Blog,Kids,Kitties Pembantu Rumah Dari Neraka

Pembantu Rumah Dari Neraka

Salam, tolong hide profile. Saya yang semalam cerita pasal pembantu rumah yang tak buat apa-apa kerja rumah dari 9 pagi hingga 3 petang dan asyik tidur tu. Untuk pengetahuan nurtizen semua, sewaktu saya pulang ke rumah jam 6:30 petang, pembantu rumah saya masih lagi tidur di atas sofa, cuma posisi sahaja yang berbeza. Akhirnya saya juga yang mengemas dan buat kerja rumah hmm..

Pagi ni sewaktu saya buka pintu bilik anak saya, saya dapati pembantu rumah saya sedang mengejut anak saya bangun dan menyuruhnya buat sarapan pagi. Alangkah terkejutnya saya sebab sepatutnya dia yang menyiapkan sarapan pagi untuk kami sekeluarga. Kenapa pula dia sanggup mengejut anak saya yang merupakan tuan muda beliau? (Rujuk bukti 1)

Anak saya tersenyum saja bila dikejut pembantu rumah yang menyuruhnya buat brekpes, padahal bila saya kejutkan untuk pergi sekolah, ewah ewah bukan main liat lagi.

Selepas mandi, anak saya terus menuju ke dapurnya dan kelentung kelentang menyediakan sarapan, manakala pembantu rumah saya kelihatan terbaring berehat dan menjilat-jilat tangannya. Sekali sekala kelihatan anak saya menyuruh pembantu rumah saya rasa masakannya. Mungkin bimbang termasin atau kurang rasa. (Rujuk bukti 2)

Kasihan anak saya pagi-pagi lagi dah sibuk di dapur sedangkan pembantu rumah saya elok saja duduk berposing. (Rujuk bukti 3)

Banyak juga menu sarapan pagi yang anak saya siapkan. Semuanya dihidangkan ke depan mata pembantu rumah saya. Sekali dengan sinki juga ya. Tapi selesai makan dan mencuci tangan, terus je pembantu rumah saya terbaring menyambung tidur. (Rujuk bukti 4)

Saya perlukan nasihat nurtizen sekalian, apa yang harus saya buat dengan pembantu rumah ni? Untuk info, pembantu rumah saya ni sudah hampir 13 tahun tinggal bersama kami. Saya rasa simpanan KWSP beliau mesti dah banyak, mungkinkah sebab itu beliau semakin tidak rajin bekerja? Patut ke saya beri surat amaran atau surat tunjuk sebab pada pembantu rumah saya? Ataupun pulangkan beliau ke agent saja dan dapatkan pembantu rumah baru?

Nasihat dan komen murni nurtizen amatlah dihargai 😛

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Post