 🙁
Lilo kemudian datang berlari tercungap-cungap dan terus berbisik kepada Hime yang masih lagi sakan menyanyi lagu raya, “mintak mak kuih sepotong, saya mahu makan kerna perut kosong..” ha yang tu. Semangat raya betul budak tu.
Amboi gosip apalah yang sedang hangat di pasaran ni?
Hinggakan Bobbi yang sedang tidur pun boleh tahu gosip ni.. Mesti gossip hebat
Jerry yang masih blur, dia belum kenal Sookie lagi, tapi tak mahu ketinggalan join bergosip
Ohhh jadi inilah gosipnya!!
Memey berasa lega kerana bukan Sookie yang membuat kuih. Hime bimbang kalau Sookie buat sendiri kuih, nanti semua dia ngap masuk mulut sendiri, bukannya masuk ke dalam balang untuk dijual pada pelanggan, hik hik
Kemain lagi, Manager Kuih Raya katanya
Memey muka tak rela ke? Hahahaha. Maafkan perut Sookie. Dah pakai baju size paling resakse pun masih tak mampu kaver perut dia. Tu terpaksa buka 2 butang pada baju tu kih kih
Sookie membantu kawan kakak promotkan biskut raya ni. Kawan kakak tu ialah agen untuk biskut raya keluaran syarikat RaD’Mas Cookies. Kakak cakap, kuih ni semua dia dah try dan semuanya sedap.
Sesuai la dengan tekak kakak yang cerewet bab kuih raya ni. Sebab kata dia, selalunya biskut raya ni bentuk je lain, tapi rasa semuanya sama. Tapi yang kali ni berbeza. Setiap biskut ada rasa tersendiri. Tidaklah rasa tepung semata-mata. Tidak terlalu manis, tapi tidak la pulak sampai takde rasa pulak. Semua biskut juga dibuat menggunakan butter dan bahan yang berkualiti tinggi supaya boleh tahan lebih lama. Jadi boleh la order berbalang-balang sebab insya Allah akan tahan lama, hehe..
Manager kenalah jaga biskut kan? Apalah Memey tu
Hime tak puas hati dapat 3 jenis je. Beliau menjadi semakin tamak serupa si Pekan dalam Batu Belah Batu Bertangkup
Gembira bila semuanya di depan mata beliau
Sebenarnya ada banyak jenis biskut. Tapi ini antara yang tersedap lah, hehe.. Kalau nak order, silalah sms/whatsapp kakak di 0129379037, ataupun email ke izzypets@gmail.com ataupun PM/inbox kat Facebook Izzy Pets pun boleh. Nak order kat comment box ataupun kat Contact Me di blog ni pun tak ada masalah. Yang penting tinggalkan no telefon untuk dihubungi semula 🙂
Oh ya, tarikh tutup untuk order ialah 3 Julai 2013, iaitu sebelum puasa. Biskut pula dijangka akan diedarkan pada minggu ke dua puasa. Hmm.. ada harapan la tak sempat nak raya, dah habis kan. Hahahaha.. Tapi memang itulah date yang diberikan. Nah tengok gambar cantik pulak, hehe.. Gambar cantik, rasa pun sedap 🙂
Disclaimer: Semua gambar yang melibatkan kucing di dalam entry ini adalah untuk tujuan pengiklanan semata-mata. Diorang tak makan pun kuih muih tu, kakak yang belasah sampai habis, hik hik..
Selamat hari raya! (Wah eksaited sangat nak raya bila cerita pasal kuih raya ni hahaha)
Royal Oat – RM25 untuk 60 biji
Suria Chocolate Chip – RM25 untuk 60 biji
Pineapple Tart – RM25 untuk 50 biji
Nestum Delight – RM25 untuk 75 biji
Idaman Chocolate Rice – RM25 untuk 60 biji
Golden Oat – RM25 untuk 60 biji
Apple Tart – RM25 untuk 50 biji
Almond London – RM25 untuk 50 biji
Twin Chocolate – RM25 untuk 55 biji
Blueberry Tart – RM25 untuk 50 biji
wah, meriahnye suasane… dh mcm esok nak raye pulak… princess sookie, sila puase penuh tahun ni ok??? raye nanti bole jd ratu kebaya… ^_^
Hahahha kan.. bila ada biskut raya je terus rasa macam dah nak raya dah 🙂 Last year Sookie puasa penuh tau.. hik hik
puase penih dulu..,baru jadi meneger jual kuih raye…bagi kite rase gak sume jenis kueh tue,.